viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Sunday, November 20, 2011

Novel: Mengintai Cinta


“Sebenarnya Syuk cintakan Lin” suara itu nekad.
Nur Alina terkedu. Anak mata itu tidak berani dijamahnya. Hatinya tiba-tiba berderau. Darah seperti meyerbu masuk ke jantung dengan laju.
Aimi Syukri senyum terpaksa. Tasik yang berada di hadapan ditatap hiba. Dia menjamah wajah yang berdiri di sebelahnya itu sekilas. “Maafkan Syuk kalau Lin tak selesa dengan luahan Syuk. Syuk tak nak menipu diri-sendiri Lin. Syuk nak jujur dengan perasaan sendiri. Syuk tak nak jadi hipokrit bila bersama dengan Lin. Syuk tahu mungkin Lin tak percaya. Perasaan Syuk ikhlas Lin. Syuk tak boleh anggap Lin hanya sekadar kawan. Hati Syuk tak benarkan..” nada itu kedengaran tidak bermaya. Aimi Syukri menahan getar. Malu sudah lama dicampaknya ke tepi. Dia benar-benar cintakan Nur Alina sejak kali pertama dirinya mengenali gadis itu.

“Ermm Lin marah Syuk?” suara itu bersuara lagi.
Nur Alina terpana. Dia tidak tahu reaksi apa yang harus ditunjukkan kerana dia sendiri keliru dengan perasaannya. Apa yang pasti dia tidak marah. Malah hatinya senang dengan luahan itu. Cuma satu sahaja masalah yang dihadapinya. Dia tak tahu makna cinta. Sungguh. Dia langsung tak faham.

“Lin” nada itu lembut.
Nur Alina balas renungan itu. pandangannya kuyu. Entah kenapa perasaannya terusik. Hatinya sayu. “Maafkan Lin” dia berlalu pergi tanpa memberi jawapan yang dapat memuaskan hati lelaki itu.

………………………….

Nur Alina resah. Aimi Syukri memang baik. Cuma baik bukan jaminan untuk dia serahkan cinta. Cinta itu suci. Bukan kerana paksaan. Apa alasan nak tolak cinta lelaki itu?. Nur Alina gelisah. Koridor yang berhadapan dengan hutan di belakang asrama itu ditatap tanpa henti. Dia mencari ruang untuk bernafas dalam persekitaran yang dipenuhi kehijauan alam itu.

Isnin ini dia akan berhadapan dengan dua insan yang penting dalam hidupnya. Sahabat dan cinta. Boleh pening kepala bila dia fikirkan. Wajah Dany bermain di layar ingatan. Dia sendiri buntu dengan lelaki itu. Dia juga buntu dengan cinta yang sedang mereka cuba layari dengan ikatan percintaan itu. Tuluskah hatinya cintakan Dany?. Kadang-kadang mesra, kadang-kadang hubungan mereka dingin.
Ikutkan rasa hati Nur Alina yang tertekan dengan sikap acuh tak acuh Dany, mahu sahaja dia menyambut kasih Aimi Syukri. Cuma dia tak tahu perasaannya terhadap Aimi syukri. Dany pula seperti memperlekehkan cinta yang dibajai mereka. Selama ini dia memendam rasa. Sampai sekarang percintaan mereka tidak diketahui ramai. Itu permintaan kekasihnya itu. Tiga bulan mereka menyulam cinta. Hubungan itu dirasakan hambar. Nur Alina terima lelaki itu kerana dahulu, Dany yang beria-ria mengejar kasihnya. Mahu buktikan cintanya ikhlas untuk Nur Alina. Bila dah dapat. Cinta itu terbiar tanpa disirami dan dibajai untuk menyuburkannya. Kini makin layu dipanah mentari. Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Apakah itu yang dinamakan cinta?.

“Apa yang kau dok menugkan tu. Dah nak senja ni. Maghrib dah dekat. Kau jangan buat pasal lak Lin. Datang cik pon karang, kes naya tu” teguran Zack menyentap lamunannya.
Nur Alina menjeling Zack yang berada di sebelahnya. “Cik pon tu sape ek” guraunya.

Zack atau nama penuhnya Zubaidah bertukar geram. “Ish kau ni. Cik pon tu kawan kita yang berambut panjang mengalahkan penyanyi rock tu. Tak tau ker?” sindirnya.
Nur Alina gelak kecil. “Yelah. Baik ustazah zack. Cik Lin gurau aje”

Mereka beriringan ke bilik mereka. Gerbang masuk yang tercatat “Dorm L 1″ didekati mereka.

“Muka kau ni muram sejak dua menjak ni Lin. Tak berseri. Ada masalah ker?” ujar Zack, sahabat baik merangkap teman sebilik Nur Alina. Mereka ditempatkan di bilik asrama yang sama sejak di semester satu lagi. Kebetulan juga mereka dalam jurusan yang sama. Kelas mereka juga sama. Sebab itu Nur Alina rapat dengan Zack. Gadis itu berpewatakan kasar. Dia kenal dengan sahabatnya itu. Luaran memang ‘tomboy’ tapi dalaman Zack tetap lembut seperti gadis yang lain. Punya rasa ingin dicintai dan mencintai pada sang adam.
Nur Alina mencapai tuala di sebalik sudut meja belajarnya. Dia toleh ke arah Zack. Gadis itu sedang mencari baju kurung yang sesuai untuk dipakainya malam nanti. Pihak surau di kolej itu akan adakan ceramah sempena mengingati kekasih yang utama iaitu nabi Muhammad, kekasih Allah s.w.t.

“Ermm macam biasalah. Yang mana satu, ku jadi keliru. Aku masih keliru…” dia bernyanyi sepatah irama dalam lagu ‘Keliru’ dendangan duet penyanyi Ajai dengan pasangannya Nurul.
Zack berhenti dari pekerjaannya seketika. Dia senyum sambil geleng kepala. ” Apa yang kau nak keliru lagi ni. Dah terbukti Lin. Kau tu suka kat Syuk tu” Zack kembali serius.
Ermm… Nur Alina duduk berteleku di katilnya. Katil mereka bertentangan. Hanya pada Zack dia meluah rasa. Sahabatnya itu yang sering beri kata nasihat untuk dia buat keputusan yang tepat.

