viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Sunday, November 20, 2011

Novel: Cinta Itu Buta

“Aku rasa kan, kes kau ni dah makin hari makin parah, tau tak? Dan aku rasa, jalan terbaik untuk kau buat sekarang ni ialah, kau luahkan je perasaan kau kat dia. Apa yang kau rasa, senang. Habis cerita. Kau tak sakit kepala, aku pun tak sakit kepala jugak sebab fikir pasal hal kau ni,”

Ambik kau. Kata-kata yang “makan dalam” dari seorang kawan yang juga merangkap sahabat karib yang selalu menjadi mangsa tiap kali dia menghadapi masalah.

“Kau gila?! Tak mau aku. Nanti dia kata aku perasan lak. Perigi mencari timba lah. Ish, tak boleh tak boleh. Prisip aku, perempuan takkan start dulu dalam hal cintan cintun ni,” balas Lia apabila Memey menyuarakan pandangannya sebentar tadi.

“Dah tu? Dari kau terus gila macam ni, tau tau apa perasaan dia kat kau. At least, kalau kau cakap kat dia, yang kau suka dia, kau boleh tahu jugak, apa perasaan dia kat kau. Entah-entah, dia pon ada hati kat kau, macam mana? ” Tanya Memey cuba untuk meyakinkan Lia tentang cadangannya sebentar tadi.

Sabar jelah. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak, takde nye aku nak dengar masalah kau ni. Aku dengan Fahmi pon bukan selalu baik sangat pon. Ada je hal yang tak kena. Haish. Nasib badan. Sabo jelah..

“Takpe lah Mey. Thanks sebab sudi dengar masalah jiwa aku ni, haha” jawab Lia setelah kedua-duanya membisu untuk masa yang agak lama. Buntu mencari penyelesaian dalam masalah yang menyerabutkan ni.

Masalah jugak bila terlibat dengan hal yang berkaitan jiwa, cintan cintun bagai ni. Parah, parah.

“Kau tak boleh buat dia macam ni, Erol. Kau buat dia tertanya-tanya tau tak?” marah Fahmi dengan sahabatnya tu.

Masalah jugak bila tak pernah bercinta ni. Sekarang, dah tak tau apa yang jiwa, hati, jantung, pancreas bagai rasa sekarang ni. Kau sabar jelah Erol. Moga dipermudahkan urusan kau.

“Entahlah Fahmi. Aku sendiri bingung dengan keadaan sekarang ni. Ada masa aku rasa yang, dia jugak rasa apa yang aku rasa. Ada masa, dia berlagak seolah-olah aku ni macam kawan dia yang lain. Aku boleh naik gila kalau macam ni tau tak?” balas Erol. Serabut. Serabai. Semua lengkap. Kalaulah si Lia tengok keadaan dia macam ni, tak tahulah apa yang akan difikirkan oleh gadis yang telah berjaya membuat hati adamnya rawan.

Dia pun rasa sama dengan apa yang kau rasa lah, bodoh! Mahu je Fahmi jerit, bagitau apa yang terjadi sebenarnya. Tapi dia sudah terlanjur berjanji dengan Memey untuk merahsiakan perkara itu. Kat sana girlfriend, kat depan mata ni pulak kawan yang selalu bersama-sama dengan dia, susah mahupun senang. Dia tersepit antara dua. Haduih..

“Macam nilah.. aku rasa sebagai seorang lelaki, better untuk kau yang mulakan dulu. Takkan kau nak suruh, atau tunggu si Lia tu yang start dulu. Kucing pandai terbang pon, memang kau takkan dapat jawapan dia. Kau sendiri tahu dia macam mana kan. Be gentleman lah friend,”

“Ni bukan pasal gentleman atau tak, Fahmi. Buatnya selama ni aku sorang je yang rasa benda tu, camne? Entah-entah dia dah ada pakwe. Dan dia anggap aku ni, macam kawan-kawan lelaki dia yang lain, macam mana? Ish, tak sanggup aku, Mi. Kau sendiri tau kan, aku mana pernah terjebak dengan hal-hal yang macam ni. Blues-blues macam ni. Pening lah aku. Dia buat aku jadi gila!”

Dan kau pon buat dia jadi gila, Erol. Kan senang kalau dua-dua cakap je apa yang masing-masing rasa, settle masalah. Aku dengan Memey pon tak pening dengan masalah korang berdua ni. Susah-susah..

Khairul Termizi : noor… Oh noor..:D

NooraLia Zainuddin : yup!

Khairul Termizi : tengah buat apa noor? Study-study.. =P

NooraLia Zainuddin : tengah nak study lah nie.. tapi tekak lak x best.. cam nk demam jew… kat sane lak bwat ape?

Khairul Termizi : lar.. ye ke? Ni dh makan ubat lom? Hurm.. gi lah berehat lau x sihat.. nant lau demam, susah..

NooraLia Zainuddin : baek doktor..=P nant orang makn ubat.. Jangan risau.. orang kuat.. haha..:D

Kenapa kau, Erol? Kenapa kau yang buat aku jadi camni? Kenapa kau lelaki pertama yang buat aku rasa apa yang tak pernah aku rasa selama 21 tahun aku hidup ni? Kenapa?

Dia hanya mampu mengeluh. Bukannya dia tak pernah berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum ni. Tapi kali ni, kawan dia yang sorang ni lain macam sikit. Dia mengaku, jauh di sudut hatinya, dia dah mula sukakan lelaki yang diberi nama Mohd Khairul bin Mohd Termizi ni. Bukan hanya “minat-minat macam tu je” seperti mana mereka berjumpa untuk kali pertama semasa menyertai ekspedisi pendakian ke Gunung Stong dulu yang melibatkan 3 buah universiti; UKM, UTM, DAN USM semasa mula-mula naik ke tahun 2 pengajian.

Dan yang paling parah, dia keliru. Sama ada dia dah jatuh sayang atau tak pada lelaki yang selalu panggil dia dengan nama “Noor”. Sebelum ni, mana pernah orang panggil Tengku Nooralia bt Tengku Zainuddin dengan nama panggilan “Noor”. Tapi tidak untuk Erol. Bila ditanya kenapa suka dengan nama tu, alasan yang diberi, baru lah nampak macam gadis melayu sikit. Argh! Susah bila melibatkan hati dan perasaan ni. Semua benda tak jadi. Siang malam, asyik perkara ni yang menganggu fikirannya.

Aku minta maaf, Noor. Aku sendiri tak faham apa yang sedang aku rasa, apa yang sedang aku alami sekarang ni. Aku takut. Aku takut aku tak boleh terima jawapan kau yang mungkin akan mengecewakan aku kalau aku bagitau apa yang sedang berlaku kat aku sekarang ni. Kau lain, Noor. Kau perempuan pertama yang buat aku tak keruan macam ni. Mana mungkin aku bagitau apa yang sedang aku rasa terhadap kau sebelum aku tahu apa yang kau rasa terhadap aku. Aku takut, Noor. Maafkan aku…

************************************** II ***************************************

“Saya pening lah awak bila fikir masalah dorang ni. Kalau dua-dua mengaku, kan senang. Settle masalah!”

Tanpa sedar Memey meluahkan perasaan marahnya kepada Fahmi ketika mereka sedang bergayut pada malam tu. Kalau dulu, tiap kali bergayut, hanya hal mereka yang akan dibicarakan. Dunia seolah-olah milik mereka berdua. Adat orang bercinta lah katakan. Tapi sekarang ni, perbualan mereka lebih tertumpu kepada masalah Lia dan Erol.

“Sabar.. awak ni pon. Yang awak marah-marah ni, bukan boleh settle masalah,” nasihat Fahmi kepada suri hatinya itu. Ternyata Fahmi lebih matang dalam mengendalikan gelojak perasaan kekasihnya dan dalam menghadapi masalah kawan baik masing-masing.

“Hurm.. okey. I’m sorry,” hanya itu sahaja yang mampu diluahkannya tika ini. Malas mahu memanjangkan perasaaan marahnya itu, dikhuatiri dia pulak yang akan bergaduh dengan Fahmi nanti. Elok-elok satu masalah je sekarang ni, kang timbul masalah yang kedua lak. Masa tu, bukan sahaja si Lia tu yang jadi gila, dengan aku sekali boleh naik gila.

“Biasalah tu. Kita dulu-dulu pon, macam ni jugak kan. Cume nasib kita baik, sebab saya berani, kan? Haha,” lanjut Fahmi cuba untuk menceriakan keadaan. Tak mahu suasana tegang terus menyelubungi perbualan mereka pada malam tu.

