viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Tuesday, March 13, 2012

Surat perjanjian Hitler dengan Iblis !

Dr. Greta Leiber dari Jerman, seorang paranormal pakar pemburu setan mencari sebuah surat perjanjian yang misteri namun dianggarkan asli.

Di bekas runtuhan bangunan yang digunakan oleh Adolf Hitler bunuh diri, Dr. Greta mencari Surat Perjanjian yang diduga kuat merupakan Perjanjian antara Hitler dengan Setan.

Surat perjanjian itu bertarikh 30 April 1932. Surat ini ditandatangani dengan darah dari kedua-dua belah pihak. Di dalamnya, syaitan yang bernama Lucifer berjanji akan memberi kepada Hitler kuasa yang tak terbatas.

Sang Fuhrer akan menjadi penguasa absolute seluruh negeri Jerman dan sebahagian Eropah, sehingga akan disanjung dan dihormati jutaan orang. Meski untuk mendapatkan semua itu harus menggunakan kekuatan jahat berskala besar. Sebagai imbalannya Hitler memberikan jiwanya kepada syaitan 13 tahun kemudian.

Di depan 11 orang penulis yang dihadirkannya dalam sebuah symposium, Dr. Greta mengatakan bahawa: "Pakatan perjanjian itu benar-benar asli"​​.
"Apa yang tertulis di dalamnya, sesuai sekali dengan perjalanan sejarah dan beratus-ratus kes yang terjadi semasa Perang Dunia II berlangsung" tambahnya.

Menurut Dr. Greta, sejarah telah menunjukkan, bahawa Hitler selalu gagal dalam tindakannya sebelum tahun 1932. "Dia gagal menyelesaikan SMK. Juga 2 kali terpuruk di ujian masuk sekolah kesenian. Ia jadi pengangguran, dan bahkan pernah masuk penjara," papar Dr. Greta tentang sebahagian perjalanan hidup Hitler.

Pasca tahun 1932 kehidupan Hitler benar-benar berubah total. Orang mulai mendengar ucapan-ucapannya. Bagai sebuah roket, kerjayanya melesat dengan amat cepat. Tepat pada bulan Januari 1933 Hitler berjaya menjadi penguasa Jerman Raya.

Dan pada 30 April 1945, tepat 13 tahun dari tarikh Pakatan perjanjian dengan syaitan itu ditandatangani, kekuasaan Hitler runtuh.

Surat perjanjian yang diduga kuat dibuat antara Hitler dan Lucifer itu ditemui di sebuah peti besi, di bekas bangunan di mana Hitler dianggarkan bunuh diri. Meski surat tersebut agak rosak tapi masih jelas terbaca. Surat perjanjian tersebut kini berada di Berlin Institute of History Jerman sebagai bahan kajian.


DSB