viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Tuesday, November 29, 2011

Novel: Cintaku milik pengemis cinta


Eleh! Ada aku kisah. Ingat aku ni hadap sangat dengan laki kau tu. Sudah la hidung tak mancung. Pipi pula penuh jerawat batu. Setakat laki kau tu, aku tak hairan langsung. Ingat aku ni tak laku sangat ke? Sampai laki kau, aku hadap sangat.

Menyampah betul aku dengan si Zana tu. Ada ke patut dia tuduh aku nak rampas laki dia. Hei tolong sikit. Laki kau tu yang terhegeh-hegeh cari aku. Nak berbaik dengan aku. Lain kali jaga laki tu baik-baik. Laki sendiri yang gatal dah macam ulat bulu naik daun, aku yang nak di salahkan.

“Hoi!!”

“Opocot mak kau.”

“Kau apasal? Muka tu ketat semacam je?”Bella duduk di sebelah aku.

Dia ni lagi sorang. Kalau tak membuatkan aku semput memang tak sah.

“Takda apa la. Saja nak buat muka ketat.”balasku acuh tak acuh. Dah la aku ni geram dengan si Zana jiran sebelah rumah tu. Dengan laki dia yang tak berapa betul tu. Hei..lama-lama aku juga yang sewel nanti. Berjiran dengan orang tiga suku yang tak berapa betul.

“Tipu la. Atau sebab jiran tetangga sebelah kita tu. Dia ganggu kau lagi ke?”

“Hmm. Bini dia pulak ganggu hidup aku. Ada ke patut dia serang aku tadi. Dia kata, aku ni dah gatal nak berlaki. Kalau gatal sangat nak berlaki, jangan ganggu laki dia.”eh, betul ke aku cerita ni? Macam lintang pukang je. Argh!! apa-apa la.

Bella ketawa bukan main lagi. Macam dah tak ingat dunia. Apa yang aku cerita ni kelakar sangat ke?

“Bella..kau gelakkan aku?”

Argh! Makin gila aku dengan orang-orang sekeliling aku ni. Sebelah rumah macam tu dan yang ada dalam rumah ni…hmm, hampeh.

“Betul ke?”

“Apa Yang betul?”

“Kau gatal nakkan laki dia yang kacak tu?”

“Hoi! Sorry sikit erk. Takda dalam buku aku pun. Tak lalu aku, kalau dia jadi laki aku. Tak kacak mana pun. Atuk aku lagi kacak.”

“Habis tu, kenapa pulak dia nak tuduh kau macam tu?”

“Sebab dia tak tahu. Laki dia tu gatal.”

Terkumat-kumit mulutku membebel. Sakit hati betul. Siapa yang tak marah, bila dituduh begitu. Kalau takda kesabaran dalam hati aku ni, dah lama aku mengamuk tadi.

Biar satu taman tahu. Laki dia tu, gatal di belakang bini.

“Zana tu cemburu dengan kau. Kau tu kan cantik.”

Wah! Memuji aku pulak. Ini yang nak buat aku kembang sebaldi ni. Boleh terkoyak kain aku ni.

“Aku tahu. Aku ni cantik. Kalau tak laki dia tak tergila-gilakan aku la.”

“”Ceh! Melebih la pulak kau ni.”

Aku mengjungkit-jungkitkan keningku berkali-kali.Amacam? Macam Ziana Zain tak?

Cewah! Ada hati nak jadi macam Ziana Zain.

“Iema! Kau keluar Iema. Keluar!!”pintu rumah diketuk bertalu-talu.

Aku dan Bella saling berpandangan. Dari suara tu, macam si Zana. Angin apanya pulak? Aku tak buat apa-apa pun. Kenapa nak serang. Agaknya dia tahu, aku dok mengumpat dia.

“Kau pergi la tengok. Cakap je aku ni takda di rumah.”bisikku ke telinga Bella. Bella menganggukkan kepalanya. Terkinja-kinja aku berlari, menyorok di bawah tangga.

“Mana kawan kau yang gatal tu. Aku nak cabai mulut dia.”tercangak-cangak Zana di depan muka pintu. Di tangannya siap ada cili boh.

“Puan Zana. Nak cari Iema ke?”

“Ya la. Mana dia? Panggil dia keluar sekarang jugak!”bulat mata Zana.

“Kalau nak bagi cili boh tu. Bagi je pada saya. Nanti saya bagitahu Iema. Ini Zana yang bagi.”aduh! Kau buat aku nak tergelak besar je la Bella. Terhinjut-hinjut aku menahan ketawa.

“Hoi! Aku bawa cabai ni, sebab nak tenyeh kat muka dia. Mana dia?”

“Hello cik kak. Iema takda di rumah. Meh sini cabai tu. Nanti saya tolong tenyehkan muka dia. Akak pergi balik. Jangan nak buat kecoh di rumah saya ni. Malu la orang tengok. Bising-bising begini.”Bella menolak badan Zana pelan-pelan. “Balik dulu ya kak. Ni..”cili boh di tangannya di angkat. “..nanti saya tenyeh muka Iema.”

Bella kembali masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat dia tutup pintu. Terus dia dapatkan aku dengan di tangannya ada cili boh.

“Wei..keluar la. Dia dah blah.”

“Kau ni. Yang pegang cili boh tu nak buat apa?”

“Aku nak tenyeh muka kau la.”Amboi, sedap lagi mulut tu.

“Eh! Aku main-main je la.”Bella tersengeh. Saja je menyakat aku. “Kau tengok ni Iema, tak guna lagi cili boh ni. Aku memang pun nak masak sambal tumis hari ni. Cili giling dah habis. Rezeki ada depan mata. Aku sambar je la. Pandai tak aku?”terhinjut-hinjut Bella ketawa. Argh!! Sempat juga budak ni. Suka hati kau la Bella. Janji aku selamat dari ditenyeh cili boh tu.

….

“Iema, kau dah nak balik ke?”Hah, ini lagi sorang. Dah ni time balik kerja. Itu pulak yang nak di tanya. Macam takda soalan lain yang nak di tanya. Tanya la. Kau dah makan ke belum? Boleh jugak aku minta dia belanja aku makan.

“Dah nak balik ke?”Harris tanyaku sekali lagi.

“Eh, takda la. Aku baru nak masuk pejabat. Baru pukul 05:30 petang ni.”sindirku. Muka aku. Hmm, dah semakin ketat.

“Garang la kau ni. Cuba la, kau manis-maniskan muka kau yang masam tu.”

Amboi, sindir aku ni.

