viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Saturday, April 7, 2012

10 Bandar hilang di dunia

Ternyata di dunia ini terdapat banyak sangat bandar yang hilang. Bandar hilang adalah sebuah bandar yang dah lama tak disentuh oleh penduduknya dan ditinggalkan begitu sahaja kerana sangat banyak bencana yang terjadi.

1. Atlantis


Atlantis digambarkan oleh Plato sebagai peradaban maju dan mempunyai kekuatan armada laut yang tangguh. Atlantis dikatakan telah menakluk sebahagian besar wilayah Eropah sebelum tenggelam ke dalam lautan. Menurut mitos tradisional, bandar ini tenggelam kerana murkanya para dewa atas kelakuan para penghuni bandar ini, tapi menurut kajian ilmiah, bandar ini mungkin tenggelam kerana gejala geologi.

2. The City of Caesars


Juga dikenali sebagai Bandar Berkelana dan Bandar Patagonia. The City of Caesars adalah bandar mitos yang diyakini terletak di hujung selatan Amerika Selatan. Bandar ini belum pernah ditemui dan pada masa ini dianggap legenda.

3. Troy


Troy adalah bandar legenda yang terletak di Turki modern. Troy sudah lama dianggap oleh banyak orang sebagai mitos biasa, sampai akhirnya digali pada 1870-an. Kemudian ditemukan banyak runtuhan-runtuhan bangunan yang dianggap sebagai seni bina moden di zamannya.

4. The Lost City of Z


The Lost City of Z adalah peradaban hilang yang terletak jauh di pedalaman hutan Brazil (hutan Amazon). Kota hilang ini dikatakan sebagai peradaban maju dengan rangkaian canggih dari jambatan, jalan, dan kuil-kuil. Hal ini dibuktikan dengan banyak penemuan peninggalan alat-alat canggih di pedalaman hutan Amazon.

5. Petra


Petra dianggap sebagai bandar yang paling indah dari semua bandar pada senarai ini. Petra terletak di Jordan. Ciri yang paling menonjol adalah arsitektur indah batu-batuannya, yang diukir dari batu pergunungan di sekitarnya yang mula dieksplorasi sejak abad ke-18. Hingga kini, keindahan senibina bangunan batu Petra masih tetap boleh dinikmati jika bercuti ke Jordan.

6. El Dorado


Inilah bandar hilang yang paling anda cari, kerana bandar ini dikenali sebagai bandar emas. Konon, katanya sangat banyak emas yang ada di bandar ini. El Dorado adalah sebuah kerajaan mistik yang ditemui di hutan Amerika Selatan. Bandar ini dikatakan dipimpin oleh seorang raja yang kuat dan dengan kekayaan emas yang tak terhingga.

7. Memphis


Dibina pada tahun 3.100 SM, Memphis adalah ibu kota Mesir kuno. Dan menjadi pusat pentadbiran peradaban yang selama beratus-ratus tahun sebelum akhirnya ditinggalkan penduduknya seiring dengan munculnya Thebes dan Alexandria. Di bekas wilayah bandar ini, banyak ditemukan runtuhan bangunan-bangunan Mesir kuno.

8. Angkor

Daerah Angkor berada di Kemboja dan sekitarnya. Dikenal sebagai salah satu pusat industri di Asia, bahkan dunia. Salah satu peninggalan yang paling terkenal adalah kuil Angkor Wat yang umumnya dianggap sebagai monumen keagamaan.

9. Pompeii


Bandar Romawi Pompeii hancur dalam AD 79 setelah Gunung Vesuvius meletus di dekatnya, dan menanam seluruh komuniti di bawah 60 kaki dengan abu dan batu. Peninggalan-peninggalan sejarah berupa mayat-mayat yang menjadi batu, banyak ditemui di bandar ini. Dianggarkan mempunyai sekitar 20.000 penduduk pada saat itu, dan dianggap sebagai salah satu tempat percutian utama untuk kelas atas masyarakat Roma.

10. Machu Pichu


Bandar ini terletak di dekat Lembah Urubamba, Peru. Bandar ini pernah ditemui dan dijarah oleh Conquistador. Machu Pichu menyimpan banyak peninggalan runtuhan kuno yang sering disebut sebagai kuil Machu Pichu. Arsitektur bangunan yang sangat indah pada kuil Machu Pichu membuktikan, betapa tingginya peradaban pada saat masa jayanya.

DBS