“Eleh.. Nasib awak baik sebab awak cepat. Kalau tak, gigit jari lah awak. Bluekk!” balas Memey kembali. Emosinya sekarang sudah kembali stabil dengan ulah pujaan hatinya itu. Dia ni kan. Ade je cara untuk happykan aku. Lanjutnya dalam hati, senang dengan usikan Fahmi.

Dia dengan Fahmi dulu pon, berjumpa untuk kali pertama semasa ekpedisi ke gunung Stong dulu. Dan apa yang menariknya, dia dan Lia satu universiti, manakala Fahmi dan Khairul satu universiti. Siapa sangka, program itu telah menyatukan dua hati yang tak pernah sangka dengan ketentuan Illahi. Perasaan mereka berdua turut dirasakan oleh Lia dan Khairul, tapi malangnya kisah mereka tersangkut di tengah jalan. Susah bila masing-masing tak nak mengaku perasaan masing-masing ni. Tengok aku, dah selamat. Hati Memey berbisik untuk kesekian kalinya. Argh, dunia!

“Lia! Oit, Lia! Tunggulah jap, ” jerit Nizam usai sahaja kelas Biokimia itu berakhir. Ada benda penting yang ingin dibincangkan dengan Lia. Dia ni kan, kalau jalan, kalah ratu jalan kaki negara. Apa yang dikejar, tidak lah pula Nizam tahu.

“Lah… kau Zam. Aku ingat siapa lah yang duk jerit-jerit panggil nama aku tadi. Dan macam Tarzan dah kau ni, ” balas Lia seraya tersenyum. Boleh dikatakan, Nizam antara coursemate yang paling rapat dengannya. Acapkali lelaki itu menolongnya ketika dia menghadapi masalah, baik masalah peribadi mahupun masalah dalam menyiapkan tugasan berkumpulan, juga tugasan individu. Dan dia bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan yang baik seperti Nizam.

“Yelah. Dari tadi aku duk panggil nama kau, bukan kau dengar pon. Aku heran betol lah dengan kau ni. Kau nak gi mana cepat-cepat? Sekarang kan waktu senggang. Kelas pukul 3 nanti kot,” tanya Nizam. Pelik dia dengan minah sorang ni.

“Ye, ye.. ada apa kau panggil aku ni? Aku kena jumpa dengan si Memey ni. Kitaorang dah janji nak makan tengah hari sama-sama.”

“Ha, kalau macam tu, elok benor lah. Aku pon baru nak ajak kau makan tengah hari dengan aku. Boring seyh makan sorang-sorang. Kalau aku join korang, boleh? ” tanya Nizam seraya tersengih. Dah macam kerang busuk dah dia ni.

“Kalau kau tak malu, join lah kitaorang,” jawa Lia sambil mengenyitkan mata dan terus berlalu meninggalkan Nizam keseorangan di Dataran llmu tu.

“Aku memang tak tahu malu pon!” jerit Nizam, kemudian ketawa. Dan dia cuba untuk menyaingi gerak langkah Lia yang dah macam robot tu. Minah ni benda hidup ke benda tak hidup?

******************************** ****** III *************************************

Itu kisahnya 4 tahun yang dulu. Sekarang, hidupnya dah berubah. Dia bukan lagi pelajar universiti, tetapi merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat farmaseutikal yang terkenal di ibu kota. Itu masa lampaunya. Sesungguhnya banyak pengalaman mahit mahupun manis yang dikecapi sepanjang bergelar pelajar universiti. Dan kisahnya bersama Khairul juga merupakan salah satu dari pengalaman manis yang pernah menjengah hidupnya satu ketika dahulu. Walaupun kisah cintanya tak kesampaian kerana silap dirinya, tapi dia redha. Dia takkan sesekali melangar prinsip hidupnya berkaitan dengan hal jiwa-jiwa ni. Takkan dia sanggup menerima dirinya dicop perempuan murahan? Perigi mencari timba? Tidak, tidak. Dia tak rela menghadapi semua tu.

Nizam. Sudah lama tidak kedengaran berita dari sahabat karibnya itu. Kau buat aku serba salah Nizam. Aku tahu, kau lelaki yang baik. Dan aku rasa kau berhak untuk memiliki seorang wanita yang jauh lebih baik dari aku. Kenapa kau menghilang, Nizam? Aku minta maaf Nizam, kerna tak berupaya untuk memenuhi permintaan hati kau. Aku keliru. Kau kawan baik aku. Dan aku tak sanggup nak khianati nilai persahabatan kita kerna aku tahu, kau setakat kawan baik aku. Tak lebih dari tu. Hati aku dah lama dicuri oleh orang lain, Nizam. Aku harap kau faham. Maafkan aku, Nizam. Maafkan aku.

Dia mengeluh untuk kesekian kalinya. Hatinya akan dipagut sedih mahupun kecewa apabila terfikirkan tindakan Nizam yang memutuskan hubungan persahabatan mereka. Dia ingat lagi bagaimana kecewanya Nizam apabila dia menolak untuk menjadi suri di hati lelaki itu. Buat apa menerima cintanya kalau dia sendiri tahu, yang dia sedikitpun tak cintakan Nizam. Hubungan mereka hanya setakat kawan karib. Tak dan takkan lebih dari itu. Dia rela melukakakan hati lelaki itu pada masa itu dari dia melukai lelaki itu sekarang jikalau dia menerima cinta lelaki itu pada waktu dahulu, kerna dia tahu sampai sekarang hatinya masih mengukir indah nama Mohd Khairul bin Mohd Termizi.

Deringan telefon lantas mengembalikan dia kepada dunia yang nyata. Begitu dalam dia menyelam perasaannya sebentar tadi. Mencari kekuatan di sebalik semua masalah yang sedang menghimpit sekujur dirinya. Aku insan yang lemah Ya Allah.. Kau permudahkan lah segala urusanku Ya Allah..

“Hello, Lia! Weyh, kau janji nak temankan aku pergi shopping barang pertunangan aku. Kau kat mana sekarang ni? Dah lama aku tunggu kau ni,”

Belum sempat dia menjawab, dah diterjah dengan bebelan Memey. Sabar jelah ada kawan yang kuat bebel macam ni.

“Sorry, sorry. Aku kat pejabat lagi. Baru habis meeting,” balasnya sedikit berbohong. Memang betul yang dia habis meeting. Tapi bukan baru, malah sejam yang lalu mesyuarat bersama semua pegawai kanan syarikatnya selesai. Dan masa selebihnya dihabiskan untuk merenung masa silamnya. Nak mati kalau cakap kat Memey yang dia tengah berfikir pasal Khairul, pasal Nizam? Tak pasal-pasal telinga dia boleh bernanah mendengar bebelan kawan baiknya yang tak lama lagi akan bergelar tunangan orang. Siapa lagi kalau bukan tunangan Fahmi. Panjang jodoh mereka. Alhamdulillah..

” Pejabat? Ni kira jadi ke tak kau nak temankan aku ni? Kalau tak jadi, aku kena susahkan Fahmi jugaklah lau macam ni. Nak tak nak, dia kena temankan aku shopping jugak. Dia tu pon asyik sibuk je sekarang ni.. tak ada masa untuk temankan aku langsung,” rungutnya tanpa sedar.

Harap-harap kau jadilah temankan aku, Lia. Takkan nak biar aku shopping sorang-sorang? Sah-sah si Fahmi tu tak boleh nak temankan aku. Dia kan tengah out-station sekarang. Apa nyanyuk benar lah aku ni. Haish..

“Jadi. Kau tunggu je aku kat rumah. Nanti aku sampai rumah, aku mesej kau. Okey?”

“Hurm.. yelah,”

“Kau rasa kan Lia, warna apa yang sesuai untuk majlis pertunangan? Aku nak warna merah, tapi bakal laki aku tu cakap, merah tak sesuai untuk pertunangan. Dia nak warna lembut, macam kuning cair. Tapi aku tak suka warna tu. Kau rasa macam mana Lia?”

Senyap. Tiada balasan.

“Lia, kau dengar tak apa aku cakap ni? Lia? ”

Senyap lagi. Masih tiada balasan jawapan.

Aik? Pelik minah ni hari ni. Senyap semacam je.. tanyanya dalam hati. Dahlar jalan tak pandang kiri kanan. Dah macam zombie dah aku tengok. Kang tersadung, baru padan muka. Lanjutnya lagi. Hairan mula menguasai fikiran.

“Kau okey tak sebenarnya ni? Macam ada masalah negara je. Come on, tell me,” Tanya Memey setelah dua soalannya tiada apa-apa jawapan dari Lia. Bengang dengan reaksi Lia yang endah tak endah semasa sibuk memilih barang tadi, dia mengambil keputusan untuk ke restoran yang berdekatan. Mengisi perut sambil mencungkil apa masalah kawannya yang sorang ni.