“Muka aku masam bukan hal kau pun.”marahku. Tak suka la denga Harris ni. Suka sangat ganggu hidup aku. Ingat bagus sangat. Mentang-mentang la anak bos. Suka-suka hati dia je. Kenapa la, hidup aku ni di penuhi orang-rang yang begini. Di rumah jiran aku, di pejabat pun sama. Tak pernah senang.

“Eleh! Muka kau tu hari-hari memang gitu. Mesti la jadi masalah pada aku. Aku pun naik rimas tengok muka kau.”

“Hello cik abang. Siapa suruh kau tengok muka aku?”kucekak pinggangku. Kutenung lama matanya. Rasa macam berasap je telinga aku ni.

“Kena tengok la. Takkan aku nak tengok kat tempat lain pulak.”

Cepat-cepat aku mengalihkan badanku. Tak guna betul. Terkena juga aku.

“Kau nak ke mana?”soalan bodoh yang tak masuk akal.

“Nak balik la. Dah pukul berapa ni?”

“Kau tak boleh balik lagi. Big boss nak jumpa kau.”

Membulat mata aku. Buat apa nak jumpa aku? Atau dia ni sengaja nak kenakan aku.

“Tipu!”

“Takda masa la aku nak tipu.”Harris terus berlalu. Sempat dia mencuit pipiku. Tak guna betul dia ni.

Pintu bilik Dato’ Zainal ku ketuk dahulu.

“Masuk”kedengaran suara Dato’ Zainal.

“Ya Iema. Kamu tak balik lagi?”

Terpempan aku dengan pertanyaan Dato’ Zainal.

Bukankah dia yang nak jumpa aku. Kenapa soalan itu yang di tanya.

“Maaf datuk. Harris cakap. Datuk nak jumpa saya.”terangku yang sebenarnya.

Tersimpul senyuman terukir dibibir Dato’ Zainal. Kemudian di gelengkan kepalanya.

“Harris..Harris.. Tak habis-habis. Awak duduk dulu.”

Aku mengetap bibirku. Dato’ Zainal memanggil Harris pula. Kenapa pula Harris perlu ada.

“Masuk Harris.”tersengeh-sengeh. Dah macam kerang busuk. Tergaru-garu kepala, macam kepala tu penuh kutu.

“Kenapa pa?”

“Harris cakap papa nak jumpa Iema?”

Menyampah aku. Tergaru-garu tak habis-habis. Memang sah, rambut dia ni mesti penuh kutu.

“Harris main-main je. Saja nak menyakat Iema.”

“Apa? Kau main-mainkan aku.?”laju sahaja aku bangun berdiri. Dicekak pinggangku. Aku lupa, Dato’ Zainal ada di depan aku. Hati aku ni dah membara. Berasap-asap telinga aku ni.

“Kau ni. Serious sangat. Jangan la marah. Aku main-main je.”

“Sudah! Kamu ni Harris. Kenapa usik Iema begitu. Kan sekarang waktu balik pejabat.”

Tersengeh-sengeh. Itu je yang dia tahu.

“Maaf datuk. Saya nak balik.”aku mengundur dua langkah ke belakang.

“Nanti Iema. Biar Harris yang hantarkan.”pinta Dato’ Zainal.

“Eh, takpa datuk. Saya boleh naik bas.”

Aku terus keluar begitu. Malu pun ada. Aku boleh tertipu dengan si Harris. Memang la aku dan Harris pernah belajar satu universiti dahulu. Tapi tak pernah aku dekat dengan dia. Dari dulu lagi. Dia suka menyakat aku. Dah habis belajar. Aku rasa lega sangat. Sebab lepas tu, aku tak payah nak mengadap kerenah si Harris ni. Tak sangka pula. Tiba-tiba je dia juga kerja di sini juga. 2 bulan aku aman kerja di sini. Dia muncul, dan di kenalkan sebagai anak pemilik syarikat Maya Holding ni. Takkan aku nak berhenti kerja pulak. Bukan senang, sekarang ni nak cari kerja.

Aku berjalan ke perhentian bas. Menunggu bas. Aku dah terlepas bas yang selalu aku naik. Nak tunggu, pukul berapa pula bas ni nak lalu. Aku pun tak tahu. Jam di tangan ku pandang. Sudah jam 06:20 petang. Aku mencebik.

Ini semua sebab Harris. Kalau dia tak ganggu hidup aku tadi. Mesti semua ni tak jadi. Takpa! Hari ni hari kau. Hari lain, aku balas balik perbuatan kau Harris.

Ada kereta berhenti di depanku. Agaknya, nak menjemput perempuan yang bertudung di sebelah aku. Tapi kenapa dia tak berganjak pun. Buat tak tahu je.

Tingkap di buka. Nampak wajah pemandu. Harris.

“Iema!!”nama aku di panggil.

Aku buat bodoh je. Malas hendak melayan. Nak kenakan aku lagi la tu.

“Wei, Iema. Mari la naik. Aku hantarkan kau balik.”

“Taknak la. Aku boleh balik sendiri.”jual mahal.

“Cepat la.”

“Aku balik sendiri. Kau ingat aku tak reti nak balik sendiri.”

Aku sengaja buat jual mahal. Mata aku tertangkap pada seseorang yang datang ke arah perhentian bas. Tersengeh-sengeh dari jauh. Sambil melambai-lambai tangan. Aku amati wajah itu. Kalau tak salah itu jiran aku, Razif. Hah! Apa dia buat di sini.

Aku bingkas bangun.

Terus aku buka pintu kereta.

“Jalan cepat.!!”arahku. “Cepat la!!”kalutku. Ditampar berkali-kali peha Harris.

Aku menghela nafas lega, bila kereta yang ku naik ini terus jauh meninggalkan perhentian bas tadi.

“Tadi jual mahal sangat. Tetiba lari naik macam nampak hantu.”ada ukiran senyuman di wajah Harris.

Terkedu aku. Dijuih bibirku. Malu pun ada. Tapi takpa…janji aku selamat.

Aku lihat keluar kereta. Cuci mata melihat pandangan luar. Mulut aku ni dah terkunci.

“Di mana rumah kau?”

“Taman Jawi Permai.”jawabku laju.

“Oh, ada mulut. Ingatkan mulut kau jatuh tadi.”sinis Harris.

Eee..geramnya aku. Benci la dia ni.

Terkena juga aku.

“Aku hairan betul la dengan kau ni. Bukan sehari aku kenal kau. Tapi dah berkurun. Muka kau tu memang tak boleh nak maniskan sikit. Aku jumpa je. Muka kau masam je.”

aku menjeling ke arah Harris. Betul ke aku macam tu? Aku rasa aku ok je. Dia je yang tak pernah tengok aku ni bermanis-manis muka. Buta agaknya. Takkan aku nak senyum..ketawa memanjang.

