viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, March 16, 2012

10 pengkhianat paling terkenal sepanjang masa

10. GUY FAWKES


Guy Fawkes adalah anggota kumpulan revolusioner Katolik Rom yang bersekongkol melawan kaum bangsawan Inggeris pada tahun 1605. Usahanya untuk meledakkan Gedung Parlamen yang di dalamnya terdapat Raja James I dan keluarganya juga kaum bangsawan Protestan berjaya digagalkan oleh pihak yang berkuasa.
Dan dia tertangkap. Sebenarnya Fawkes dan rakannya telah menyusun sebuah rencana yang sangat matang, memakai gudang bawah tanah di bawah "The House of Lords" (nama gedung parlemennya) sebagai markas mereka dan menyembunyikan lebih dari ½ tan bahan letupan di sebuah tempat tersembunyi.
Tujuannya dari semua ini, Fawkes dan rakan-rakannya menginginkan longgarnya pengaruh kerajaan Sepanyol atas urusan Inggeris. Di bawah penyeksaan pun, dia menolak untuk menyebutkan nama kawan-kawannya sampai dia yakin mereka sudah mengaku.
Dia dijatuhi hukuman, digantung, ditenggelamkan, dan tubuhnya dibahagikan kepada empat pada tahun 1606, tetapi di panggung hukuman dia berjaya mengelabui algojo, lompat dan akhirnya mati kerana lehernya patah akibat lompatannya, di hujung kematiannya dia tetap "licin".
Cerita dari si Fawkes ini menjadi rujukan di film "V for Vendetta". Hari ini pemberontakan Guy Fawkes diperingati orang Inggeris setiap tarikh 5 November, nama peringatannya "Bonfire Night".


9. ROBERT Hanssen



Hanssen tumbuh di kehidupan keluarga yang tidak normal, sering dipukul oleh bapanya. Dia memulakan kerjaya sebagai seorang polis di Chicago, lalu keluar untuk mengejar kerjaya sebagai Agen Khas FBI pada tahun 1976.
Hanssen mempunyai kebiasaan aneh, iaitu merakam aktiviti sex dengan isterinya sendiri dan memperlihatkan ke tetangga mereka, sangat di luar kebiasaan. Pada tahun 1979, dia terlibat dengan kontraintelijen FBI, dan ini membuka jalan bagi seseorang "penjual Negara" di dalam sejarah Amerika.
Pada tahun 1983, Hanssen beralih kepada kesatuan perisikan untuk Kesatuan Soviet dalam FBI. Menggunakan pengetahuannya pada komputer, penyadapan telefon, dan pengawasan elektronik, dia berulangkali menjual info daftar agen ganda FBI dan info perisikan lain kepada agen KGB untuk mendapatkan wang.
Hanssen dilaporkan kepada FBI oleh ipar laki-lakinya sendiri, Mike Hauck. Sekarang ini dia menjalani hukuman penjara seumur hidup, di ADX Florence, Colorado. Kisah nyatanya ada di filem yang berjudul "Breach".

8. JANE FONDA


Jane Fonda tumbuh secara bergelimpangan di Hollywood. Setelah dengan mudah masuk di dunia film (mungkin kerana dia anak bintang jadul Henry Fonda), Jane menjadi aktivis yang sangat kontroversi di mata para veteran Amerika di perang Vietnam (termasuk Jon McCain, Capres Amerika).
Pada saat perang tersebut Jane sangat bersimpati pada pihak Vietnam Utara, berpose dengan senapang anti pesawat mereka dan sangat tidak percaya bahawa beberapa tentera Amerika yang dijumpai dan ditanyai di kem tahanan Vietnam Utara mendapat layanan yang kejam dari "kawan-kawannya" para Vietnam Utara.
Dia lebih percaya apa yang diomongin tentera Vietkong daripada omongan bangsanya sendiri. Banyak veteran setelah perang usai ingin menuntut Jane atas pengkhianatannya ini, tetap sebagai orang yang berduit dia berjaya terlepas dari hukuman atas kesalahannya memihak Vietnam Utara pada waktu itu. Sekarang dia mengatakan menyesali perbuatannya, tetapi para veteran masih berat memaafkannya.

7. Brutus


Keponakan laki-laki dari Julius Caesar, Marcus Junius Brutus. Brutus bergabung dengan Senat di Rom setelah awal kerjayanya sangat berjaya sebagai seorang rentenir.
Pada hari pembunuhan Julius Caesar, ada desas-desus bahawa rencana itu sudah diketahui, dan banyak konspirator waspada kerananya. Isteri Brutus bahkan meminta dengan sangat padanya untuk menjauhi Senat pada siang itu.
Brutus tidak peduli, dan berbohong bahawa dia ingin menunggu bapa saudaranya, beserta sekumpulan senator yang kemudian menyerang Caesar dengan tangan kosong mereka. Kutipan terkenal, "Et tu, Brutus?" (Kamu juga, Brutus?) Diucapkan oleh Caesar sewaktu dia melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh anak saudara laki-lakinya sendiri.
Pembunuh menyerang Julius Caesar begitu buas, dengan adanyaa luka-luka pada tubuh mereka sendiri. Brutus bunuh diri sesudah kalah pada Pertempuran kedua Philippi pada tahun 42 BC.