“Entah lar Mey. Aku keliru sekarang ni. Bukan, maksud aku.. entahlar. Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni,” sugul Lia menjawab soalan kawannya.

“Pulak.. tadi cakap keliru, sekarang tak tahu pulak dah. Sah, kau tengah tak sihat ni. Kau tengah sakit ni Lia. Better kau pergi jumpa mana-mana doktor. Doktor jiwa tau, bukan doktor yang duduk kat mana –mana klinik,”

“Aku serius ni Mey. Kau ni.. bukan nak bantu aku. Main-mainkan aku plak,” hatinya sedikit terkilan dengan gurauan Memey sebentar tadi. Apa punya kawan lah macam ni. Entah kenapa, biasanya dia boleh menerima gurauan Memey. Tapi hari ni, tetiba terlebih sensitif pulak dia.

“Okey, okey. Aku mintak maaf. Aku bukannya apa. Aku just nak tengok reaksi kau macam mana bila aku main-mainkan kau. Yang kau ni, masih normal atau tak. Rileks, okey. Tarik nafas. Aku minta maaf,” mohon Memey. Minah ni terlajak sensitif pulak dia hari ni. Kenapa eh? Datang bulan ke apa?

“Aku tahu, kau tengah ada masalah. Dan sebagai kawan baik kau, aku nak tahu apa masalah yang tengah melanda kawan aku ni. Tell me, what’s happening actually?”Tanya Memey prihatin.

“Entah lar Mey. Dua tuga hari ni, aku asyik terfikirkan kenangan dulu-dulu. Pasal Erol. Pasal Nizam. Senak hati ni tau tak bila terfikirkan dorang ni,” luah Lia akhirnya. Dia sedar, yang dia tak mampu berahsia dari kawan karibnya itu.

“Lia..Lia.. tu cerita lama lah Lia. Erol pernah hadir dalam hidup kau. Begitu jugak Nizam. Mungkin ini ketentuan yang harus kau terima. Siapa sangka ini kesudahan kisah korang bertiga. Buat apa kau fikir pasal mereka berdua? Kita pon tak tahu ke mana mereka menghilang. Si Fahmi sendiri tak tahu ke mana Erol pergi. Dan si Nizam plak, sampai sekarang, tak contact kau. Tak yah lah fikir pasal dorang. Buat penat kepala otak kau je. Jiwa pon sakit,” nasihat Memey. Masalah Lia, masalah dirinya juga. Kalau Lia bersedih, dia pon turut merasa kesedihan kawannya itu. Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa. Begitulah akrabnya mereka berdua.

Dan Lia hanya mampu mengeluh. Fikirannya bejat untuk memikirkan kata-kata Memey sebentar tadi.

************************************** IV ******************** ******************

Akhirnya hari bahagia Memey berkunjung tiba. Dan dia tumpang gembira untuk kawannya itu. Seorang lagi kawannya bakal melangkah ke alam yang lain. Alam pertunangan. Setahun dari sekarang, masuk ke alam perkahwinan pulak. Alahai.. cepat sungguh masa berlalu. Terasa baru semalam hari graduation, hari ni si Memey ni dah nak bertunang. Nanti, tinggalah dia keseorangan di apartment yang disewa bersama itu.

“Wah! Cantik siot kawan aku ni. Kau ke ni, Memey? Cam tak caye je..biasanya, pucat macam takde darah, haha” kata Lia sambil ketawa. Terkejut dia melihat kawannya yang sudah didandan rapi itu. Hanya menunggu wakil pihak lelaki je untuk masuk ke bilik dan manyarungkan cincin ke jari manisnya.

“Kau ni.. agak-agak lah.. macam tak percaya benor aku yang depan kau ni, ” balas Memey. Dan Lia hanya ketawa terkekeh-kekeh. Lucu melihat riak muka kawannya yang cemberut menahan rasa cuak itu.

“Kau buat lagi muka tu.. buat, buat..nanti dibuatnya mama si Fahmi tu nampak muka kau camni, sah-sah dia tolak terus kau dari jadi menantunya,” usik Lia. Saja nak menambahkan getar di dada kawannya itu. Seronok jugak usik minah ni. Haha.. Lia gelak kejam. Dalam hati.

“Alah Lia.. teruk sangat ke muka aku? Okey, okey.. Mey, rileks.. rileks Mey. Rileks.. peace..” ujar Memey seraya tersenyum sambil menaikan dua jari tangannya. Namun, ade kelat dalam senyumannya. Kecut seyh nak bertunang ni. Belum lagi berkahwin. Aduih..

Lia tergelak. Tercuit hatinya melihat ulah sahabat karibnya tu. Kau ni lawak lah kadang-kadang Memey. Haha..

“Mey, Mey.. rileks okey. Kau buat macam mana pon, kau tetap comel. Sebab tulah si Fahmi tu duk tergila-gila kat kau. Lain lah aku ni.. takde sape yang nak,” ujar Lia sambil buat-buat muka sedih. Dia tak nak kawannya itu terus tenggelam dalam emosi tak stabilnya tu.

“Alah kau..bukan takde orang yang syok kat kau.. apa, En Azihan, bos kau tu. Bukan dia sekarang pak..”

“Eh, kau jangan nak memandai!” cepat Lia memintas kata kawannya itu. Tak mahu kisah dia dan Azihan dibicarakan.

Dan perbualan mereka terhenti di situ tatkala pintu bilik Memey dibuka di luar. Ah, dia dah mula dah. Tersipu-sipu.. malu lah konon. Detik Lia seraya tersenyum. Geli hati melihat telatah kawannya.

Alhamdulillah majlis pertunangan Memey selamat dijalankan. Walaupun majlis itu dilangsungkan dalam suasana yang sederhana, tetapi kemeriahan majlis yang telah menyatukan dua hati itu tetap dirasa oleh semua jemputan yang hadir.

“Mey.. aku balik dulu lah.. esok aku ada meeting penting. Ni pon dah lewat malam,” kata Lia ingin meminta diri. Bukannya dia tak mahu meluangkan masa dengan sahabatnya itu, tetapi urusan kerja harus didahulukan buat masa sekarang. Lagipon perjalanan dari Banting ke Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang sejam. Sekarang pon dah pukul 12 tengah malam. Takut gak nak drive sorang-sorang malam-malam buta macam ni. Buatnya “ada” yang nak tumpang, mampus aku. Detik hatinya. Risau.

“Okey, okey.. hati-hati drive.. nanti dah sampai rumah, mesej aku tau,”

“Hurm.. yelah.. aku gerak dulu eh. Kirim salam pada parents kau,”

“Okey… eh, Lia! Kan kereta kau rosak tadi? Ni macam mana kau nak balik ni?” tanya Memey sementelah teringat bahawa kereta kawannya itu rosak semasa mula-mula sampai ke rumahnya pagi tadi. Nasib baik sempat sampai rumahnya, kalau tak, tak tahu lah apa nasib Lia.

“Eh, ha’ah lar.. aduih.. time ni gak lah kereta tu nak rosak. Camne ni? Haiyo..” balas Lia sedikit kecewa. Aku beli kereta baru jugak nanti. Siap kau kereta lama. Gumamnya dalam hati. Bengang dengan kerenah kereta Proton Wira nya itu.

“Tular kau.. aku dah cakap dari dulu lagi, tukar je kereta baru. Kau tak nak.. sayang lah.. apa lah.. sekarang, kau jugak yang ada masalah.. bukannya kau tak mampu nak tukar kereta baru..” jawab Memey, membebel.

Memang lah dia mampu untuk menukar kereta baru, malahan nak beli sebiji rumah sekali pon dia mampu. Tetapi itu kereta arwah ayahnya. Banyak nostalgianya. Banyak kenangan manis bersama dengan kereta itu. Sayang pula mahu dijual kepada orang lain. Lagipun kereta itulah yang selalu bawak dia ke mana-mana semasa arwah ayahnya masih ada. Kereta lama. Macam tulah keadaannya.

“Apa aku nak buat ni, Mey? Matilar aku.. macam mana ni?” Tanya Lia sedikit gabra. Dah lar duduk rumah orang malam-malam buta ni. Jauh pulak dari apartmentnya. Nak jalan kaki? Gila!

“Tular.. aku pon tengah duduk fikir ni.. nak bagi kereta aku pon, esok pagi-pagi lagi abang aku nak guna, nak pergi pekan kejap katanya. Dia tak bawak balik kereta kali ni. Hurm.. jap, aku call Fahmi. Kot-kot dia ada cara nak tolong,”

“Okey..” balasnya lemah.