Haiya..ini orang pun ada ke?

“Satu lagi. Aku kalau cakap dengan kau. Macam cakap dengan tunggul.”

“Apa? Kau samakan aku dengan tunggul.?”

“Iya. Cakap berasap-asap. Kau diam je. Tak menyahut. Nak kata mulut kau takda, ada.. Nak kata bisu, tak kan…?”

“Cakap tu berlapik sikit erk.”

Kumemeluk tubuhku. Sabar je la. Aku masih sedar diri. Kalau aku balas balik laser aku..memang sakit hati nanti. Dari aku kena turun di tengah-tengah pekan ni. Baik aku diamkan diri je.

“Betul. Jangan la macam tu. Aku nak jugak tengok kau senyum…ketawa.. Kau tak tak reti nak senyum atau ketawa ke?”tanya Harris. Soalan bodoh pertama kali yang diajukan selama aku hidup ni.

Aku memaksa senyuman di wajahku. Kelat sahaja.

“Senyuman terpaksa.”sinis Harris.

“Nak macam mana? Macam ni? Hihi haha..”aku pura-pura ketawa.

Terpempan aku. Dia pula yang ketawa terbahak-bahak.

“Kelakar jugak kau ni Iema.”

Hmm. Iya la tu. Pelik sungguh manusia ni. Macam tu pun di katakan kelakar. Aku menarik muka seposen.

“Mana satu rumah kau.”

“Depan tu.”muncung mulut aku. Menunjukkan rumah sewaku. Diluar rumah kelihatan Zana sedang menyiram pokok bunga di halaman rumahnya.

Alamak! Mak lampir ada di luar rumah. Nanti mesti dia nak cari gaduh dengan aku.

“Mana?”

“Tu..”

“Kat orang siram pokok bunga tu ke?”

“Sebelah rumah dia tu.”

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah sewanya. Aku melirik ke arah Zana. Dah nampak muka dia lain sangat. Diperhatikan sahaja aku.

Pinggangnya dah dicekak.

Aku turun kereta seperti biasa.

“Hei. Kau sini? Aku tak habis lagi nak ajar kau semalam. Kau sengaja larikan diri dari aku kan?”tak habis-habis lagi gunung berapi si Zana ni. Cemburu tak tentu pasal.

“Maaf la Zana. Aku takda masa nak bergaduh pasal laki kau tu.”

“Amboi sedapnya mulut kau. Laki aku cakap, kau yang terhegeh-hegeh nakkan dia.”

“Hmm..percaya la cakap laki kau tu.”aku kembali ke kereta. Pintu kereta kubuka. Harris kutarik keluar dari perut kereta. Tangannya terus kurangkul erat. Mujur Harris bagi kerjasama. Kalau tak, tak menjadi lakonan aku ni.

“PUAN ZANA… Saya tak pandang la suami kau tu. Apa yang dia ada, nak dibandingkan dengan tunang aku ni. Ini aku kenalkan tunang aku. Harris!!”aku perkenalkan Harris kepada Zana sebagai tunangan aku. Tergamam dia.

“Sayang. Ini jiran Iema. Dia ni la yang Iema selalu cerita tu. Yang kata Iema nakkan laki dia.”manja suaraku. Terpaksa.

“Iya ke? Jadi ini la orangnya.?”

“Hmm..”

“Puan. Tunang saya ni…selalu sangat cerita tentang suami puan tu. Dia suka sangat ganggu tunang saya ni. Tadi..masa nak balik. Suami puan kejar tunang saya ni. So..siapa yang kejar siapa? Siapa yang gilakan siapa? Macam ni la puan. Puan selesai la baik-baik dengan suami puan tu. Jangan nak salahkan orang.”sindir sahaja Harris. Macam mana dia tahu? Suami Zana kejar aku tadi? Argh!! Biar je la.

Terdiam Zana. Malu sendiri. Dihentak-hentakkan kakinya. Terus masuk ke dalam perut rumah.

Haha.. Padan muka kau Zana. Tuduh lagi aku bukan-bukan.

Aku tersenyum puas. Seronok lihat Zana terkena dengan Harris.

“Apa kau pandang-pandang?”marahku. Aku perasan Harris merenungku tadi.

“Akhirnya. Dapat juga aku tengok kau tersenyum. Manis.”puji Harris. Sukanya aku. Tambah-tambah lagi lelaki kacak macam Harris yang puji.

“Aku masuk dulu.”

Aku membuka pintu pagar yang terkunci.

“Baru balik Iema?”suara Razif menegur. Tersengeh-sengeh. Sejak bila dia balik pun aku tak perasan. Menyampah aku. Sempat juga nak merenyeh dengan aku.

“Sayang…”Harris datang dekat padaku. Aku membalas senyuman Harris.

“Ya bang.”uwek. Cuak aku. Nak termuntah.

“Sayang tinggal handbag.”disua beg tanganku.

“Oh! Terima kasih.”

“Sama-sama.”

“Masuk dulu sayang. Malam ni jadi kan?”

“Hah?”bulat mataku. Apa yang jadi?

“Makan malam.”

Aku angggukkan kepalaku laju.

“Ok. Jadi.”kubiarkan sahaja Harris menggenggam jemariku. Kemudian dikucupnya. Hah! Ini dah melebih.

….

Novel Ombak Rindu yang sudah lama tersimpan, kembali kucari. Rindu pula hendak membacanya. Ingin imbas kembali cerita novel ini. Dengar kata novel ini akan diadaptasi ke filem. Itu yang membuatkan hati aku tertarik-tarik untuk membacanya lagi.

Di merata tempat aku cari. Tapi tak jumpa. Sehinggakan ke dalam kotak pun aku cari. Mana tahu tersesat masuk ke dalam kotak. Hampa sahaja pencarian aku.

“Mana pulak pergi novel aku ni?”

“Kau cari apa?”

“Novel ombak rindu. Kau ada nampak tak?”tanyaku.

“Alamak! Sorry la Iema. Aku lupa nak bagitahu kau. Sepupu aku pinjam.”

Aku menjuihkan bibirku. Dipeluk tubuhku.

Bella ni. Paling aku tak suka. Dia suka ambil barang aku, tanpa pengetahuan aku. Bila aku kalut cari begini. Baru dia sibuk nak beritahu. Teruk la kau Bella. Nasib baik kau kawan aku. Kalau tak, dah lama aku siat-siatkan kau.

Pintu diketuk bertalu-talu. Siapa pula yang datang ke rumah malam-malam begini. Jarang sekali rumah kami di kunjungi tetamu. Takkan si Zana tu lagi. Apa yang dia mahu.