“Mana kau tau?” duga gadis itu.
Zack gelak kecil. “Wei, mata aku ni tak rabun tau. Aku kenal kau dah lama lah Lin. Time kau dengan Syuk aku tengok, muka kau berseri-seri. Bila kau ada dengan si mamat poyo tu kan. Muka tu dah macam nenek kebayan” suara itu masih dalam ‘mood’ cerianya.

Nur Alina buntang mata. “Kau kutuk aku ker?”

Zack tersenguih-sengih. “Itu just perumpamaan ler”

Nur Alina senyum dengan bicara itu. Ada kebenaran juga apa yang dikatakan Zack. Dia selesa dengan Aimi Syukri. Lelaki itu sahabat baiknya selain daripada Zack. Cuma dia sendiri buntu dalam menilai perasaan itu. Apa sebenarnya yang dikaitkan dengan jatuh cinta?. Apa pulak beza suka, sayang dan cinta?.

“Tapi ..aku tak sure aku ni cintakan siapa sebenarnya” nada itu muram.

“Tepuk dada tanya selera” jawab Zack bersahaja.

“Kalau dah tepuk tapi selera mati gak?” sakat Nur Alina. Dia senyum sumbing.

“Lah yang kau tepuk time demam apa ke hal nyer. Kau tepuk lah time sihat walafiat” muka Zack serius.
Bahu Nur Alina terjungkit-jungkit menahan tawa. “Kau ni Zack. Ni soal perasaan tau. Soal kebahagiaan aku. Kau boleh wat lawak lagi erk” nada itu kelucuan.

“Kau tu degil sangat. Geram tul aku. Berapa kali dah aku cakap kat kau. Aku rasa lebih sepuluh kali tau” tempelak Zack. Dia menjumpai baju kurung berwarna kuning muda. Hatinya berkenan. Dia mencapai seterika. Biar kemas pakaiannya itu tanpa kedut di sana sini.
Nur Alina mengeluh kecil. “Yer. Aku tau. Tapi..aku nak bagi peluang kat Dany lagi. Tak sampai hati nak break. Kesian dia nanti”

“Huh, kesian. Kesian. Kesian. Lantak kau lah Nur Alina anak pakcik mail. Kau ingat kesian kau tu boleh bagi bahagia dalam hidup kau yer. Hai sejuk lah perut makcik Azimah lahirkan kau ni. Baik sangat sampai dah tak boleh fikir kebahagiaan sendiri”
Nur Alina senyum hambar. Dia tahu Zack sayangkannya. Gadis itu tak mahu dia terus memendam rasa. Entahlah. Mungkin salah dia juga terlampau fikirkan perasaan orang lain sedangkan hati sedang menjerit derita.
…………………………………………….

“Lin bawak tak?” soal Dany.
Nur Alina tersenyum hambar. Dia angguk kepala. Sebuah folio berwarna-warni dikeluarkan.

“Tq sayang. Ni yang wat Dany tambah sayang kat Lin tau” suara lelaki itu ceria. Namun nada itu perlahan agar tidak didengari yang lain.
Zack yang duduk di sebelah Nur Alina mencelah. “Wei Dany. Kau ni dah tak reti nak buat sendiri ke. Semua nak minta tolong Lin. Kau ingat Lin ni robot?”
Dany panas hati dengan sindiran itu. “Pehal lak kau nak angin ni. Lin awek aku. Dia tak merungut pun. Yang kau ni suka jaga tepi kain orang apa kes. Kau tu mak Lin ke. Sibuk sangat nak jaga hal dia?” sinisnya.

Renungan Zack tajam. “Ish geram tul lah. Ikut hati aku..”
Dany memintas. “Apa?” keningnya terangkat. Dia berlalu pergi ke tempat duduknya semula.
Nur Alina menahan Zack dari terus memanjangkan isu itu. Jauh di sudut hati rasa tercabar juga dengan kata-kata lelaki itu. Dia tidak mahu berfikiran negatif. Mungkin benar lelaki itu mencintainya. Dia tidak kisah tolong Dany. Lagipun dia tidak harapkan balasan. Apa yang diharapkan agar lelaki itu tidak mempersia-siakan keikhlasannya.
Zack merengus kasar.

Nur Alina tahu sahabatnya itu marah dengannya. Wajahnya suram.

…………………….

Nur Alina menemani Zack ke perpustakaan. Mereka mahu mencari bahan maklumat yang boleh melengkapkan lagi isi dalam tugasan yang diberikan pensyarah. Nun di satu sudut, dia terserempak dengan Dany. Matanya buntang tatkala melihat seorang gadis yang cantik berpakaian ketat bersama dengan lelaki itu. Mereka kelihatan mesra. Rambut gadis itu dibiarkan tidak ditutup. Apa yang pelik Nur Alina langsung tidak cemburu. Malah masih boleh terima keadaan itu.

“Sial punya jantan”
Nur Alina terkedu. Dia halang lengan Zack dari hampiri meja itu.
Zack merengus kasar. “Ish, kau ni dah tak ada perasaan ke Lin. Pakwe kau dok mesra-mesra, tergedik-gedik dengan betina lain. Kau boleh cool je. Eii.. biar aku pergi tumbuk mamat tu. Sakit jantung aku ni, dia boleh main-mainkan perasaan kawan aku huh..”

Nur Alina risau kalau Zack hilang kawalan. “Jangan lah Zack. Kita kat library ni. Ramai orang lak tu. Kau jangan ikutkan hati sangat. Aku rasa diorang tu kawan je. Tak mau lah kecoh-kecoh erk” pujuknya.
Zack toleh wajah sahabatnya. Dia geleng kepala secara kasar.

Ish.. Zack berlalu pergi ke tingkat atas perpustakaan itu. Geram dengan sikap Nur Alina.
Nur Alina mengikut langkah Zack dari arah belakang. Dia menoleh ke belakang sekilas, hatinya tiba-tiba sayu. Siapa Dany dalam hatinya?.