***************************************** V ***************************************

Hurm.. dia mengeluh lagi. Tak tahu untuk kali ke berapa. Hari ini, satu kerja pon tak menjadi. Nak fotokopi surat kepada syarikat Usaha Jaya, di fotokopi nya kepada syarikat KZ Creative. Nak dibancuh air kopi, jadinya air milo. Semuanya salah. Semuanya tak betul. Dh lar dalam meeting tadi, asyik ditegur oleh Encik Azihan kerana tak fokus kepada perbincangan yang sedang dijalankan. Fikiran pulak asyik melayang teringat kejadian semalam dan pagi tadi. Aduh.. kenapa kau muncul balik? Kenapa? Kenapa, Erol?

“Ermm..” akhirnya dua-dua bersuara untuk memecahkan kesunyian yang melanda sebaik sahaja perjalanan bermula dari rumah Memey tadi.

“Haha.. okey, ladies first,” ucapnya perlahan sambil ketawa. Pandangannya dihala ke depan. Aduh.. lesung pipit yang nampak tak nampak tu yang buat aku tak tahan ni. Gumam Lia.

“Takpe, takpe.. awak, eh, kau, ermm, you.. start dulu, ”

Asal pulak aku boleh gabra ni? Aduh.. buat malu je. Tetiba dia tak tahu nak panggil lelaki yang berada di depannya sekarang ini dengan gelaran apa. Awak? Macam formal sangat. Kau? Nampak macam kasar semacam je. You? Euww.. nak keluar anak tekak.. geli seyh..

“Hurm.. okey.. sekarang Lia buat apa? Dah dua tahun grad kan?”

Aduh. Apa jenis soalan kau tanya ni Erol? Tanya lah apa khabar ke, sihat ke tak ke.. aiseyman.. tak macho lah kau ni. Dia mengutuk dirinya dalam diam. Nak tanya soalan lain, lain pulak soalan yang keluar.

“Hah? Owh, ha’ah.. sekarang Lia kerja kat sebuah syarikat farmaseutikal kat KL.. nak masuk tiga tahun dah kerja,” balasnya sedikit gugup.

Lia, rileks Lia. Yang kau gementar sangat ni kenapa? Jawab soalan dia pon dah macam jawab soalan exam akhir je kau ni. Nanti kalau mamat tu perasan yang kau tengah gugup, apa pulak yang akan dia fikir. Chill, babe. Chill..

“Dia? Sekarang tengah buat apa?”

Dia? Macam pelik je. Lia telan liur. Mereng dah aku ni. Ade je benda yang pelik keluar dari mulutnya malam ni.

” Hurm.. sekarang Erol kerja kat sebuah syarikat rekaan hiasan dalaman. Kerja dengan kawan. Kongsi share dengan dia,”balasnya seraya tersenyum.

“Hah? Interior designer? Biar betik?” Tanya Lia tak percaya. Mulutnya sedikit ternganga kerana terkejut dengan pernyataan lelaki di hadapannya itu.

“kenapa? Tak percaya? haha.. tular.. Erol sendiri pelik macam mana Erol boleh kerja as interior designer ni. Dulu pon, kerja sebagai ID ni pon sebab nak isi masa kosong sementara tunggu jawapan interview. Tak sangka pulak datang minat dalam hal macam ni,” jawabnya kemudian ketawa perlahan. Pandangannya sudah dihala ke gadis yang dah lama bertakhta di hatinya.

“Tu lah pasal.. degree dalam mechanical engineering, tapi kerja as ID..jauh benor menyimpangnya.. hurm.. rezeki kan.. terima jelah,” balas Lia tersenyum mesra.

” Hurm.. makin hari makin seronok pulak kerja ni. Nanti, kalau perlukan khidmat Erol, just give me a call okey.. sure discount 50%,” tuturnya selajur ketawa. Aduh.. Nampak lagi lesung pipit dia ni. Nanti kalau lama-lama dalam kereta ni, boleh naik sasau aku asyik duk tengok lesung pipit dia. Dah lar dalam macam lesung batu. Ni lesung pipit ke lesung batu? Hairan.

“Eh, asyik sangat bercerita ni, rumah Lia kat mana? Kang terlajak pulak,”Tanyanya lagi sedikit bimbang.

“Owh, rumah Lia kat Taman Perumahan Angsana, Lorong 2A, Jalan Datuk Keramat,” balasnya sambil tersenyum.

Dan mereka meneruskan perbualan mereka yang tergendala sebentar tadi. Malam terasa milik mereka berdua. Bila dah lama tak berjumpa, banyak lah cerita yang ingin dikongsikan. bermula dari hal kerja sehinggalah ke hal yang bersifat peribadi. Dan kejutan yang diterimanya sampai ke kemuncak apabila tiba-tiba Erol bertanya sama ada dia sudah berpunya atau belum. Pelik.

Pagi ini pula, sekali lagi kejutan dari Erol diterimanya. Baru sahaja dia ingin menunggu teksi di luar bangunan apartmentnya, tiba-tiba terlihat susuk tubuh Erol yang terpacak di depan kereta Persona putihnya. Seingatnya, tiada pula Erol berjanji akan menjemputnya pagi ini. Hujan tak, ribut pon tak, tetiba Erol sudah berada di hadapan bangunan apartmentnya. Erol dengan rela ingin menghantarnya ke pejabat. Memandangkan teksi susah untuk lalu di kawasan apartmentnya, dia menurut sahaja kehendak lelaki itu. Lagipon, dia kena uruskan sesuatu dulu sebelum masuk meeting pukul 9 pagi nanti.

Bunyi telefon yang menandakan ada mesej yang masuk lantas mengembalikan dirinya ke alam yang nyata. Sudah hampir setengah jam dia mengelamun sendirian. Memikirkan dua kejadian yang tak disangka-sangka akan terjadi dalam episod kehidupannya. Lantas telefon dicapai dengan rasa yang malas.

************************************ VI ******************************************

“Entah lar Mey.. dari hari ke hari, aku makin tak faham kenapa dia buat semua ni. Dah dua minggu sejak dia muncul kembali dalam hidup aku.. dan sejak tulah perangai dia yang pelik-pelik ni makin menjadi. Dulu, ajak lunch sama-sama.. pastu, ajak dinner.. kadang, suruh temankan dia shopping barang dapur. Dan dua tiga hari ni, dia dah mula hantar bunga ke pejabat aku. Tak cukup dengan tu, rumah ni sekali jadi mangsa dia. Tak lama lagi, boleh bukak kedai bunga rumah kita ni, ” luah Lia kepada Memey ketika mereka sedang menonton tv pada malam tu. Sekarang ni, bukan rancangan tv yang menarik perhatian Memey, tetapi cerita Lia berkenaan sikap pelik Erol menjadi tarikannya.

“Tular.. bukan kau sorang je yang pelik, dengan aku sekali naik kompius dengan mamat tu. Ada benda yang tak kena ni. Kau mesti siasat Lia,” balas Memey dengan penuh minat.

“Ah, takde nye aku nak siasat bagai ni. Tak kuasa aku,”

“Oi, Cik Lia. Masalahnya sekarang ni, sikap pelik dia tu, ada kaitan dengan kau. Kau tak takut ke? Kang jadi benda yang bukan-bukan, kau gak yang jadi mangsanya. Sebab kau perempuan,”

“Eh, apa kaitannya plak? Kenapa kalau mangsa je,mesti pompuan? Tak faham aku.. takde kaitan langsung okey,” jawab Lia kehairanan.

Eh, dia ni. Tak faham ke, buat-buat tak faham. Takkan dia tak dapat tangkap lagi maksud si Erol buat dia semua tu? Tukas Memey dalam hati. Awat lembab sangat kawan aku ni? Siput pon tak lembab macam dia ni.

“Lia, kau ni, tak faham ke atau saje buat tak faham?” Tanya Memey dengan muka yang pelik.

“Tak faham apa pulak ni? Cuba kau cakap betul-betul dengan aku. Tak payah pusing jauh-jauh,”

Dia ni, nak main-main pulak. Esok jelah kita main ye Memey. Sekarang ni aku tengah pening duk fikir sikap pelik kawan baik tunang kau ni.

“Lia, Lia.. nak kata kau ni bodoh, tak.. kalau tak, takkan kau grad dari ukm tu. Nak kata bendul, macam ya. Kadang macam tak. si Erol buat semua tu, bersebab lah Lia oi. Dia nak tarik hati kau balik. Nak pikat kau, faham?” akhirnya Memey menjawab segala persoalan yang bersarang di kepala kawannya tu.

” Huh, pikat aku? Dah buang tabiat agaknya kalau dia buat macam tu.. tak adalah.. ” jawab Lia seraya ketawa. Terpaksa. Mata dipaksa agar terus menatap tv dihadapannya. Bimbang ketawa yang sengaja dibuat-buat itu dapat dihidu oleh kawannya.