“Kau pergi la tengok. Zana lagi agaknya. Aku nak menyorok.”bisikku.

Pintu rumah dikuak. Ada seorang lelaki berdiri di muka pintu rumah.

Terpampan Bella melihat kekacakan lelaki di depannya itu. Ditangannya membawa sejambak bunga mawar.

“Ya. Nak jumpa siapa?”tanya Bella gugup. Hatinya sudah cair. Dan berbunga. Malah lebih mekar dari bunga mawar yang di bawa itu.

“Iema ada.”

“Oh. Nak jumpa Iema. Ingatkan nak jumpa saya.”menggedik betul kau Bella. Mengeliat lebih. Macam tak pernah tengok lelaki. Kalau Zana kata kau tu gatal ok jugak. Ini barunya gatal.

Amuk aku di dalam hati.

Aku keluar dari persembunyian aku.

“Kenapa kau datang malam-malam ni?”tanyaku kasar.

“Aik! Kau dah lupa. Kan tadi kita janji nak keluar malam ni.”Harris cuba mengingatkan aku.

“Hei. Aku main-main je la. Aku terpaksa. Nak mampus.”marahku lagi. Sambil ku terhendap-hendap rumah sebelahku. Mana tahu, ada Zana atau Razif. Habis la rancangan aku.

“Tak kira. Aku dah datang. Kau kena keluar dengan aku jugak.”

“Eee..kau tak faham ke? Aku tak mahu.”suara yang tadi meninggi kembali perlahan. Seakan berbisik.

“Atau kau nak…”

“Nak apa?”

Muncung mulut Harris ke arah rumah sebelah. Ada suara berborak. Suara Zana dan Razif.

Mereka berdua bertekak kecil.

“Kejap ya sayang. Iema bersiap dulu. Lupa la.”aku masuk ke dalam bilik. Mahu tak mahu, terpaksa juga aku. Aku terperangkap sendiri.

Aku mengenakan dress labuh ke badanku. Aku rasa ini paling cantik yang aku ada pun.

Mahu tak mahu, aku keluar juga dengan Harris. Bukan main tersenyum lebar lagi dia.

Gamaknya, dia suka pada aku? Perasan la pulak. Tapi pandangan mata dia tu. Aku rasa lain sangat.

“Wah! Cantiknya sayang abang ni. Ini yang buat abang tambah sayang lagi ni.”bersahaja je Harris ni. Aku pulak. Senyum. Senyum yang dipaksa-paksa. Tapi lebarnya sampai ke telinga. Mana taknya. Ada mata yang memandang kami.

Sudah jauh kami diperjalanan. Tapi aku sedikit pun tak bersuara. Mulut aku terkunci. Tapi jantung aku. Tak tahu nak kata macam mana. Dup dap dup dap sahaja. Berdegup laju.

“Kau nampak cantik malam ni.”puji Harris. Tapi tak tahu la tahap keihklasan pujian dia tu. Samada nak bagi aku perasan. Atau memang betul aku cantik malam ni. Tapi selama ni, memang aku cantik pun. Itu pun kau tak perasan. Huh!

“Tapi sayang..muka kau tu tak sesuai untuk orang secantik kau ni. Masam je.”

“Kau cakap tu baik-baik sikit erk. Muka aku ni masam ke manis ke? Kau boleh rasa ke?”

“Memang la tak dapat nak rasa. Tapi aku rimas la. Cuba kau senyum. Senyuman yang betul-betul ikhlas.”

“So..jangan la paksa aku senyum. Kau nak tunggu senyuman yang ikhlas dari aku. Kau tunggu la. Bila aku rasa betul-betul ikhlas nak senyum pada kau.”berjela aku menjawab. Dia sorang sahaja yang sibukkan dengan muka aku ni. Orang lain tak menyibuk macam dia.

“Sombong!”bentak Harris.

“Aku sombong, itu aku punya hal la.”

“Ego!”

Argh! Suka hati kau. Nak kata apa pun pada aku.

“Selfish!”dia kutuk aku tak habis-habis. Lagi aku diam. Macam-macam yang keluar dari mulutnya.

“Hantar aku balik.!”kuat suaraku. Dah tak boleh tahan. Telinga aku ni panas.

“Dah terlambat nak balik. Kita dah sampai pun.”

“Nak balik!”

“Balik la sendiri.”

Kereta sudah pun di hentikan di depan Restoran Santai.

“Nak balik. Balik la. Sini takda bas, malam-malam.”

Aku menjuihkan bibirku. Memang kawasan ni. Bas tak masuk. Malang sungguh aku. Ini la jadinya, jika tinggal di corok kawasan luar bandar.

Aku memandang keadaan sekeliling. Restoran apa agaknya di bawanya aku.? Sudah la kawasan ni tak ramai orang. Taman perumahan baru nak membangun. Rumah-rumah masih banyak yang kosong tak berpenghuni.

“Tunggu.”aku melangkah kakiku laju. Takut juga aku. Mana tahu. Ada orang jahat ke, hantu ke? Ish, merepek aku ni.

Terpaksa buat muka seposen. Ikut je Harris. Taknak la aku, jalan sorang-sorang dengan suasana yang sunyi begini. Apa punya tempat dia bawa aku. Sengaja tak mahu bagi aku lari.

Pandai kau Harris.

“Tempat apa kau bawa aku ni?”

“La..kau tak reti baca ke? Terpampang bukan main besar lagi. ‘RESTORAN SANTAI’. Tak reti baca?”

“Aku tahu la. Tapi tempat ni sunyi semacam je.”

“Ish. Kau ni. Itu bukan orang ke.?”

“Memang la orang, tapi tak ramai. Kiri kanan. Takda kedai yang buka.”

“Hello, cik kak. Dah nama kedai baru. Banyak la kedai yang belum buka.”bergetap bibir Harris.

“Hai, abang Harris.”

“Hai, sweet.”

Hah! Bencinya aku. Sweet…abang.. uwek… Siapa perempuan ni. Boleh tahan cantiknya. Menyampah aku. Depan-depan aku pun nak bercintan-cintun. Please la. Kalau nak mengayat sekali pun. Jangan la depan aku. Sakit hati aku ni. Rasa macam nak lagakan sahaja kepala dorang berdua ni.

“Iema, nak makan apa?”

“Taknak la..”balasku kasar. Sempat aku menjeling ke arah perempuan depan aku tu. Tersenyum-senyum.

“Minum?”tanya Harris lagi.

“Taknak!!”

“Aih, semuanya taknak. Habis tu nak apa?”