“Hai Zack. Hai Lin” sapaan lembut Aimi Syukri mengundang senyum di bibir Nur Alina.
Zack masih masam. Dia berkalih ke arah rak buku. Pura-pura menyibukkan diri. Sebenarnya reaksinya itu sebagai tanda protes pada Nur Alina.
Nur Alina toleh ke arah Zack sekilas. Hatinya sedih. Dia tahu Zack geram dengannya. Apa boleh buat. Memang dia akui. Rasa cemburu langsung tiada buat Dany. Mungkin cintanya percaya yang Dany tidak seteruk itu.

“Kenapa dengan Zack?” soal Aimi Syukri
Nur Alina jungkit bahu.

Lelaki itu mengukir senyuman. Dia meneruskan pembacaannya dengan buku di hadapan meja.
Nur Alina renung wajah itu. Dia tahu Aimi Syukri sengaja jarakkan diri dengannya. Sejak lelaki itu luahkan perasaan terhadap dirinya, Aimi Syukri kian bersikap dingin. Dulu lelaki itu ceria. Mereka bertiga pasti tidak kekok bergurau senda. Sekarang sikap lelaki itu berubah sepenuhnya. Aimi Syukri yang sekarang nampak lebih matang. Apakah hatinya terluka dengan penolakan Nur Alina terhadapnya?.
Tiba-tiba hatinya berdebar-debar. Wajah itu direnung secara curi-curi. Ada sesuatu pada wajah yang tidak mengukir senyuman itu. Semenjak lelaki itu menyatakan cintanya, Nur Alina perasan dia sering kekok tatkala lelaki itu berada di hadapan mata.

“Lin dah dapat maklumat tentang perniagaan ikan keli?”
Nur Alina tersentak.
Empat pasang mata bertemu.

“Dah. Zack yang banyak cari. Err..apa lagi kita nak buat erk?”

“Tinggal nak rangka strategi perniagaan kita. Bahagian Dany kan, Lin dah siapkan” suara Syuk kedengaran dingin.
Nur Alina angguk kepala.

“Dany mana?”
Nur Alina jungkit bahu. “Entah” dia menyorokkan perkara yang sebenar. Mereka berempat ditugaskan dalam satu kumpulan untuk menyiapkan kertas kerja dalam subjek ‘manegment’. Tentu Aimi Syukri pelik dengan dirinya kerana baik hati bantu Dany siapkan bahagian kertas kerja yang sepatutnya dilaksanakan lelaki itu. dia tidak sampai hati nak beritahu yang Dany adalah kekasihnya. Biarlah ia sekadar menjadi rahsia. Dia tidak mahu Aimi Syukri rasa terkilan kerana insan yang dicintai milik orang lain.

“Aku nak buat aduan kat puan Alia, Dany lepas tangan dalam projek kumpulan kita ni” tiba-tiba Zack menyampuk. Kerusi direntap kasar. Dia menghempas buku dengan kuat.
Aimi Syukri dan Nur Alina tergamam.

“Aku tak tahu nak komen apa-apa Zack. Lin macam mana?” Aimi Syukri sengaja mahu melihat reaksi Nur Alina. Wajah gadis itu ditenungnya. Sebenarnya dia tahu hubungan Dany dan Nur Alina bukan sekadar kawan. Cuma dia tahu Dany tidak pernah sukakan insan yang dicintainya itu. Maklumat itu dia dapat daripada Amin, rakan sebilik Dany. Lelaki itu buaya darat. Ramai gadis yang menjadi kekasihnya. Dia tidak mahu Nur Alina terus terperangkap dengan cinta palsu Dany. Dia tidak sanggup gadis yang menjadi pujaan hatinya itu dipermain-mainkan. Cuma dia tak tahu apa sebenarnya perasaan Nur Alina terhadap Dany. Hatinya sebak.

“Ermm..” Nur Alina serba-salah.

“Huh..” Zack makin geram. Dia menyelak helaian demi helaian buku dihadapannya dengan kasar.
Nur Alina pura-pura bantu Zack mencari maklumat yang ada di hadapan meja perpustakaan itu. Nun di sudut hati, dia rasa gelisah. Apa yang harus dilakukan?.
Aimi Syukri menjamah wajah Nur Alina. Hatinya makin sayu.
……………………………………………..

“Tq belanja Lin makan malam”
Dany tersenyum lebar. “U’re welcome dear. Ini sebagai ganjaran Lin sebab banyak tolong Dany selama ni” tangan Dany cuba melekap di pergelangan tangan Nur Alina. Dia mahu mengucup tangan itu.
Gadis itu tersentak. Dia pantas menjauhkan jari-jemarinya dari dipegang lelaki dihadapannya itu. Ruang kafeteria agak sunyi kerana tidak ramai yang makan di sini. Lagipun menu juadah di tempat itu agak mahal kalau nak dibandingkan dengan kafeteria di bahagian blok asrama yang lain. Nur Alina tidak selesa makan berdua-duan dengan lelaki itu. Biarpun Dany kekasihnya, hubungan mereka masih kelihatan hambar. Macam ada yang tak kena. Tak lengkap.

“Tak sudi Dany pegang Lin?” soal lelaki itu. tersinggung agaknya.
Nur Alina serba-salah. “Sori ek. Lin tak selesa” suaranya rendah. Dia menjamah juadah yang terhidang di hadapan matanya. Wajah dihadapannya itu langsung tidak dipandangnya.

“Kita ni namanya couple kan. tapi..Dany rasa macam tak couple. Nak pegang tangan pun tak boleh”
Nur Alina tersentak. “Nape cakap cam tu?”

Dany geleng kepala. Dia sekadar menghadap santapannya.
Nur Alina jauh hati. Rimas dengan keadaan itu. Menyampah juga dengan perlakuan lelaki dihadapannya. Sesuka hati sahaja cakap macam tu. Langsung tak fikirkan perasaannya.
Lelaki itu masih bersikap dingin. Mungkin tercabar egonya dengan penolakan Nur Alina. Dany leka menjamah makanan. Agaknya makanan itu lebih penting dari perasaannya. Dia tidak lalu nak makan. Sakit hati diperlakukan seperti itu. Mungkin had kesabarannya mulai hilang.