6. Wang Jingwei

Dianggap sebagai pengkhianat yang paling luar biasa dalam sejarah China, lahir pada tahun 1833, menginjak usia 21 tahun, dia bersekolah di Jepun, di mana dia bertemu dengan Dr. Sun Yat Sen yang juga merupakan mentornya.
Di bawah pengaruh Dr Sun, dia mula menyertai di dalam rencana melawan pemerintahan termasuk percubaan pembunuhan pejabat Manchu di Beijing yang gagal.
Jang di penjara sampai pemberontakan Wuchang pada tahun 1911, sesudah itu, pada 1925 dia menjadi penerus Dr. Sun sebagai Presiden sementara ROC, setelah Dr. Sun wafat (Presiden sementara ROC).
Wang tidak boleh mempertahankan kekuasaanya, dengan adanya puak tentera Jiang Jieshi (Chiang Kai Sek) yang merebutnya di tahun itu. Ketika Nanjing jatuh ke orang Jepun pada 1937, Wang memulakan pengkhianatannya dengan bekerja sama dengan kerajaan Jepun.
Dia menyokong rancangan Jepun untuk menguasai China. Waktu China di dalam masa-masa gawat dan memerlukan tenaganya, Jingwei malah bergabung dengan orang Jepun yang merupakan pihak penjajah. Wang meninggal sebelum dia boleh menyaksikan kekalahan Jepun oleh angkatan perang Sekutu di Perang Dunia II.

5. THE ROSENBERGS

Menjual rahsia atom kepada orang Rusia semasa Perang Dingin. Pasangan Rosenbergs rela melakukan apa saja untuk memajukan kepercayaan Komunis mereka. Julius dan Ethel Rosenberg bergabung dengan Parti Komunis sampai tahun 1943, ketika dengan tiba-tiba mereka kelihatan seperti berundur dari aktiviti politik.
Ini juga sama dengan tahun dimana mereka bekerjasama dengan mata-mata super Kesatuan Soviet, Feliksov. Julius Rosenberg terlibat dalam urusan perisikan melawan kerajaan Amerika, dia bertindak mencuri maklumat rahsia dan menukarnya dengan orang Rusia, dan mencari rekrutan baru untuk mata-mata USSR. Dia ditangkap sewaktu bercukur pada satu pagi tahun 1950. Dia dan isterinya, Ethel, dihukum mati pada 19 Jun, 1953.

4. BENEDICT ARNOLD

Benedict Arnold adalah seorang jeneral Amerika pada masa Revolusi Amerika sampai dia memutuskan untuk menyertai Inggeris. Lahir di Connecticut pada Januari 1741, dia datang dari latar belakang keluarga susah, di mana keluarganya berjuang agar dapat keluar dari kemiskinan dan kesukaran.
Selalu dikenali sebagai kanak-kanak yang bermasalah, setelah dewasa menonjol di tentera. Dari permulaan awal sebagai seorang pahlawan perang dan patriot sejati, Arnold bersekongkol untuk menyerahkan benteng Amerika di West Point, New York kepada Inggeris Rencananya gagal dan dia dipukul mundur dan lari ke laut.
Di Inggeris dia juga tidak diterima kerana orang-orang Inggeris juga mengesyaki laki-laki yang mengkhianati negaranya sendiri begitu mudah. Dia meninggal di dalam kemiskinan di Kanada pada 1801.

3. ALDRICH AMES

Ames memasuki Kedutaan Besar Kesatuan Soviet di Washington pada 1985 dan menawarkan diri untuk menjalankan perniagaan rahsia dengan Amerika untuk satu alasan, iaitu wang.
Dia adalah seorang penagih alkohol dan mempunyai isteri kedua yang matre, bernama Rosario yang sering menghabiskan gajinya dari CIA. Untuk memberikan segala keperluan dari isterinya ini, dia bersedia melakukan banyak kerugian pada kerajaan AS dengan memberikan nama mata-mata Amerika dan maklumat kontraintelijen lain.
Sekurang-kurangnya dia membahayakan lebih dari 100 buah operasi dari tentera AS. Dia mendapatakan 4.6 juta dolar dari usahanya ini dan 10 orang agen Amerika tewas kerana diketahui oleh Soviet.
Dia ditangkap kerana ada kecurigaan dari CIA dengan gaji $ 60.000 setahun boleh menghasilkan sebuah rumah dengan harga $ 400,000, kereta jaguar dengan harga $ 60.000 dan bil telefon isterinya yang $ 6,000 sebulan.
Dia ditangkap dan dijatuhi hukuman seumur hidup, isterinya Rosario dihantar pulang ke Amerika Selatan. Pada game Metal Gear Solid 2 - Sons of Liberty, Raiden bertemu dengan seorang secret service yang bernama Richard Ames.

2. VIDKUN QUISLING

Awalnya Quisling tidak dikira sampai dia membentuk Parti Persatuan Nasional pada tahun 1933. Dia mencintai Hitler dan merupakan seorang yang percaya teguh pada doktrin Fasisme.
Quisling, seorang jeneral tentera, bertemu dengan Hitler dan meyakinkan dia mempunyai semua maklumat tentang strategi ketenteraan Norway. Ketika Jerman menginvansi, Quisling diangkat menjadi perdana menteri "boneka", sewaktu pegawai kerajaan yang asli dipecat, bubar dan lari.
Warganegara Norway sangat jijik dengan pelantikannya, dan memberontak agar dia mengundurkan diri. Namun, Hitler mensupportnya pada jawatannya itu. Kegagalan sebagai seorang ahli politik, Quisling sering membuat kesalahan sendiri, bahkan di mata pihak Nazi.
Setelah penyerahan Jerman di Norway, Quisling diadili dan juga atas kematian sebanyak 1000 orang Yahudi selama perang. Dia dihukum mati pada tahun 1945.

1. Judas Iscariot


Judas Iscariot (right), retiring from the Last Supper, painting by Carl Bloch, late 19th century 

Judas mengkhianati Yesus untuk bekerjasama dengan pihak yang berwewenang Rom. Anggota 12 murid ini mengkhianati temannya untuk sejumlah wang - tiga puluh keping perak. Judas menetapkan tanda istimewa untuk memberitahu identiti Yesus kepada yang berwewenang.

DSB