“Abang..akak ni macam cemburu je. Akak salah faham ni.”sinis sahaja. Terkena aku.

Tapi betul ke aku cemburu?

“Eh, mana ada.”sangkalku.

“Kau cemburu erk?”Harris pula tanya. Darah naik menyelinap ke muka je. Aku pun tak tahu, aku cemburu atau apa.

“Mana ada.”acuh tak acuh sahaja aku membalas.

“Iya la tu. Farra, hmm…abang nak macam biasa. Buat 2 set,”Harris memesan pesanannya.

“Minum.?”

“Pun macam biasa. Buat dua jugak. Akak ni, dia malu.”

“OK.”

Perempuan itu terus berlalu, setelah mengambil pesanan. Bukan main lenggang-lengguk jalannya. Mengada-ngada pun ada.

“Kau pandang apa? Cantik tak?”muncung mulut Harris ke arah Farra yang berlenggang-lengguk tu.

“Tak tahu la. Citarasa kau. Bukan aku. Tanya aku buat apa.”balasku acuh tak acuh.

“Mesti la tanya pendapat. Cantik tak?”tanya Harris lagi.

“Cantik.”balas ku acuh tak acuh.

“Aku tahu. Memang dia cantik. Tapi kau kalau sentiasa senyum macam Farra. Kau lagi cantik.”ini nak memerli atau memuji.

Aku membelek telefon bimbitku.

Saja. Dah tak tentu arah. Harris asyik senyum-senyum je kat aku. Malu la. Mata dia, asyik pandang aku je.

“Harris, please la. Jangan pandang aku macam tu.”tegurku. Aku rimas.

Dia sikit pun tak peduli. Dia terus memandang aku. Makin tidak senang dudukku.

Berdetup-detap jantungku.



Hari ini, sebenarnya aku malas sekali nak ke pejabat. Mata aku ni berat je. Dengan hujan lebat begini. Kalau tidur,hmm..mesti best sejuk-sejuk ni.

“Iema, kau tak siap lagi ke?”

“Aku tengah bersiap la ni.”balasku. Sambil tanganku mencalit mulut merah ke bibirku.

“Aku pergi dulu.”

“Tunggu la aku. Aku nak tumpang kau.”kalut aku. Aku mencapai beg tanganku yang tergantung di belakang pintu.

“Hish, aku dah lambat. Kau pergi dengan abang kau. Dia tunggu kau di luar.”Bella terus keluar tinggalkan aku. Bila pula aku ada abang? Takkan abang sepupu aku Azam.? Tak mungkinlah. Diakan baru je ke oversea. Abang mana pula?

Aku terus melangkah keluar dari perut rumah.

“Morning sayang!!”

Alahai, Haris lagi. Pagi-pagi ni, buat apa dia datang. Tak puas lagi ke semalam jumpa aku.

“Morning sayang..”sekali dia menyapaku. Kali ini dia menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepadaku. Bunga mawar semalam pun aku berikan pada Bella. Ini, aku nak berikan pada siapa pula? Hmm..nak ambil, tak mahu? Aku bermain teka-teki sendiri.

“Ambil la. Khas untuk kau.”

Teragak-agak juga aku. Sebenarnya aku teruja sangat. Suka! Tapi saja je tak tunjuk. Tak mahu la nak melebih-lebih.

“Terima kasih.”

“Macam tu la. Jangan jual mahal sangat.”sindir Harris.

“Jom. Kita pergi pejabat sama-sama.”ajak Harris. Jadi inilah yang Bella maksudkan. Aku menjuihkan bibirku, bila teringat kata-kata Bella tadi.

Aku hanya merelakan sahaja. Ikut sahaja Harris. Aku tahu, Harris walaupun senakal-nakalnya. Dia cuma suka mengusik aku je. Tapi hati budinya baik.

“Kau dah makan?”tanya Harris.

“Belum.”

“Kita breakfast sama-sama.”pelawa Harris.

“Aku puasa. Sorry.”jawabku.

“Oh! Kenapa tak beritahu semalam. Kalau tak, boleh aku temankan puasa. Boleh kita buka puasa sama-sama.”laju sahaja tuturnya.

Hello! Aku kalau nak berpuasa, aku tak kira la. Tak perlu nak berteman-teman.

“Aku ada something nak cakap dengan kau.”Harris mebuka radio. Siaran radio Suria Fm di corong radio. Suara Halim Othman dan Syarifah Syahirah berceloteh rancak di pagi-pagi ni. Aku pun suka dengar mereka berceloteh pagi-pagi. Rasa ceria je. Tak sangka, kat sini kami ada persamaan.

“Cakap je la.”

“Shhh. Diam. Dengar lagu ni”

Tadi kata nak cakap sekarang dia suruh diam pulak. Pelik la dia ni.

Lagu Stacy Kisah Dongeng ke dengaran di corong radio. Lagunya memang sedap di dengar. Mendayu-dayu.

‘Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja ‘

Harris leka sekali melayan lagu Kisah Dongeng dari Stacy. Nak tergelak aku. Bila Harris layan lagu ni. Serius sekali dia. Mengikut bait-bait lagu. Walaupun nyanyiannya berbisik. Tetapi jelasku dengar.

“Bestkan lagu ni?”

“Boleh la.”balasku acuh tak acuh.

“Untuk kau.”Harris sempat mengenyitkan mata ke arahku.

Terpempan aku. Lagu ni untuk aku. Iya la tu. Saja nak mainkan aku.

“Iema..aku, sebenarnya…”kata-kata Harris terhenti di situ sahaja.

Jantung aku pula berdegup kencang. Adakah dia ingin meluahkan perasaan pada aku. Oh tidak! Apa harus aku jawab nanti.

“Sebenarnya aku suka…”

“Suka apa?”sergahku. Tergagap-gagap. Cakap terang je la.

“Aku suka kawan dengan kau.”laju sahaja kata-katanya.

Aku menjuihkan bibirku. Kawan je? Ingatkan kau ada perasaan pada aku. Tadi siap tuju lagu tu pada aku. Aku ingat kau suka aku. Desis hatiku. Aku pula yang nak rasa geram.

“Selama ni. Kita bukan kawan ke?”

“Memang la. Tapi tak rasmi lagi.”

“Nak kawan tak perlu nak rasmi. Kawan je la.”balasku.

“Betul ni. Jadi kau sudi terima aku la.”

“Selama ni, memang aku anggap kau kawan aku.”

“Tapi aku bukan nak berkawan dengan kau.”

Pulak. Tadi dia cakap nak berkawan dengan aku. Sekarang tak mahu. Agaknya, dia ni dah tiga suku. Banyak sangat berfikir tentang kerja.