Anak matanya menjamah meja dihadapan. Matanya tiba-tiba terpaku. Bukan tertarik dengan keayuan gadis di hadapannya tapi…
Hatinya tiba-tiba sakit. Dia tidak suka dengan apa yang sedang dilihatnya. Aimi Syukri sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Siapa gadis itu?. Apa hubungan mereka?. Sejak bila mereka berdua makan di meja itu?. fikirannya tertumpu pada pandangan di hadapannya.

“Kenapa?”
Nur Alina toleh semula ke arah Dany. Dia geleng kepala.

“Boleh Lin tanya sesuatu tak?” matanya kejap-kejap berkalih ke arah pasangan itu. Hatinya tiba-tiba berdetap laju. Suhu badan pula dirasakan melangkaui suhu panas yang melampau.

“Tanya lah” suara itu masih dingin.

“Apa itu cinta?”
Dany tersentak ditujah dengan pertanyaan itu.

“Err..cinta?”
Nur Alina angguk kepala. Hatinya tiba-tiba sayu. Airmatanya mula bertakung. Kenapa dia cemburu kalau Aimi Syukri bersama dengan gadis lain?. Tidak. Lelaki itu tidak boleh bersama dengan orang lain. Tak boleh!!!. Batinnya menjerit. Api apa yang merasuknya saat ni?. Nur Alina tidak tahu kenapa dia jadi emosional begini.
Dany garu kepalanya yang tak gatal. “Err..cinta tu.. ..”

“Cemburu?” nada suara Nur Alina tahan getar.
Dany pantas mengiakan. “Boleh jugak tu kot”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu jawapan itu. Apa yang pasti dia sekadar mengikat cinta dengan ramai gadis untuk kepuasan sendiri. Bila dah jemu dia akan tinggalkan mereka. ‘Cnta’ itu masih asing dalam kamus hidupnya.

Airmata Nur Alina tumpas jua. Jarinya mengesat airmata yang membasahi pipi. Senyuman menghiasi bibirnya. “Macam tu rupanya”
Dany gelisah. “Err..maaf. Lin nangis sebab Dany sakitkan hati Lin tadi ker?”

Nur Alina gelang kepala. “Tapi.. bila Lin nampak Dany dengan perempuan masa kat library hari tu, Lin tak rasa apa-apa. Langsung tak cemburu” suaranya sebak.
Dany terperanjat. Tembelangnya pecah. “Hah?” bulat matanya merenung wajah itu.

“Err..sebenarnya…Dany dengan budak tu err.. just kawan je Lin. Not more than that” suara itu gelisah.
Nur Alina senyum kelat. “Dany cintakan Lin?”
Lelaki itu tergamam.

“Kenapa diam?” tujah gadis itu lagi.

“Err..mestilah Dany..” lambat-lambat bicara itu.

“Lin tak cintakan Dany” Nur Alina memintas bicara itu.
Berderau darah Dany.

“Nur Alina berkalih ke arah lelaki itu lagi. Pandanglah Lin, syuk. Jangan pandang dia!!!… hatinya berbisik hiba.
Nur Alina berkalih semula menghadap Dany. Dia yakin. Cintanya milik Aimi Syukri. Kenapa selama ini matanya buta menilai cinta yang sebenar?. Jawapan itu hadir, tika keadaan sudah terlambat. Aimi Syukri sudah mengikat kasih dengan gadis lain. Hatinya seperti dihiris-hiris dengan belati tajam.

“Lin langsung tak kisah kalau Dany tak beri perhatian kat Lin. Lin tak cemburu kalau perempuan lain ada dengan Dany. Macam minum Nescafe. Susu tak ada. Gula pun tak ada. Yang ada hanya warna hitam esktrak kopi tu je. rasanya kelat Dany. Kosong” Airmatanya berlinangan lagi.
Dany terkedu. Benarkah apa yang dialaminya ini. Selama ini hanya dia yang akan tinggalkan gadis tapi sekarang…

“Maafkan Lin. Cinta itu tak ada dalam hubungan kita Dany. Lin buta dalam menilai cinta..” Nur Alina mengesat airmatanya lantas meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat.
Dany gelabah. “Lin!!” dia cuba mengejar.
Nur Alina terlanggar meja yang menempatkan Aimi Syukri.
Lelaki itu turut tersentak dengan tujahan melulu Nur Alina.

“Lin?” Aimi Syukri nampak airmata membasahi pipi gadis itu.
Nur Alina berlari anak meninggalkan tempat itu. Airmatanya semakin galak bercucuran.

“Kau kenal ke dengan awek tu?” soal Syuhada, sepupu Aimi Syukri.
Aimi Syukri kembali duduk semula.
Matanya menoleh ke arah Dany yang turut mengejar Nur Alina. Dia makin sakit hati. Apa yang Dany dah lakukan pada Nur Alina?.

“Dia lah perempuan yang aku ngah cerita kat kau ni”
Terbeliak mata Syuhada. “Dia?”
Aimi Syukri sekadar angguk lemah.

“Kenapa kau tak kejar. Aku nampak dia macam ngah gaduh tu. Ni lah peluang kau beb” Syuhada simpati dengan sepupunya itu. Dia baru sahaja menjadi pelajar di universiti ini. Baru semester pertama. Nasib baik ada sepupu lelakinya itu. Ada juga teman untuk ke mana-mana. Dia juga masih tidak dapat biasakan diri dengan keadaan sekeliling.

“Dah jadi hak orang” lemah suaranya.
Syuhada makin simpati. Dia sendiri tidak tahu nak cakap apa. Masih tergamam dengan situasi yang tidak dirancang itu. Kebetulan yang tak disangka-sangka. Insan yang sedang dibualkan tiba-tiba menjelma di hadapan matanya. Kebetulan yang mengkagumkan.
……………………………….

Nur Alina memeluk Zack seerat mungkin. Tangisannya berderai.
Zack gelisah. “Apasal ni. Dany buat apa kat kau. Cakap Lin. Dia ada buat benda tak senonoh kat kau ker?” suara itu cemas.
Nur Alina masih diam membisu “Hati aku sakit”
Berkerut dahi Zack. “Dany curang?”

“Syuk”

“Hah?” mulut Zack ternganga. “Apa kejadahnya dengan si Syuk tu. Kau melalak macam mati laki ni pe hal. Wei, kau ni nape?” Zack mula berang dengan Nur Alina. Dia bukan apa, takut dengan reaksi sahabatnya itu yang beria-ria menangis.