“Aku rasa kau faham Lia apa yang sedang dia buat sekarang ni, kan? Tapi kau sengaja butakan hati kau, kau sengaja tutup pintu hati kau untuk terima apa yang dah dia buat kat kau sejak dua minggu yang lalu. Kenapa Lia, kenapa?” Tanya Memey serius.

Sudah tiba masanya untuk mereka berbincang secara serius. Ini melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Tv sudah ditutup untuk memudahkan mereka berbincang dari hati ke hati.

” Hurm.. kau sendiri pernah cakap kat aku, itu kisah lama aku. Dan mungkin apa yang berlaku 4 tahun yang lalu, adalah penamat kisah aku ni. Empat tahun yang lalu semasa Nizam meluahkan perasaan dia pada aku, dan masa aku tanya pendapat Erol berkenaan hal ni. Aku tak nak terus meletakkan harapan pada benda yang tak pasti, Memey. Aku tak mahu terus menyimpul angan yang mungkin akan mengecewakan aku kelak. Seperti mana aku kecewa semasa Erol menyuruh aku untuk terima cinta Nizam. Aku tak mahu semua tu berulang lagi, Mey. Aku takut, aku tak kuat kali ni,” jawab Lia sedikit beremosi. Entah kenapa, ada sendu yang lahir untuk jawapan yang diberikan.

“Lia, kau sendiri tahu kan, dari dulu lagi Erol suka kau. Dari dulu lagi dia cintakan kau. Tapi dia takut untuk meluahkan sebab dia takut kau akan tolak cintanya. Yes, aku mengaku, itu memang silap dia. Tapi, takkan takde peluang kedua untuk dia Lia? Dan aku tahu, sampai sekarang, kau tetap tak boleh lupakan Erol, kan? Nama dia terus ada di hati kau, kan?” Tanya Memey kembali.

Memang Lia sudah mengetahui tentang perasaan Erol kepadanya. Itu pon selepas Memey tak tahan melihat dia menangis tak henti-henti selepas Erol menyuruh dia untuk terima cinta Nizam. Kalau tak, tak tahu lah sampai bila kawannya itu nak berahsia darinya.

“Memang.. Aku mengaku, sampai sekarang hanya nama dia yang ada dalam hati aku. Hanya wajah dia yang bermain-main dalam kepala otak aku untuk 4 tahun ni, dan jugak sampai sekarang. Dia lelaki pertama yang buat aku ada perasaan macam ni. Tapi tindakan dia 4 tahun yang lalu jugaklah, buat aku tak yakin. Aku tak berani berharap. Dan aku tak nak terus berharap.. aku harap kau faham, Memey,” ujarnya penuh pengharapan.

Biarlah masa dan keadaan yang menentukan apa kesudahan untuk episod hidupnya kali ni. Kalau benar dia ditakdirkan untuk Erol, lambat laun, kisah mereka akan bersatu juga.

Dan Memey hanya memandang sayu kawannya itu tatkala Lia sudah bergerak untuk ke biliknya. Perasaan bersalah terus sahaja menguasai dirinya kerana telah membuat sahabat karibnya itu dalam kesedihan. Dia bukan apa, dia hanya ingin melihat Lia bahagia. Kerna dia tahu, masing-masing masih menyimpan rasa yang sama seperti mana 4 tahun yang lalu. Maafkan aku , Lia. Aku tak berniat untuk buat kau sedih, detiknya sedikit kesal. Tanpa sedar, ada air jernih mula bertakung di kelopak matanya.

************************************* VII *****************************************

Masing-masing membisu. Malah air kopi masing-masing hanya dihirup sedikit. Tidak siapa tahu siapa yang akan memulakan perbualan. Dia ataupun lelaki di hadapannya sekarang. Lelaki yang sedari dulu, bertakhta kukuh di hatinya.

“Erol.. ada apa hal yang Erol nak jumpa Lia ni?” akhirnya dia memecahkan kebisuan yang melanda sedari tadi.

Dilihatnya lelaki itu memperkemaskan kedudukannya sebelum mengeluarkan “sesuatu” dari poket seluar. Lantas dibuka dan diletakkan dihadapan dirinya. Lia tergamam. Tak tahu apa yang patut diucapkan sekarang ni. Tindakan Erol memang di luar jangkaannya.

“Lia.. Erol nak jadikan Lia yang halal untuk Erol,” begitu yakin dia menuturkan kata-kata itu.

Lia terdiam. Kaku. Terkejut.

“Erol.. Lia..”

“Erol tahu.. mesti Lia terkejut dengan tindakan Erol ni. Tapi Erol tak mahu mengulangi kesilapan Erol 4 tahun yang dulu. Erol mengaku, itu memang silap Erol. Erol bodoh kerana tak berani meluahkan perasaan Erol pada Lia dulu. Tapi percayalah Lia. Dari dulu sampai sekarang, hanya Lia sorang yang Erol cinta. Hanya nama Lia yang ada dalam hati Erol,”

Lia membisu. Tidak tahu apa yang patut dilakukan atau diucapkan. Inilah yang dia harapkan sedari dulu. Tapi kenapa sekarang dirinya sukar untuk membuat keputusan?

Kau terime jelah cincin tu Lia. Erol sendiri mengaku yang dia cintakan kau. Dan kau pun cintakan dia. Kau nak fikir apa lagi? Takkan kau nak lepaskan dia lagi kali ni? Nanti kau jugak yang rugi. Buatnya dia jumpa perempuan yang lain kalau kau tolak cinta dia, kau menangis air mata darah pakej dngan air mata nanah sekalipon, tak guna. Hati jahatnya berkata.

Tapi Lia, kau kena fikir. Apa status kau sekarang. Takkan kau nak hancurkan hati mama kau? Dan yang paling penting, takkan kau nak hancurkan harapan Azihan? Hari kecilnya pula mencelah. Dia keliru. Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

” Tapi Lia dah..”

“Takpe Lia. Erol tak nak memaksa. Lia fikir dulu. Dan Erol akan tunggu Lia sehingga pintu hati Lia terbuka untuk Erol. Walaupun 10 tahun akan datang,” pintasnya segera.

Kau buat apa ni Erol? Kau kata kau tak nak memaksa, tapi tindakan kau ni dah memaksa dia, kau tahu tak? Dengar dulu penjelasan dia. Ini tak, kau main potong je apa yang dia nak bagitau. Tingkahnya dalam hati.

Entah lar. Dia mengaku, dia takut untuk mendengar jawapan Lia. Dia takut dia akan kehilangan Lia sekali lagi. Cukuplah dengan kebodohan dia 4 tahun yang lalu. Dia tak sanggup untuk melalui fasa itu lagi.

“Maafkan Erol kerana mungkin Erol agak mendesak Lia. Lia tahu kan, Erol tak sanggup untuk kehilangan Lia lagi. Lia fikir dulu, dan Erol akan terima apa jua keputusan Lia. Apa jua keputusan,” ucapnya perlahan. Takut tapi terpaksa. Menyerah tapi mengharap.

Panggilan telefon dari mamanya yang berada di kampung sebentar tadi membuatkan dia terpempan. Seakan tak percaya dengan perkhabaran yang dibawa. Biar betul? Takkan secepat ni? Rombongan meminang? Aku kena tanya dia sendiri. Kenapa dia buat macam ni tanpa berbincang dengan aku dulu. Dengan segera, dia melangkah keluar dari bilik pejabatnya.

“Zihan, kenapa you buat macam ni? Kenapa you hantar rombongan tanpa berbincang dengan I terlebih dahulu?” Tanya Lia sedikit marah. Marah dengan tindakan Azihan yang baginya bertindak tanpa menggunakan akal. Pintu bilik Azihan pon tidak diketuk seperti mana kebiasaanya. Apa yang dia tahu, dia kena dengar penjelasan Azihan secepat yang mungkin.

“Sekarang waktu pejabat, Lia. Dan I rasa ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita bincang pasal hal ni, ” tenang lelaki itu menjawab. Badannya disandar selesa kepada kerusi tempat duduknya.

” Dan I jugak rasa, ini bukanlah masa yang sesuai untuk you hantar rombongan meminang i! I need an answer, not excuses!” tanpa sedar, dia telah meninggikan suaranya kepada lelaki yang kelihatan tenang di hadapannya tadi. Hilang hormatnya selama ini apabila marah sudah mula menguasai diri.