Naik geram aku. Main-main pula dengan aku.

“Taknak kawan sudah. Aku tak rugi apa-apa pun.”

“Aku tak mahu berkawan biasa…tapi aku nak lebih dari tu..”

“Lebih?”

“Lebih daripada seorang kawan.”katanya lagi.

“Oh! Kau nak jadi teman baik aku? Tak jadi hal.”jawab aku acuh tak acuh.

“Ish, susah la kau ni.”tiba-tiba keretanya di hentikan secara mengejut.

“Kau ni gila ke? Nasib baik tak terhantuk depan tu.”marahku. Terkejut dengan tindakan gila Harris.

“Memang aku gila. Gilakan kau.”

“Kau ni memang sah gila.”jeritku kuat.

“Iema, aku sukakan kau. Dah lama aku pendamkan perasaan aku pada kau.”Harris meluahkan perasaannya padaku. Aku macam tak percaya je.

Dia buat aku tergelak je. Sukakan aku. Selama ini, bukan main dia kutuk aku.

“Bukan masanya nak main-main Harris.”

“Aku serius. Tak main-main.”

Aku diam. Apa jawapan yang harus aku beri. Takkan aku nak terima. Sedangkan kami masih belum kenal hati budi masing-masing lagi. Walaupun kami sudah mengenali lama antara satu sama lain. Tetapi jauh di sudut hati, aku memang langsung tiada perasaan pada dia. Memang adakala bersamanya kadangkala aku akan rasa debaran. Tapi tak begitu lama.

“Maafkan aku Harris.”

“Aku bagi kau masa. Nanti kau dah ada jawapan. Kau beritahu aku.”

Aku diam sahaja. Tidak mahu memberi apa-apa harapan yang menggunung pada Harris. Nanti dia berharap pada aku pulak.

“Kau dengar tak?”

“Dengar. Bagi aku masa.”

“Sampai bila aku nak tunggu jawapan kau.”

Aku mencebikkan bibir dan mengjungkitkan bahuku.

Aku pun tidak ada jawapan untuk soalan Harris.

Kenapa aku juga yang dia pilih.?

Kenapa bukan perempuan yang lain. Istimewa sangat ke aku ni?

Aku tidak tahu apa yang mahu di bualkan dengan Harris. Harris pun diam juga. Agaknya dia malu sebab aku bersikap dingin sahaja. Jawapanku pula, acuh tak acuh.

Sampai juga ke destinasi.

Leganya aku. Tapi aku rasa pelik pulak dengan Harris. Dia terus membisu sahaja.

Sehingga sudah masuk ke dalam pejabat pun, dia tetap membatu. Dia marahkan aku ke? Kenapa aku nak terasa. Tak senang duduk aku di buatnya.

Masing-masing membuat haluan sendiri. Dia masuk ke biliknya dan aku ke bilikku.

Apa yang dah jadi ni? Ya Allah. Kenapa aku nak fikirkan tentang dia pula.

“Iema, ada meeting jam 09:00.”

“Ok, Mas. Thanks.”Mas selalu sahaja peringatkan aku. Kadang-kadang kalau aku sibuk dengan kerja, meeting pun aku boleh lupa.

Horlick 3 in 1 yang sedia ada di dalam laci ku capai. Kering tekak aku. Sebenarnya aku tipu Harris je tadi. Aku mana boleh puasa. Saja nak mengelak bersarapan dengan Harris.

Air panas kutuang ke dalam mug. Fikiranku pula jauh mengelamun.

“Ouch!!”mengelupurku. Air panas terkena jariku. Sudah nampak kemerahan. Mengelupurku kuat.

Harris memegang tanganku. Dia keluarkan sesuatu dari poketnya. Disapunya ke jari aku yang melecur terkena air panas.

Aku tidak terkata apa kali ini. Hanya terus memerhati dia mengubati tanganku yang pedih. Berkerimuk mukaku menahan rasa sakit.

“Lain kali. Hati-hati.”

Aku tersenyum mendengar bebelan Harris. Dia tahu mana tangan aku terkena air panas. Dia perhatikan aku dari tadi ke? Arh!! Perasan. Mungkin kebetulan dia datang tadi.

Aku diam. Digetap bibirku.

Harris terus berlalu. Tidak lama dia di situ. Apa agaknya dia buat di sini? Aku terjenguk-jenguk. Harris kembali masuk ke biliknya.

Aku terpandang mug hitam terletak di meja dengan sebungkus kopi segera.

Kalau tidak salah. Ini kepunyaan Harris. Jadi dia ke sini pun nak bancuh air? Aku mengambil mug hitam itu dan ku tuang kopi segera ke dalam mug. Ku tuang air panas. Kali ini aku lebih hati-hati.

Ke dua-dua mug itu ku bawa dengan hati-hati. Mug berisi air horlick, terlebih dahulu aku letakkan di meja bilikku. Mujur pintu tidak tertutup rapat. Boleh aku tolak dengan badanku.

Aku berada di depan bilik Harris. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan kuhelanya.

Pintu ku ketuk berkali-kali.

“Masuk.”suara Harris kuat kedengaran.

Aku memulas bonggol pintu biliknya. Air kopi yang siap bancuh, kuletak di mejanya.

“Kopi kau.”

“Terima kasih.”jawab Harris.

“Aku pun sama. Terima kasih Harris.”

“Hmm..ada apa-apa lagi? Kalau takda apa-apa, aku nak bersendiri.”serius sahaja tutur Harris. Tidak pernah dia bersikap dingin dengan aku. Selalunya ada sahaja yang akan di usiknya. Tapi hari ni, aku rasa sunyi sangat tanpa usikan Harris. Dia marahkan aku ke?

Aku kembali ke bilikku. Aku mengambil fail-fail yang perlu ku bawa masa mesyuarat nanti. Air horlick panas ku teguk perlahan-lahan.

Sekali sekala mataku mengerling ke arah jam di atas mejaku. Sudah hampir jam 09:00 pagi. Aku mula bersiap-siap ke bilik meeting dengan fail di tangan.

Air horlick panas di teguk habis. Di sapu bibir dengan tisu yang ada di atas meja.

Kakiku melangkah keluar dari bilik. Menuju ke bilik meeting.

Keadaan riuh-rendah sekali. Seperti berada di pasar pula. Aku menghampiri bilik mesyuarat.

“Apa yang bising-bising ni Mas. Riuh je?”tanyaku. Aku tidak tahu apa yang mereka semua kerumun.

“Harris.”

“Kenapa dengan Harris.?”

“Dia pitam. Tiba-tiba sahaja dia rebah depan bilik meeting ni tadi.”