“Aku dah terlambat Zack”
Bahu Nur Alina terhinjut-hinjut dengan tangis.
Zack melepaskan pelukan.

“Ok. Cuba kau tenang jap. Tarik nafas. Bagitau aku dari A to Z. Bagi aku paham sikit k” Zack memujuk. Suaranya kendur.

“Aku nampak Syuk dengan perempuan lain kat kafe tadi” Nur Alina masih dalam sisa tangisnya.
Zack tenung anak mata Nur Alina dengan penuh tanda tanya.
………………………………………
“Dany!!!”
Dany yang sedang berbual dengan seorang gadis di kawasan yang berhampiran tasik itu terkejut.
Aimi Syukri menumbuk muka Dany.

Gadis di sebelah Dany panik. Dia menjarakkan diri dari lelaki-lelaki itu.

Dany berang. “Wei sial. Kau pehal lak nak main tumbuk je ni. Bagi salam pun tak. Sewel ker?” tujahnya.
Aimi Syukri mencekak baju Dany.

Dany cuak. “Wei relaks ar beb. Kau pehal ni Syuk. Aku ada buat hal kat kau ker?” suara itu sedikit cemas. Mata di hadapannya itu buntang. Macam dirasuk hantu.

“Bukan aku tapi kat Lin”
Dany terkejut. “Aku rasa aku tak buat salah apa-apa pun. Dia ngadu apa kat kau hah?” suaranya meninggi.

“Kau mainkan perasaan dia. Padahal kau ni playboy. Orang lain kau boleh nak mainkan tapi bukan Lin.” Suara itu kasar.
Berubah riak wajah Dany. “Aku dengan dia dah clash lar”

Aimi Syukri berang dengan wajah selamba Dany. Penumbuk untuk kali kedua disuakan ke wajah.
Dany melarang. “Stop!! Jap. Dengar dulu.”

Aimi Syukri tidak jadi meneruskan niatnya. “Apa lagi kau nak cakap hah?” suara itu menahan amarah.

“Lin yang minta putus bukan aku lah. Aku tak sakitkan hati dia pun” bentaknya.
Aimi Syukri tergamam. Baju yang digenggamnya itu, dilepaskan kembali.
Dany membetulkan kedudukan bajunya. Nasib baik tak koyak. Gadis yang bersamanya tadi meluru ke arahnya. Mereka berpelukan.

“Siap kau. Mak bapak aku pun tak naik tangan kat aku sial. Aku nak adukan kat ketua fakulti kita. Tuih” Dany meludah ke rumput. Pasangan itu beriringan meninggalkan Aimi Syukri.
Lin yang mintak putus? Pertanyaan itu bergema di ruang hatinya. Dia masih tidak berganjak dari tempat itu.

……………………………

“Bodoh Dany tu. Baru kena tumbuk sekali, dah nak ngadu sana-sini. Kecoh ar mamat tu. Aku tak tahu lah nasib Syuk pas ni. Syuk pun satu hal gak. Cari pasal.”

“Dia ada cakap apa-apa ke kat kau?” hati Nur Alina gelisah.

“Err..”

“Kau sorokkan seseuatu ke Zack?” Nur Alina mulai curiga.
Zack terdiam.

“Sebab apa dia serang Dany?”
Zack serba-salah.

“Cakaplah!!” Bentak Nur Alina. Suaranya meninggi.
Zack terpana. “Sebab kau”
Lemah urat saraf Nur Alina.

“Dia ingat Dany permainkan kau. Sebab tu dia tumbuk Dany” Zack terpaksa juga menceritakan perihal yang sebenar.
Nur Alina terkedu.

“Aku dah janji dengan Syuk tak nak cakap kat kau tapi sebelum kau tau hal sebenar dari mulut orang lain, baik aku terus-terang je. Lagipun satu fakulti kita ni dah tau, Dany dan Syuk gaduh sebab kau”
Nur Alina berlari ke arah muka pintu kelas itu.

“Wei kau nak pergi mana Lin?” laung Zack.
………………………….
“Awak tak boleh masuk. Kes ni sedang dibicarakan. Orang yang tak berkenan tidak boleh mengikuti prosedur ni”.
Nur Alina mahu masuk ke bilik yang sedang di kawal rapi orang yang berada di sebalik pintu itu. bilik mesyuarat yang agak besar itu dijadikan tempat untuk mengadili hukuman ke atas kesalahan Aimi Syukri.

“Saya pun terlibat Encik. Tolong lah saya nak masuk” tinggi suaranya.

“Apa yang kecoh-kecoh ni?” seorang wanita yang dilantik sebagai ketua program bagi fakulti bidang yang dipelajari Nur Alina, menghentikan perbincangannya.

“Assalamualaikum puan. Saya Nur Alina binti Haji Ismail. Tolong benarkan saya masuk ke dalam. Ada sesuatu yang saya nak bagitahu” tegas suara itu.
Akhirnya mereka terpaksa merelakan gadis itu memasuki persidangan rahsia itu.

“Aimi Syukri tak bersalah puan” Nur Alina cuba mengawal emosi sedihnya.
Semua yang ada tersentak. Aimi Syukri juga terkedu dengan keberanian gadis yang dixcintainya itu.

“Saya yang bersalah”
Kedua-dua wanita itu berpandangan antara satu sama lain.

“Jangan masuk campur Lin” Bangkang Aimi Syukri. Dia tidak mahu Nur Alina terlibat sama.

“Apa yang awak merepek ni. Bukan awak yang cederakan Dany tapi Mohd Aimi Syukri” bantah wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an itu. Pembantunya turut mengiakan bicaranya.
Nur Alina menjamah wajah Aimi Syukri. Dia tersenyum kelat.
Dany senyum sinis. Meluat dengan tindakan Nur Alina.

“Betul puan. Aimi Syukri tumbuk saya. Dia saksinya” jari telunjuknya menujah ke arah kekasih barunya itu. Gadis itu sekadar diam membisu.
Nur Alina melawan anak mata Dany. “Kalau puan ambil tindakan terhadap Syukri. Puan kena lakukan perkara yang sama jugak pada saya. Sebab saya lah punca Syukri tumbuk Dany. Dia tak nak Dany lukakan hati saya”

Aimi Syukri tersentak. Dia renung Nur Alina. Tak sangka gadis itu senekad itu.