“Habis, you nak suruh I tunggu sampai bila Lia? Dah setahun I tunggu jawapan you, tapi tiap kali kita berbincang pasal hal ni, you mengelak. Kenapa Lia? What’s wrong with you? Dan kenapa kita tak sama macam pasangan kekasih yang lain? Apa yang tak cukup pada I Lia? Tell me!” batas kesabaran Azihan mula menipis. Dan dia sudah mula berdiri menghadap Lia. Dia tidak menyangka yang wanita itu begitu marah apabila dia menyuruh keluarganya untuk datang meminang wanita yang menjadi peneman lenanya saban malam pagi tadi.

“I’m sorry,” dan tanpa pamit, Lia meninggalkan Azihan keseorangan. Dia sedar, tiada gunanya mencurahkan minyak ke dalam api. Salah seorang perlu beralah untuk mengelakkan peperangan besar yang mungkin akan melanda. Lagipun, sekarang waktu pejabat, dan mereka berada di pejabat. Nanti apa pula kata staf-staf yang lain.

“Lia!!” Azihan menjerit memanggil namanya. Dan apabila Lia sedikit pon tidak berpaling, malah berjalan dengan pantas untuk keluar dari biliknya, dia menghempaskan satu tumbukan padu ke mejanya. Kecewa diperlakukan sedemikian.

Sampai sahaja di ruang pejabatnya, Lia terus menghamburkan segala kesedihan yang sedari tadi membungkam dalam jiwanya. Kalau tadi dia marah dan bengang dengan tindakan Azihan, sekarang dia kecewa dengan tindakannya sendiri. Kalau lah dulu dia menolak cinta Azihan, mungkin dia tak perlu melalui semua ni.

Tapi dia tak mampu. Azihan telah banyak kali menolongnya. Dia lah lelaki yang cuba untuk menggembirakan hatinya tiap kali dia dilanda kesedihan kerana Erol. Dan Azihan jugak tanpa jemu asyik mendampinginya sejak dari mula dia bekerja di syarikat ini. Dia keliru. Antara budi dan cinta. Dan setelah ditimbang tara dari semua aspek, dia memutuskan untuk menerima cinta lelaki itu kerna dia yakin, cinta boleh dipupuk. Tapi sampai sekarang, rasa kasih dan cinta itu masih belum boleh diubah arahnya. Kasih dan cintanya tetap menjadi milik Erol. Hanya Erol seorang.

Dia sedar, ini semua salah dia. Dan Azihan sedikit pon tidak bersalah dalam hal ni. Azihan menjadi mangsa di atas sikapnya sendiri. Cinta Azihan begitu tulus untuknya. Kasih Azihan begitu kudus untuk dirinya. Dan dia merasakan sinar itu dari pandangan redup lelaki itu. Tapi dia tak mampu untuk membalas setiap inci cinta dan sayang lelaki itu terhadapnya. Betapa dia cuba untuk melupakan Erol dan memupuk cintanya kepada Azihan, tapi tiap kali itu jugalah cintanya kepada Erol semakin dalam. Dia tewas dalam peperangan perasaan yang semakin menghimpit.

Setelah puas menghamburkan kesedihannya, lantas dia mencapai tas tangan dan melangkah keluar dari pejabat. Dia tidak betah untuk terus berada di sini setelah apa yang berlaku. Dia perlukan ruang dan masa untuk berfikir.

************************************** VIII ***************************************

Sudah seminggu dia tidak menjejakkan kaki ke pejabatnya. Dan sudah seminggu jugak dia tak membalas panggilan Azihan. Malah panggilan sesiapa sahaja. Termasuk Erol. Sampai sekarang, Erol masih dengan sikapnya. Tak jemu-jemu untuk mengajak dia keluar dan menghantar bunga ke rumahnya. Dan ini menambahkan lagi luka di hatinya. Menambahkan lagi rasa bersalahnya terhadap Azihan.

Kalau dulu, masalah Nizam menyerabutkan kepalanya, sekarang masalah Azihan pula menyesakkan fikiran. Dia buntu dalam membuat satu keputusan yang akan membahagiakan semua orang di sekelilingnya, walaupun keputusan itu nanti akan membuat dia kecewa. Dia rela berkorban demi semua orang yang tulus menyayanginya.

Melihatkan ramai pengunjung setia Pantai Cherating itu mula beransur pulang, digagahkan juga kakinya untuk melangkah balik ke hotel. Sekejap lagi, azan maghrib akan berkumandang. Langit senja mula membiaskan cahaya merah tembaga, yang akan dipenuhi ribuan bintang-bintang yang bergemerlapan seketika nanti. Begitu indahnya ciptaan-Mu Ya Rabb.

Usai sahaja bersolat isyak sebentar tadi, tiada apa yang dibuat. Sekadar merenung kepekatan malam di balkoni biliknya. Selajur gumpalan nafas dihembus kasar. Sampai sekarang, dia masih belum membuat keputusan. Bingung memikirkan masalah yang melanda.

Kadang dia sendiri tertanya-tanya, kenapa dia yang perlu melalui semua itu? Kenapa bukan orang lain? Apa istimewanya dia? Tapi nasib baik iman masih menjadi tunjang dalam dirinya, lantas dia sedar, bahawa ini semua adalah ujian untuknya. Allah masih sayangkan dia. Kalau tak, takkan Dia turunkan ujian ini untuk melihat kesabaran hamba-Nya. Dan dia pasti, akan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Apa yang penting, redha di atas setiap yang terjadi.

Deringan telefon yang kuat menyedarkan dia ke alam yang nyata. Tertera nama Memey di skrin. Dia mengeluh lagi. Dia tahu, Memey takkan berputus asa untuk mencari dia walau di mana dia berada.

“Hurm..” hanya itu yang mampu diucapkan. Lemah sekali nadanya.

“Lia.. aku.. hurm.. kau sihat?” ternyata apa yang terjadi seminggu yang lepas membuatkan dua sahabat itu seperti orang asing. Memey takut apa yang dikatakan kepada sahabatnya itu seminggu yang lalu merupakan punca Lia melarikan diri ke negeri Pahang Darul Makmur ini.

“Aku sihat, Alhamdulillah. Kau?” tanyanya kembali.

“Aku pon sihat. Alhamdulillah.. Lia.. aku.. aku nak mintak maaf kalau aku telah buat kau berkecil hati, sehingga kau bawa diri ni.. maafkan aku Lia.. maafkan aku.. aku sikit pon tak berniat macam tu,” lirih kedengaran suara Memey di hujung talian. Hal ini lah yang telah menyebabkan dia runsing. Menyebabkan makannya tak lalu dan tidurnya tak lena. Mereka telah lama berkawan. Sejak dari mula masuk universiti lagi, dan dia tak mahu ini pengakhiran kepada persahabatan mereka.

“Mey.. tolong jangan cakap macam tu. Kau tak salah. Aku tahu, kau hanya nak tengok aku bahagia. Aku hargai sangat niat kau. Malah, aku bersyukur sangat dikurniakan kawan sebaik kau. Kau lah kawan dunia akhirat aku. Selalu dengan aku susah mahupun senang,” jawab Lia tak mahu Memey terus diselubungi rasa bersalah.

“Aku bawa diri ni pon atas sebab yang lain. Aku minta maaf sebab pergi macam tu je, tanpa bagitau kau dulu. Maafkan aku,” lanjutnya lagi perlahan. Sebak mula mengisi rona percakapannya.

” Takpe, takpe. Aku faham. Kau ada reason kau tersendiri. Walau apa pon masalahnya, aku ada di sisi kau. Kalau kau perlukan teman, aku selalu ada untuk kau. Kalau kau perlukan bahu untuk menangis, bahu aku sentiasa ada. Free of charge,” katanya sedikit bergurau. Tak mahu suasana kelam terus mengelilingi mereka berdua.

Dan Lia hanya ketawa mendengar celoteh kawannya. Ini lah dia sahabat yang sentiasa ada untuknya kalau dia memerlukan seseorang untuk bercerita. Seseorang untuk ketawa. Dan seseorang untuk menangis. Dan dia sayangkan persahabatan ini seperti mana dia sayangkan dirinya. Malah lebih dari itu.

” Mey.. Erol, dia.. dia lamar aku ritu masa aku minum petang dengan dia. Pastu, si Azihan tu plak tiba-tiba hantar rombongan meminang, tanpa berbincang dengan aku dulu. Aku kompius lah Mey.. aku tak tahu apa yang patut aku buat,” akhirnya Lia meluahkan juga apa yang menjadi bebanan fikirannya selama ni. Dia sedar, kalau dia terus berahsia pasal perkara ini, masalah ini takkan selesai. Mungkin Memey ada cadangan untuk menyelesaikan masalahnya itu.