Bulat mataku. Terkejut. Kenapa dia pitam.? Aku cuma berikan kopi je. Tak letak pulak ubat-ubat dalam airnya. Kenapa boleh pitam. Takkan sebab minum kopi dari aku, dia pitam.

Ish, apa pulak nak fikir begitu? Apa kena mengena dengan kopi yang aku bancuh.

Aku juga menghampiri Harris.

“Kenapa biarkan Harris di situ. Cepat la bawa ke hospital.”geramnya aku. Boleh dorang tengok je dia. Tak berhati perut langsung. Takkan mereka ni pun nak jadi macam sedutan video yang di lihat di berita. Anak kecil 2 tahun dilanggar, tiada siapa pula yang tolong. Buat tak tahu je. Geram betul. Tak berperasaan betul.

“Datuk! Harris pitam.”jerit Zam, office boy.

“Apa? Cepat-cepat.. tolong bawa Harris ke dalam kereta saya. Iema, awak ikut saya.”

Aku menganggukkan kepala.

“Hari ni meeting kita cancle.”

Aku dan Dato’ Zainal menunggu di luar sementara dia di periksa. Terpancar kerisauan di wajah Dato’ Zainal.

“Datuk, maafkan saya. Boleh saya tahu, Harris sakit apa?”

“Harris ada gastrik. Tadi pagi dia tak makan. Tergesa-gesa keluar.”terang Dato’ Zainal.

Aku menekup mulutku yang ternganga. Pagi tadi Harris ada ajak aku breakfast, tapi aku tolak. Mungkin di sebabkan itu?

“Gastrik?”

Dato’ Zainal menganggukkan kepalanya. Walaupun penyakit itu tidak la seteruk mana. Ia tetap mengenai kesihatan. Aku tidak sepatutnya menolak pelawaan Harris. Dia datang rumah aku pagi-pagi, semata-mata nak bersarapan bersama-sama dengan aku?

Dato’ Zainal menerima panggilan dari pejabat. Seperti panggilan penting.

“Iema, awak temankan Harris. Saya perlu ke pejabat sekarang jugak. Ada clien penting datang.”

“Pergi la datuk. Saya boleh tengokkan Harris.”

Dato’ Zainal terus berlalu dengan tergesa-gesa.

Aku menghampiri doktor yang memeriksa Harris. Kalut aku bertanya. Cemas sekali aku. Aku rasa bersalah. Di sebabkan aku Harris sakit.

“Bagaimana dengan Harris doktor?”

“Tak apa-apa. Gastrik biasa sahaja.”

Boleh doktor cakap gastrik biasa sahaja. Aku tak puas hati betul dengan jawapan doktor tu. Orang dah pengsan tak sedarkan diri. Boleh dia kata biasa sahaja.

“Tolong jaga pemakanan suami awak. Apa yang dia makan pagi ni?”

Aku mengetap bibir. Bila pula aku ni isteri Harris.

“Seingat saya, dia minum kopi pagi tadi.”betul la jawapan aku tu. Harris tak makan apa-apa pagi ni. Cuma minum kopi yang aku bancuh pagi tadi.

“Hmm. Kalau boleh jangan berikan suami puan minuman seperti kopi, nescafe atau teh. Juga makanan yang masam-masam atau pedas.”aku hanya menganggukkan kepala. Harris ni pun satu. Dah tahu ada gastrik. Makan je la. Buat apa nak ajak aku. Sendiri cari penyakit.

“Macam mana sekarang?”

“Kami akan bagi ubat. Puan boleh bawa suami puan balik.”

Ini yang tak sedap di dengar. Aku nak bawa balik Harris.? Tadi aku datang pun tumpang datuk.

“Jom balik.”

“Aku boleh balik sendiri.”amboi, lain je bunyi. Takkan merajuk dengan aku.

“Jangan la macam tu. Jom aku hantar kau balik.”

“Buat apa kau nak ambil berat tentang aku.”

“Tak boleh ke aku nak ambil berat tentang kau?”sedikit meninggi suaraku.

“Jadi kau ambil berat tentang diri aku la.”tersenyum pula. Pelik la Harris ni. Dah biol agaknya.

“Boleh jalan tak ni?”

“Sakit lagi ni.”Harris menekan perutnya.

Mengada-ngada.

“Akak, ini ubat untuk suami akak. Makan ikut masa ya.”aku menganggukkan kepalaku.

Kami berdua terus berlalu.

Harris dari tadi, tidak habis-habis tersenyum. Entah apa yang di seronok hari ni pun aku tak tahu. Agaknya seronok jumpa jururawat cantik tadi. Ku cuba meneka.

“Iema, kan bagus kalau betul.”Harris masih lagi tersengeh.

“Apa yang betul?”

“Kan bagus. Kalau semua tadi betul.”

“Apa yang betul?”tanyaku geram. Sempat ku menjeling.

“Kau isteri aku.”Harris berbisik ke telingaku.

Aku terdiam. Kenapa semua cakap aku ni isteri Harris. Patut la Harris suka sekali.

Malu pulak aku.

“Iema..”Harris menggenggam jemariku. Aku cuba menepis. Tapi kuat pegangan tangannya.

Jantungku kali ini berdegup kencang. Sesak sahaja nafasku.

“Sudi tak, kau jadi isteri aku.”

Harris ni dah gila agaknya.? Dalam teksi, dia boleh melamar aku.

Pakcik teksi tu bukan main tersenyum lagi.

Malu betul aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Rasa macam nak terjun je.

“Apa lagi nak. Terima je la.”menyampuk pakcik teksi.

Aku hanya menguntum senyum.

“Haa..senyum tu. Setuju la tu.”tambah pakcik teksi itu lagi. Pandai-pandai je kata aku setuju.

Harris tetap menggenggam jemari aku dari tadi sampai ke pejabat.

Tidak di lepaskannya. Macam tak mahu berpisah dengan aku je. Aku nak hantar ke rumah. Dia tak mahu.

Aku cuba meleraikan genggaman tadi, tapi masih tidak berjaya. Dah sampai di dalam pejabat. Nanti apa pula kata orang. Nanti timbul pula gosip panas.

Harris melepaskan genggaman tadi. Aku menghela nafas lega. Dia lepaskan juga.

Harris menepuk tangannya berkali-kali.

“Semua dengar sini.”kuat suara Harris.

Aku ni dah tergamam. Apa pulak yang hendak di buatnya. Tadi dia sudah lamar aku di depan pakcik teksi. Kali ini, apa pulak?

Semua pekerja memberi perhatian. Ingin mendengar pengumuman Harris.

“Hari ni. Saya nak beritahu, satu berita gembira.”

wajah aku ni dah berkerut. Berita gembira apa pulak.