“Awak nak kena gantung satu semester macam Mohd Aimi Syukri. Sanggup?” cabar wanita itu.

“Puan jangan dengar cakap dia. Saya yang bersalah. Hukum saya sorang puan” bantah Aimi syukri.

“Tak puan. Saya rela. Saya sanggup kena gantung satu sem” Nur Alina berani melawan anak mata wanita itu.
Wanita itu geleng kepala. “Saya tak faham dengan kamu semua ni. Kenapa nak babitkan hal cinta dalam pelajaran kamu. Ibu bapa kamu semua menaruh harapan tinggi. Nak tengok anak…”
Nur Alina tidak menghiraukan bebelan wanita itu. Dia meluru ke arah Dany.
Dany tergamam.

“Kalau Dany tak tarik balik aduan ni. Lin akan cerita kat semua pensyarah yang Dany lepas tangan dalam kebanyakan projek kumpulan. Lagi satu. Lin akan buat aduan yang Dany pernah minta Lin bagi jawapan final exam Lin untuk Dany tiru. Dany tahu kan apa akibatnya kalau meniru dalam final exam.” Suara Nur Alina perlahan separuh berbisik menghampiri gegendang telinga Dany. Dia mengugut.
Lelaki itu kaget.

Nur Alina senyum sinis.

“Kamu semua ni mesti ingat pengorbanan..”

“Puan” Dany mematikan hujah wanita itu.

“Iya saya”
Dany serba-salah. “Saya nak tarik balik aduan ni puan”
Berubah riak wajah wanita itu. “Apa semua ni?” marahnya.

“Masa tu kami bergurau puan. Saya sengaja cakap dia serang saya dan cederakan saya”
Wanita itu geleng kepala. “Pening kepala saya dengan kamu semua ni. Buang masa saya saja. Kalau macam tu. Sesi ni tamat. Saya nak ingatkan jangan buat main benda ni. Kes yang melibatkan pergaduhan dipandang serius oleh pihak universiti” tegasnya.
Dany menarik nafas lega.

Nur Alina tahan tawa dari terburai. Kelakar juga dengan riak wajah Dany yang cemas. Baru puas hatinya. Dany harus diajar supaya lebih menghormati orang lain.
Mereka semua mula bersurai.

Nur Alina berjalan beriringan dengan Aimi Syukri.

“Awak cakap apa kat Dany tadi. Tiba-tiba dia ubah fikiran” ramah suara itu.
Nur Alina berdebar-debar. Senyuman menghiasi bibir. Hatinya masih terluka dengan Aimi Syukri. Terbayang kemesraan lelaki itu dengan seorang gadis tempoh hari.

“Lin cakap kalau dia nak teruskan aduan tu jugak. Lin pun nak bagitahu kat pensyarah yang dia pernah tiru paper final exam Lin. Dia pun lepas tangan dalam projek paper” ujarnya.
Aimi Syukri tersenyum ceria. “Tq. Syuk terhutang budi dengan Lin”
Nur Alina sebak. “Lin pun”
Aimi Syukri gelisah. Mereka lambat-lambat menghampiri bilik kuliah.

“Errmm. Lin dah tau sebab Dany buat aduan ni?” soal Aimi Syukri sekaligus mematikan suasana bisu di antara mereka. Wajah itu dijamahnya.
Nur Alina angguk kepala. “Sebab Lin kan”
Aimi Syukri berkalih ke hadapan. “Maafkan Syuk Lin”
Airmata Nur Alina bertakung. “Syuk tak patut buat macam tu. Syuk kan dengan orang lain. Apa kata teman wanita Syuk nanti. Mesti dia cemburu kalau Syuk pertahankan perempuan lain” dia tahan getar.
Berubah riak wajah Aimi Syukri. “Apa yang Lin cakap ni?”

“Syuk dah ada kekasih. ermm.. Lin tahu dulu Lin yang bodoh. Lin tak cintakan Dany. Bila Lin sedar cinta Lin pada orang yang selama ni ada depan mata Lin, semua tu dah terlambat. Peluang dah tertutup kan. Lin harap Syuk bahagia dengan dia” Nur Alina mengesat airmata yang tumpah setitik. Dia memintas perjalanan Aimi Syukri. Tidak betah berjalan beriringan dengan lelaki itu.
Aimi Syukri terkedu.

Dia sedar sesuatu. Lantas mengejar gadis yang berjalan pantas di hadapannya itu. Tangannya menghalang gadis itu dari terus melangkah.

“Syuk rasa macam ada yang tak kena. Apa maksud Lin?”
Nur Alina menjamah wajah itu. matanya sayu. “Maafkan Lin lambat tahu perasaan ni. Lin tolak orang yang Lin cintai”. Airmatanya berjaya disekat dari keluar lagi.
Aimi Syukri terpaku. “Lin cintakan Syuk?”

“Tolonglah Syuk. Jangan dera hati Lin. Lin tahu Syuk dah ada buah hati. Lin tak nak dikatakan pengacau hubungan orang” Nur Alina cuba merentap pergelangan tangannya dari gengaman lelaki itu.
Aimi Syukri gembira tidak terkata.

“Jom”
Nur Alina terpana. “Ke mana?”

“Ikut Syuk”
Nur Alina tidak mahu namun dia terpaksa kerana pegangan lelaki itu kuat. Mereka menjauhi laluan yang sepatutnya ke bilik kuliah mereka.

“Kita nak ke mana ni. Kelas audit kan dah start” Nur Alina tidak mahu berdua-duan dengan insan yang telah menjadi milik orang itu.
Aimi Syukri senyum lebar. “Kita ponteng ye sayang”
Nur Alina tersentak. ‘Sayang’. Hatinya menyebut panggilan itu.
Mereka berdiri di koridor belakang perpustakaan. Syukri melepaskan pegangannya itu. “Sori Syuk tak sengaja pegang”
Nur Alina merona kemerahan. Malu berhadapan dengan insan itu. Paling memalukan dia sudah luahkan perasaan cintanya sedangkan lelaki itu mencintai gadis lain. Hatinya sebak kembali.