“Hurm.. berat jugak masalah kau ni. Susah bila melibatkan perasaan. Kau kena fikir perasaan kau. Kau kena jaga perasaan dorang. Cuma apa yang boleh aku cakap, kau tanya hati kau. Sama ada kau masih cintakan Erol ataupun cinta kau dah beralih kepada Azihan. Kita tak boleh membahagiakan semua orang, Lia. Walau apa pon keputusan yang kau buat, mereka kena terima. Kau berhak untuk tentukan hidup kau. Kau fikir masak-masak Lia. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari,” panjang nasihat Memey kepada kawannya itu. Tak mahu masalah itu terus membelenggu diri sahabat karibnya.

” Hurm.. itu yang serabutkan aku sekarang ni. Aku tak nak dorang kecewa dengan aku. Jujur, sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan Erol. Tapi aku jugak tak sampai hati nak kecewakan Azihan. Dia terlalu baik untuk aku, Mey. Aku tak nak lukakan hati dia seperti mana aku lukakan hati Nizam 4 tahun yang dulu,” Lia pula meluahkan apa yang dirasa nya sejak seminggu yang lalu.

“Lia.. aku rasa sebaik- baik penolong adalah Dia. Kau mintak petunjuk Dia. Semoga apa yang kau runsingkan selama ni, boleh terjawab nanti. Mudah-mudahan.. sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Lia..” tutur Memey lembut.

Walaupun dia tidak lah sealim wanita yang lain di luar sana, tapi dia masih tahu akan Rukun Islam dan Rukun Iman. Dia tahu, ini semua adalah dugaan untuk sahabatnya. Dan sebagai kawan yang paling rapat dengan Lia, dia terpanggil untuk menolong gadis itu, walau dengan apa cara sekalipon.

Ya Allah.. aku berdosa kepadamu Ya Allah.. aku lupa bahawa Kau adalah sebaik-baik penolong Ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan ku Ya Allah. Kau berikanlah aku petunjuk di atas masalah yang menimpaku sekarang Ya Allah. Sesungguhnya aku buntu dalam membuat keputusan Ya Allah. Maafkan hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah.. rintihnya dalam diam.

Entah kenapa, biasanya hanya kepada Dia tempat Lia mengadu, menyerah sekiranyan dia menghadapi masalah. Tapi kali ni dia alpa, dia lalai bahawa dia tidak keseorangan dalam menghadapi musibah ini. Dia yakin, semua yang berlaku ada sebab dan tujuannya. Maafkan aku, Ya Allah..

************************************* IX ******************************************

Suasana petang yang mendamaikan di Tasik Titiwangsa itu sedikit pon tidak menenangkan hatinya. Dia gusar. Dia bimbang. Tapi dia tahu, dia harus melakukan semua ini. Bukan semua orang akan bahagia dengan keputusan yang telah dibuatnya. Tapi inilah permainan hidup yang harus diterimanya. Dia sedar, dia tak boleh memiliki semua yang dia impikan. Ada benda yang harus dia lepaskan walau sedalam mana pon sayangnya pada benda itu.

Orang yang sibuk lalu lalang di sekitar tasik hanya dipandang sepi. Sampai sekarang dia masih sangsi dengan keputusannya. Betul ke tindakan aku ni? Gumamnya dalam hati. Wajar ke keputusan yang aku buat ni? Dia mengeluh lagi. Semalam, hampir semalaman dia berfikir tentang perkara ini. Dan sesungguhnya keputusan yang telah dipilih itu telah diteliti dari semua perkara. Dia tak mahu terus-terusan membiarkan Erol dan Azihan menanti jawapannya. Dia tak mahu berlaku kejam dan tidak adil kepada mereka. Maafkan Lia, Erol.. maafkan Lia Azihan..

Akhirnya insan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Betapa dia gentar untuk melihat wajah itu, seperti mana dia gentar melihatnya pada kali pertama dahulu. Tapi mahu atau tak, dia perlu melakukan semua ini. Mungkin ini kali terakhir dia melihat wajah yang pernah menjadi peneman lenannya suatu masa dahulu.

“Assalamualaikum, Lia,” ucapnya perlahan. Betapa heningnya suasana sekarang, sehening hatinya.

Ucapan rahmat itu disambut perlahan. Cuba mencari kekuatan untuk meneruskan apa yang telah diputusnya semalam. Kau kene teruskan, Lia. Keputusan telah pon dibuat. Takkan kau nak terus lari dari masalah ni? Hatinya berkata. Cuba untuk mengembalikan semangatnya yang kian luntur.

Ya Allah.. Kau permudahkan lah urusan ku ini Ya Allah.. Kau berikan lah aku kekuatan untuk menghadapi apa jua yang bakal terjadi nanti Ya Allah.. doanya.

Dari lirikan matanya, dapat dilihat lelaki itu mengambil tempat di kerusi yang bersebelahan dengan kerusi yang didudukinya. This is the time, Lia. You have to..

“Pertama sekali, terima kasih Lia ucapkan sebab sudi datang. Lia hargai sangat,” katanya cuba untuk memulakan perbualan. Debaran di dadanya, hanya Allah yang tahu. Liur ditelan, cuba untuk mengusir kegugupan yang mula melanda.

“Erol..” panggilnya perlahan. Kalau lah Erol tahu, betapa beratnya Lia untuk pilih keputusan ni.. gumamnya.

“…mula-mula sekali, Lia nak mintak maaf kalau keputusan yang Lia buat ni, mungkin akan mengecewakan Erol. Hanya Allah yang tahu betapa susahnya Lia untuk membuat keputusan ni,”

Lelaki yang berada disebelahnya hanya diam. Memberi ruang dan peluang kepadanya untuk meneruskan apa yang telah diputusnya. Dalam diam, dia seolah-olah dapat meneka apakah kesudahan kisah mereka. Namun dia redha. Telah dikukuhkan hatinya sebelum datang menemui wanita yang telah lama menjadi idaman kalbunya. Namun, masih ada harapan yang disandarkan agar apa yang di fikirannya tidak menjadi kenyataan. Aku cintakan kau, Lia! Jeritnya dalam diam.

“Erol nak tahu? Lia bersyukur sangat kerana dipertemukan dengan Erol semula selepas hampir 4 tahun kita terpisah. Lia sendiri tak tahu apa yang Lia rasa. Gembira, bahagia, takut.. semuanya bercampur. Lia gembira sebab doa Lia selama ni akhirnya termakbul. Dari dulu sampai sekarang, Lia tak pernah lupakan Erol. Sikit pon tak pernah, Erol. Tapi dalam masa yang sama, Lia takut. Lia takut Lia akan kehilangan Erol lagi sekali seperti mana 4 tahun yang lalu. Lia takut Lia tak kuat seperti mana Lia cuba untuk kuat pada waktu dulu,”

Ditariknya sedikit nafas untuk terus menjadi tunjang nyawanya agar memudahkan dia untuk meneruskan apa yang ingin diluahkan pada lelaki yang masih lagi diam mendengar setiap patah kata-katanya.

“Walau sejauh mana kita lari dari realiti, tapi kita kena sedar akan satu hakikat, Erol. Bukan semua apa yang kita impikan, apa yang kita angankan, kita akan dapat. Dan sejak Erol pergi dari hidup Lia, Lia terfikir, mungkin Lia mungkin bukan untuk Erol. Dan Erol bukan untuk Lia. Kita tak ditakdirkan untuk bersama.. Sebab Lia milik orang lain sekarang..”

Barulah lelaki yang sedari tadi kaku, diam mendengar luahannya mengangkat muka. Ternyata wajah itu dipenuhi kejutan yang teramat.

“Lia..??” tanyanya meminta satu kepastian.

“Maafkan Lia sebab tak berterus terang dari dulu lagi. Tapi Lia cuba untuk bagitahu Erol masa Erol melamar Lia dahulu, tapi Erol sikit pon tak bagi peluang pada Lia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya..”

“.. Dan untuk pengetahuan Erol, kami mungkin akan bertunang dalam masa yang terdekat, sebab Lia dah terima rombongan dari Zihan. Maafkan Lia..” lirih kedengaran suaranya. Segumpal nafas dihembus perlahan setelah apa yang terbuku di hatinya dari semalam berjaya diluahkan.

“Lia.. Erol.. Erol tak tahu apa yang ingin Erol cakapkan. Erol bodoh kan? Sebab tak berani luahkan perasaan Erol pada satu-satunya gadis yang Erol cinta, satu-satunya gadis yang Erol rindu sejak 4 tahun yang dulu sehinggakan gadis tu dah jadi milik orang lain sekarang.. Erol memang bodoh,” ada sendu di setiap butir percakapannya.