“Iema, dah terima lamaran saya. Jadi tak lama lagi dia akan jadi suri hati saya.”

Ternganga mulut aku. Dah tak tercover lagi.

Bila masa aku setuju? Tertelan air liur aku. Ini dah jadi apa kes pulak.

Semuanya bertepuk tangan. Riuh rendah sekali lagi ruang pejabat.

Aku menarik Harris ke bilikku.

“Apa kau dah buat ni?”

“Aku cakapkan yang tadi la.”

“Aku tak cakap pun, aku terima kau.”menekan suaraku.

“Pakcik tadi cakap, kau senyum tu. Kau setuju.”

“Eee. Kau ni. Teruk betul la.”bentakku.

“Jadi, kau tak setuju.”kedengaran hampa sekali suara Harris. Wajahnya yan tadi ceria berubah wajah.

“Aku dah cakap. Bagi aku masa.”

“Takpa la. Aku pergi cakap pada mereka semua. Apa yang aku cakap tadi..tak jadi.”Harris melangkah kaki. Cepat aku sentap tangannya.

Aku mengetap bibirku.

Apa salahnya kalau aku mencuba. Lagipun Harris tidaklah seteruk mana pun. Lagipun dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Aku pun tiada sesiapa. Tidak salah kalau aku mencuba.

“Aku akan cuba. Beri aku masa. Takkan kau nak malukan diri, semata-mata nak cakap semua tu.”aku tidak sampai hati pula. Kesian Harris. Nanti timbul pula gosip yang bukan-bukan.

“Kau beri aku peluang.?”tanya Harris serius.

“Ya. Aku beri kau peluang. Jika kita serasi, kau boleh terus masuk meminang aku.”arh! Mulut aku ni. Seperti memberi harapan tinggi pada Harris. Bagaimana kalau aku tak boleh.

“Aku sanggup.”

Kenapa Harris seperti pengemis cinta.? Tidak malukah dia, mengemis cinta pada aku hingga begitu. Nak kata, dia tiada rupa. Tidak. Kacak orangnya. Takkan tiada yang berkenan padanya. Agaknya dia terlalu memilih.

2 bulan kemudian…

Sudah seminggu Harris ke oversea. Aku rasa, hidup aku ni rasa sunyi je. Tiada berteman. Tiada usikan.. Rasa seperti ada kekurangan sahaja. Dia pergi membawa diri. Merajuk dengan aku.

Bermacam-macam cara dia lakukan untuk ambil hati aku. Untuk gembirakan hati aku. Tapi aku layan dia acuh tak acuh je.

Bila dia jauh dari mata. Aku teringat pada dia pulak. Kenapa perasaan ini pulak yang menyinggah di hatiku sejak-sejak pemergian dia. Adakah aku rindukan dia. Aku pula seperti pengemis cinta. Mengemis cinta pada yang tidak sudi.

Aku jalani hidupku seperti biasa. Tetapi hidupku bagaikan kosong. Apakah hatiku ini sudah terbuka untuk dia.? Tetapi…aku sudah terlewat. Terlewat untuk menghulurkannya perasaan itu.

Hari-hari penantianku…hanya sia-sia. Dia makin pergi menjauh dariku. Terus menghilang tanpa khabar berita. Membawa hatinya yang rajuk.

“Hati kau. Masih belum boleh terima aku ke?”tanya Harris.

“Kau jangan la mendesak aku. Aku cuba la ni.”marahku. Hari itu memang aku emosional. Habis aku nak marah. Tak kira siapa pun. Termasuk Harris.

“Sampai bila. Dah dekat dua bulan. Takkan takda sikit pun perasaan kau pada aku?”

“Kau ni Harris. Dah macam pengemis cinta. Kau tak malu ke mengemis cinta pada aku? Kau tak malu ke?”kuat suara aku. Tidak aku peduli suara ku yang kuat itu kedengaran hingga keluar bilik.

Harris mengetap bibirnya.

“Kalau kau tak boleh. Kau jangan paksa. Kau boleh cakap baik-baik dengan aku. Kau sengaja nak bagi semua orang dengar. Aku ni pengemis cinta kau. Aku tahu. Aku ni tak layak untuk dapatkan hati kau. Apa-apa pun terima kasih Iema. Kau sudi cuba untuk terima aku jugak.”Harris terus berlalu.

Aku teringat kembali saat-saat itu. Sejak kejadian hari itu, Harris terus keluar dan hingga sekarang dia tidak masuk ke pejabat. Dato’ Zainal cakap, Harris ke Paris. Pergi ke rumah kakaknya di sana.

Aku menyesal sekali. Baru aku sedar, aku telah sakiti hati dia. Aku sudah malukan dia. Sepatutnya aku kawal perasaan aku tika itu.

Tanpa aku sedari, airmataku laju sahaja mengena pipiku.

Hatiku rasa sebak. Perasaan rindu itu makin mengcengkam jiwa aku.

Aku rasa aku telah kehilangan sesuatu. Bila dia tiada di depan aku, baru aku sedar. Selama ini, aku juga mempunyai perasaan yang sama. Keegoaanku selama ini. Telah memusnahkan segalanya.

Aku meraup muka ku lama.

“Harris, kau pergi mana? Aku rindukan kau.. Balik la Harris.”perlahan suaraku mengeluh.

Aku perasan ada seseorang masuk ke bilikku. Ada sejambak bunga di depanku.

Terpinga-pinga ku mencari. Tapi tiada sesiapa di dalam bilik pejabatku. Siapa yang letakkan bunga di mejaku.

“Harris..keluar la. Aku tahu. Kau yang berikan bunga ni pada aku.”

“Aku juga rindukan kau Iema. Makin aku jauh dari kau, makin perasaan itu mengcengkam jiwa. Aku tidak boleh lepaskan kau begitu sahaja. Aku sanggup jadi pengemis cinta.”

Harris datang di sebalik tirai. Dia bersembunyi di situ.

Jatuh airmataku lagi. Tidak dapat di kawal lagi perasaanku. Semuanya sudah menjadi satu.

Harris betul-betul berada di depanku.

“Iema, sudikah jadi isteri aku.”

Dalam tangisan masih ada tawa dariku.

“Sudikah kau terima aku..”

Aku menganggukkan kepalaku. Cincin yang pernah di berinya, sudah pun terselit di jari manisku. Aku sudah berjanji dengan diriku. Aku hanya akan memakai cincin pemberian Harris ini. Bila hatiku ini sudah menerima cintanya.

“Terima kasih Iema.”

Harris memegang jemariku.

Cintaku milik pengemis cinta ini.