“Lin nak masuk kelas” Nur Alina cuba berdalih.
Aimi Syukri perasan wajah itu suram. “Lin tak nak dengar apa yang Syuk nak cakap ni?”
Nur Alina tidak jadi melangkah. Dia menjarakkan diri. “Apa yang Syuk nak cakap”
Aimi Syukri geleng kepala. Senyuman melingkari bibir. Hatinya berbunga. Tak sangka sekian lama dia menunggu cinta gadis itu, akhirnya ia datang sendiri ke arahnya. Hatinya tersenyum bangga seketika. Bangga sebab berjaya merebut cinta Nur Alina.

“Syuk masih cintakan Nur Alina sampai sekarang, akan datang dan selama-lamanya. Dialah gadis yang pertama dan terakhir yang berjaya mencuri hati Syuk” luahan itu kedengaran lembut.
Nur Alina terpana. Dia gelisah. “Apa yang Syuk cakap ni. Jangan permainkan perasan orang Syuk. Syuk dah pilih dia. Tolong jaga hati dia” Nur Alina tahan airmatanya. Hancur-luluh dengan luahan itu. Dia gembira tapi semuanya dah terlambat. Ada insan lain yang turut menagih kasih lelaki itu.

“Siapa ‘dia’ tu?”
Nur Alina senyum sinis. “Orang lelaki ni sama je. Tak pernah nak fikir perasaan perempuan” bentak gadis itu. geram pula dengan sikap Aimi Syukri.

“Syuk tak nak gaduh k. Cuba cakap ‘dia’ siapa?” lelaki itu mengulangi pertanyaan yang sama.
Huh.. Nur Alina keluh kesal. ” ‘Dia’ tu orang lah, tak kan binatang kut”
Aimi Syukri gelak kecil.

Nur Alina menjeling. “Jangan jadikan benda ni gurauan Syuk” wajah itu serius.
Aimi Syukri tersentak. Kesal. “Huhu..sori ek sayang”
Lemah jantung Nur Alina dengan panggilan itu.

“Syuk betul-betul tak faham apa yang Lin cakap ni. ‘Dia’ tu siapa?” dia ulang lagi. Suaranya memujuk lemubut.
Nur Alina ketap bibir. Geram. “Perempuan yang teman Syuk makan kat kafe hari tu.”
Aimi Syukri berfikir sejenak. Terburai tawanya.

Mendidih darah Nur Alina dengan sikap selamba lelaki itu. “Malas nak layan Syuk ni. Huh..” Nur Alina sakit hati. cemburunya menujah kembali. Dia melangkah meninggalkan jasad itu.

“Dia tu Syuhada. Sepupu Syuk. Budak part one”
Nur Alina berhenti melangkah.

“Sayang”
Nur Alina berpaling ke belakang kembali. “Betul ker?” ada getar dalam nada itu.
Empat pasang mata saling merenung.

Senyuman menghiasi bibir Aimi Syukri. Nur Alina menahan getar. Malu sangat.

“So kita tak terlambat kan sayang”ujar Aimi Syukri.
Nur Alina balas senyuman itu. Dia tidak jadi melangkah.

“Syuk cintakan Lin?” soal gadis itu tidak puas hati.

“Mestilah. Kalau tak Syuk tak akan buat kerja bodoh tu. tapi.. bagus jugak. Dah lama Syuk sabar dengan Dany tu. Puas hati Syuk”
Nur Alina pelik. “Kenapa?”

“Dia pernah couple dengan Lin kan?” soal lelaki itu.
Berubah riak wajah Lin. “Macam mana Syuk tau?”

“Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih” Aimi Syukri berkias.
Nur Alina terdiam. “Lin terima dia bukan sebab cinta..”

“Betul?” duga lelaki itu.
Nur Alina angguk kepala. “Lin tak fikir panjang. Terus aje setuju sebab Lin tak sampai hati nak lukakan hati dia. Masa tu Lin tak tau erti cinta lagi. Lin hanyut dengan cinta palsu semata-mata. Malam tu baru mata hati Lin terbuka seluas-luasnya. Lin sakit hati tengok Syuk dengan sepupu Syuk tu. baru Lin tau selama ni Lin cintakan Syuk, cuma perasaan itu langsung Lin tak sedar” hibanya.
Aimi Syukri mengucap syukur di hati.

“Kalau macam tu Syuk nak langsungkan cepat”
Nur Alina terpana. “Langsungkan?” dia terkejut.

“Lepas habis degree. Syuk nak cari keje. Bila dah cukup duit jer, Syuk nak terus masuk meminang. Tak mau kejar Lin lagi”
Nur Alina gelak kecil. Pertama kali dia rasakan hatinya bernafas. Dia bersyukur Allah mencampakkan rasa kasih dan cinta ini di hatinya, yang dulu dirasakan kosong. ” Wah cepat betul erk” guraunya.

“Mestilah. Ingat Syuk main-main ker. Syuk cintakan Lin tau. Sekali Syuk dah jatuh cinta, Syuk nak ikatan tu sampai ke jinjang pelamin. Insya’ Allah..” nada itu kedengaran tegas.
Nur Alina pula yang jadi malu. “Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Masa hendakkan kita macam-macam dijanjikan. Ha, bila dah dapat. Habis manis sepah dibuang” Nur Alina sengaja beradu mulut.

“Amboi, kata-kata tu macam nak hukum Syuk aje sayang”
Nur Alina senyum sinis. “Kenapa. Tergigit cili ke?” usiknya.
Aimi Syukri geleng-kepala. “Syuk akan buktikan tau” wajah itu serius.

“Orait” Nur Alina tersenyum sengaja mengusik.
Aimi Syukri rasa tercabar. “Lin pegang janji Syuk ni baik-baik. Lin tak akan terlepas dari gengaman Syuk. Suatu hari nanti Lin akan jadi hak Syuk untuk selama-lamanya”
Nur Alina gelak kecil. “Ok” dia meninggalkan lelaki itu. bibirnya menguntum senyum.
Aimi Syukri mengejarnya dari arah belakang.
…………………………………………
5 tahun kemudian….

“Tahniah Syuk, Lin” Zack menyalami tangan Lin, sahabat baiknya itu.