“Erol, please jangan cakap camtu. Lia sikit pon tak pernah fikir camtu,”

“hah, itu kenyataannya Lia.. Papepon, Erol berterima kasih pada Lia sebab pernah ceriakan hidup Erol. Terima kasih sebab pernah menghadirkan secebis kenangan yang amat manis dalam kisah hidup Erol. Lia gadis pertama yang Erol cinta, yang Erol sayang. Dan Lia jugak gadis terakhir dalam hati Erol. Percayalah. Biar masa yang menentukan apa yang akan berlaku nanti, selepas Lia pergi dari hidup Erol..”

“.. Anyway, tahniah Erol ucapkan. Zihan sangat bertuah kerana memiliki Lia. Percayalah,” betapa senyuman yang paling ikhlas cuba untuk diukirkan kepada gadis yang kini sah bukan miliknya. Waalupun pahit untuk ditelan setiap apa yang dikata gadis itu, tapi itulah kenyataannya. Itu ketentuan hidup yang harus diterimanya. Mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat wajah mulus itu. Akan disemat kukuh dalam hatinya wajah itu.

“Thanks, Erol.. thanks.. terima kasih sangat-sangat,” Lia tersenyum, terharu dengan apa yang diucapkan oleh lelaki yang mula berdiri di sebelahnya.

“Walau apa yang berlaku, kita tetap kawan kan?” tanya Lia risau. Bimbang sekiranya keputusan yang telah dibuat itu akan memutuskan hubungan persahabatan mereka.

“Yup, we’re still friends,” Erol tersenyum ramah. Namun, dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa dia cuba kuat untuk menerima semua yang telah berlaku. Seakan sukar untuk dipercaya bahawa gadis yang selalu dirindui saban hari itu bukan miliknya lagi.

Kau sabar jelah Erol. Mungkin benar apa yang Lia kata. Korang tak ditakdirkan untuk bersama. Tapi andai benar dia jodoh kau, kau akan bersama dengan dia jugak satu hari nanti. Hati kecilnya berbisik, cuba untuk menyedapkan hati yang dilanda lara sekarang ni.

Lia membalas senyuman Erol yang mungkin kali terakhir dia dapat melihatnya. Maafkan Lia, Erol. Maafkan Lia.. kalau lah Erol dapat menyelami hati Lia, sehingga saat ini, hanya nama Erol terpahat kukuh dalam ni. Betapa susahnya untuk mengubah arah cinta ni, Erol. Dan Lia harap, ini keputusan yang tepat. Andai kisah kita tak dapat bersatu di dunia ini, moga kisah kita akan bersama di akhirat kelak. Insya-Allah.

Masing-masing hanya merenung dada langit yang kian berwarna merah-kemerahan, tanda senja akan berkunjung tiba sebentar lagi. Inilah kisah hidup mereka yang harus diterima, walaupun bukan bahagia di pengakhirannya. Kita tidak pernah tahu apa yang akan atau, bakal terjadi dalam hidup ni. Benarlah kata orang, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Tapi dia tahu, bukan semua yang dia ingin miliki, dia akan dapat. Moga kisah barunya yang bakal bermula akan menjanjikan seribu satu kebahagiaan dalam hidup mereka. Insya-Allah. Terima kasih Erol, atas semua kenangan selama ini..

************************************ X *******************************************

Dia termenung jauh. Mengenang kisah hidupnya yang sering dilanda badai. Satu persatu kenangan dulu-dulu menghadirkan bayangnya. Lepas satu, satu. Tertayang di tubir mata seperti sedang melihat satu ceritera cinta. Perpisahan dengan Erol dulu bukanlah sesuatu yang senang untuk dilupakan. Betapa susahnya dia berusaha untuk mengubah arah cintanya kepada Azihan, tunangnya. Tapi sayang, percaturan hidup yang harus ditempuhnya bukan senang. Maafkan Lia, Zihan. Maafkan Lia kerana sampai sekarang Lia tak boleh mencintai Zihan seperti mana Zihan cintakan Lia. Kalaulah Zihan rasa apa yang Lia rasa..

“Maafkan Zihan Lia.. kerana terpaksa buat keputusan macam ni,”

“Tapi kenapa Zihan? Kenapa tiba-tiba Zihan nak putuskan pertunangan kita?” tanyanya dengan penuh rasa terkejut. Kenyataan lelaki itu sebentar tadi amat mengejutkan dirinya. Betapa dia cuba untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya, selepas bersetuju untuk melupakan Erol sebulan yang lalu , tapi dengan senang-senang dia ingin membuang dirinya. Permainan apa yang sedang dirancangnya sekarang?

“Jawapannya ada pada diri Lia. Zihan tak nak berlaku kejam terhadap Lia. Dan Zihan tak nak berlaku zalim terhadap diri Zihan sendiri. Zihan tahu, sampai sekarang pon, Lia masih tak dapat melupakan Erol. Dan Zihan tak nak menjadi punca Lia menyesal dan sedih suatu hari nanti sekiranya Lia mula sedar yang tindakan Lia sebulan yang lalu adalah salah. Memang, memang Zihan sangat cintakan Lia. Tapi Zihan hanya dapat memiliki Lia, bukan hati Lia. Hati Lia dah lama berada dalam genggaman Erol. Bukan semua kisah cinta akan berakhir dengan bahagia, kan? Zihan redha atas semua yang berlaku..” jawabnya tulus.

Lia terpempan. Tidak tahu apa yang sepatutnya dibuat tika ini. Keputusan Zihan untuk memutuskan pertunangan mereka amat mengejutkan dirinya. Umpama ribut taufan yang melanda sesebuah bandar. Dalam sekelip mata sahaja.

“Zihan, Lia..”

“Tak perlu cakap apa-apa Lia. Zihan dah fikir perkara ini betul-betul. Walaupun berat untuk Zihan lakukan, tapi Zihan terpaksa. Zihan tak nak lihat wanita yang Zihan sayang, yang Zihan cinta, berduka sepanjang masa dia bersama dengan Zihan. Cinta tak semestinya memiliki, Lia. Zihan doakan agar Lia dapat bersatu semula dengan Erol. Nanti kalau kahwin, jangan lupa jemput tau. Kalau tak, tak nak kawan,”

ujarnya cuba untuk berseloroh. Dan Lia hanya ketawa. Tak tahu apa yang sepatutnya diucapkan. Terima kasih Zihan.. hanya itu yang mampu diluahkan tika ini.

Kicauan burung-burung yang terbang di dada langit lantas mengembalikan dirinya ke dunia yang nyata. Betapa mulianya hati lelaki yang amat mencintai dirinya itu. Tapi dia sendiri tak tahu, macam mana lagi mahu mengubah arah cintanya terhadap lelaki berhati kudus itu. Betapa kuatnya penangan cinta Erol terhadap dirinya. Maafkan Lia, Zihan.. kerana Lia, Zihan terpaksa membawa diri sehingga ke Jepun sana. Lia doakan agar Zihan bertemu seorang perempuan yang benar-benar menyintai Zihan sepenuh hati. Zihan layak untuk mendapat gadis yang lebih baik dari Lia.

Memandangkan sebentar lagi akan masuk waktu Maghrib, terus sahaja dia bangkit dan menuju ke kereta yang diparkir di hujung sana. Dia tak nak terlewat menunaikan salah satu kewajipannya itu. Sedang asyik berjalan sambil cuba untuk meneguhkan hati yang kadang-kadang lemah dalam menerima semua dugaan, tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang dari arah depan.

Aduh.. sakitnya. Mamat mana lak yang langgar aku ni? Gumamnya dalam diam sambil tangan terus menerus mengusap bahu yang terasa sakit. Mukanya dihadapkan ke arah bahunya. Mana tahu, kot ada yang terkehel kat mana-mana.

“Sorry, sorry. Saya tak nampak tadi. Awak okey?” tanyanya prihatin.

“Takpe, takpe. Saya pon salah. Jalan tak pandang depan,” jawab Lia merendah diri. Lantas wajah diangkat untuk melihat siapakah yang “baik hati” telah melanggarnya tadi. Saat sahaja dia melihat wajah di depannya, kejutan yang teramat terus terasa. Begitu juga dengan lelaki di depannya.

“Erol?”

“Lia?”

Dan kedua-duanya hanya ketawa mengenangkan situasi yang telah menemukan mereka berdua sebentar tadi. Betapa wajah itu yang dirindui saban masa. Dan sekarang, wajah itu yang berada di depan matanya sekarang.

Siapa tahu, apa yang bakal berlaku dalam hidup kita. Mungkin apa yang kita fikir akan berlaku, ada kemungkinan yang perkara sebaliknya akan terjadi. Hidup ini penuh dengan kejutan, seperti mana mereka dipertemukan sebentar tadi. Dan kali ini, kisah mereka akan berlaku sekali lagi, seperti mana 4 tahun yang dulu. Dan semoga kebahagiaan akan terus melingkari episod kisah cinta mereka kelak. Insya-Allah..