“Kau patut ucap tahniah kat aku secara double Zack. Aku dah capai apa yang aku nak” Syukri sengaja mengusik. Sengaja mengingatkan Nur Alina janji dulu. Matanya melirik ke arah isterinya itu.
Nur Alina kerut kening. Kemudian, dia tersenyum lebar. Faham maksud di sebalik renungan itu.

“Apasal lak” Zack masih seperti dulu. Ganasnya masih ada. Cuma kehadiran Zack kali ini bersama seorang lelaki yang mereka kenali dengan nama Imran. Rupa-rupanya, Zack sudah menemui cinta hati.

“Ganas betul lah kau ni. Kau kena hati-hati dengan Zack ni Imran.” Aimi Syukri sengaja mengusik.
Imran, kekasih Zack sekadar angguk kepala. “Aku dah lali Syuk”
Nur Alina, Aimi Syukri dan Imran gelak kecil.

Zack tahan malu. “Tak guna Syuk. Aku tarik balik ucapan tahniah tu”
Makin galak mereka ketawa.

“Tapi..brutal-brutal dia tulah, yang buat hati aku makin melekat Syuk”
Merah padam wajah Zack diusik begitu. Huh..

“Awak” bentak Zack. Dia merenung Imran. Lelaki itu berhenti ketawa.

“Wah lembut suara tu zack. Orang yang bercinta ni memang macam tu. Boleh berubah seratus-peratus. Hahaha..” Aimi Syukri makin suka menyakat.

“Wei kenapa kau cakap kena ucap tahniah tu double. Dah tak payah nak putar-belit” Zack tidak betah terus disakat befgtu. Wajahnya menahan malu.

“Kau tanye lah Lin”
Riak wajah Nur Alina berubah.

“Apa benda lah korang merepek ni?” Zack pelik.

“Janji tetap janji” Aimi Syukri menatap wajah isterinya.
Nur Alina memahami maksud yang tersirat di sebalik ucapan itu. “Tak ada apa-apa lah Zack. Mengarut je Syuk ni”
Mereka bergurau senda di majlis yang bersejarah itu. Akhirnya janji sang kekasih dimenterai dengan terpautnya tali ikatan yang suci. Mengikat cinta mereka dengan ikatan yang sah.
Aimi Syukri menarik tangan Nur Alina menjauhi kelompok yang ramai itu. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Majlis tetap berlangsung dengan acara joget lambak. Aimi Syukri mahu berdua-duan dengan isteri yang dicintainya itu. Dewan itu ditinggalkan secara senyap-senyap. Mereka berada di tingkat paling atas dewan itu.

“Mana pengantin. Tak nampak pun?” salah seorang tetamu melilau-lilau mencari kelibat pasangan bahagia itu.

“Entah” jawab rakannya.
…………………………………
“Hari ni merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup Syuk, sayang”
Nur Alina senyum terharu. “Lin pun. Ermm..macam mimpi kan Syuk”

Senyuman itu dibalas oleh sang suami. “Sayang tau kan macam –macam onak duri yang kita kena hadapi. Bertahun-tahun kita pertahankan cinta kita. Alahmdulillah, janji tu dapat Syuk laksanakan”
Airmata Nur Alina menitis.
Aimi Syukri menyeka airmata itu.

“Terima kasih sebab kotakan janji tu” sayu suara Nur Alina.
Aimi Syukri mengucup dahi isterinya. “Syuk nak kita buat janji baru sayang”
Nur Alina renung suaminya. “Janji apa Syuk”

“Susah senang kita bersama. Cinta sampai syurga”
Nur Alina tersenyum lebar. “Insya’Allah Syuk. Moga tuhan satukan kita hingga nafas yang terakhir”

“Amin. Syuk cintakan Lin. Tak ada ruang lagi untuk insan lain di hati Syuk. Biarpun islam membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu, Syuk tak nak sayang. Biarlah Lin jadi yang pertama dan yang terakhir dalam hidup syuk”

Nur Alina gembira. “Jap. Jap. Nak rakam kat henset”

Aimi Syukri tersentak. “Sampai macam tu sekali?”

Nur Alina gelak riang. “Get ready. Satu dua tiga, ulang balik Syuk”
Aimi Syukri geleng kepala dengan gelagat isterinya. “Wahai henset, sesungguhnya kau jadi saksi yang aku tak nak nikah lebih dari satu kecuali dengan izin Allah”
Nur Alina ketap bibir. Rakaman itu dihentikan. “Apa nih” rajuknya.

“Lah kenapa pulak ni sayang”

“Yelah cakap dengan izin Allah. Macam ada niat nak kahwin lagi satu tau” gadis itu. muncung
Lelaki itu geleng kepala. Aimi Syukri ketawa riang. “Betul lah sayang. Allah yang berkuasa kan. kita tak boleh berjanji sebarangan. Kalau dah takdir nak wat cam ner kan” dia sengaja menyakat isterinya.
Bulat mata Nur Alina. “Owh..saje nak buat Lin geram erk. Ok. Tak pe. Kalau nak tengok kaki tangan dan apa je yang ada kat badan Syuk tu hilang, buat lah kan. Jangan salahkan Lin kalau suratkhbar tulis, amukan isteri kerana suaminya mungkir janji berkahwin lagi satu” bentaknya.

Terburai tawa lelaki itu. “Syuk gurau je lah sayang. Tak mau lah serius sangat.”

Lelaki itu memegang erat jari-jemari isterinya. “Insya’Allah sayang. Kalau time kita bercinta Syuk boleh pertahankan cinta kita. Dah kahwin pun Syuk akan pertahankan ikatan ni sayang. Syuk tak nak Persia-siakan Lin. Syuk bersyukur sangat Akhirnya Allah serahkan Lin pada Syuk dulu. Kalau tak, sampai sekarang Syuk akan terus tunggu Lin terima cinta Syuk tau”

Nur Alina tersenyum keharuan. Sayu dengan kata-kata itu. Dia bersyukur kerana dianugerahkan cinta yang sebenarnya. Bukan cinta palsu ketika bersama Dany suatu ketika dahulu. Moga bahagia akan sentiasa melingkari hidup mereka hingga ke akhir hayat. Doanya dalam hati.