viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Sunday, June 24, 2012

10 Orang Paling Aneh di Dunia

Kebiasan dan bentuk badan seseorang yang tidak wajar mungkin akan di angap aneh bagi setiap orang yang melihatnya, nah berikut ini ada 10 orang yang paling aneh yang pernah ada semak tulisan berikut ini.

10. Mr. Michel Lotito: Tuan Pemakan Segala



Michel Lotito (1950), penghibur serba boleh dari Perancis, dilahirkan di Grenobel dan terkenal atas kemampuannya untuk memakan barang yang tidak dapat dicerna, dan membuatnya dikenali sebagai Monsieur Mangetout (tuan Pemakan Segala). Penampilan Lotito termasuk dalam mengambil logam, kaca, getah dan lain sebagainya dari beberapa barang seperti basikal, tv, pesawat Cessna 150, dan beberapa barang yang di bongkar dan dipotong kecil2 untuk kemudian ditelan. Pesawat Cessna 150 butuh dua tahun untuk sepenuhnya dimakan, mulai 1978 hingga 1980. Ia mulai makan barang2 aneh semenjak kecil dan mula makan untuk hiburan mulai 1966. Ia jarang mengalami sakit akibat makanan yang diambil, bahkan makan makanan yang dianggap beracun. Dianggarkan semenjak 1959 hingga 1997, Lotito telah makan 9 tan logam.

9. Dr. Nakamatsu: memfoto dan menganalisa semua makanannya selama 34 tahun



Yoshiro Nakamatsu June 26, 1928, adalah seorang penemu dari Jepun dan memegang lebih dari 3000 paten, termasuk disket lama yang kita gunakan. Ia menerima Hadiah Nobel 2005 untuk Nutrisi, kerana ia memfoto dan menganalisa semua makanan yang dia makan selama 34 tahun (dan masih terus berjalan). Nakamatsu merancang untuk hidup sampai 140 tahun!

8. David Allen Bawden: Paus Pilihan Sendiri, Paus Michael I



David Allen Bawden (1959), adalah warga Amerika yang dipilih menjadi "Paus Michael I" oleh enam orang Conclav atau post-Sedevacantist Catholics, dengan mengatakan bahawa 6 Paus sebelum ini tidak sah kerana semuanya adalah modernis. Post-Sedevacantist Catholics beranggapan bahawa jika para Kardinal tidak dapet memilih Paus yang sah, maka umat biasa boleh memilih, kerana adanya prinsip Epikeia (kesamaan). Berdasarkan hal ini, maka David Bawden dipilih menjadi paus oleh enam orang pada 1990 (termasuk dirinya sendiri dan kedua orang tuanya, dan sampai sekarang masih memerintah

7. David Icke: Juru Selamat kita dari Humanoid Reptil (reptilia seperti manusia)



David Icke, adalah bekas pemain American Footbal, dan juga presenter TV BBC, juga merupakan jurucakap British Green Party. Semenjak 1990, ia mula menjadi "Peneliti apa dan siapa yang sebenarnya memerintah dunia: para reptilia". David hanya mahu mengenakan baju berwarna torquise dan percaya bahawa dunia dipimpin oleh suatu kumpulan yang disebut: The Elite, kumpulan Humanoid Reptil yang dikenali di zaman dulu sebagai Persaudaraan Babilon, dan banyak orang terkenal yang merupakan hasil keturunan mereka, seperti George W. Bush, Queen Elizabeth II, dan Kris Kristofferson. Ia percaya bahawa keturunan reptilia ini banyak melakukan penghinaan terhadap kanak-kanak dan amalan Setanisme. Beliau menulis 15 buku yang menjelaskan pandangannya. Ia menerima tepuk tangan luar biasa setelah berpidato selama 5 jam di hadapan mahasiswa di Universiti Toronto pada tahun 1999.

6. Lal Bihari: Orang yang Paling Lama Rasmi Meninggal



Lal Bihari (1961) adalah petani dari Uttar Pradesh, India, yang dinyatakan rasmi meninggal pada 1976 hingga 1994. Ia mendirikan Mritak Sangh atau Persatuan orang Meninggal di Uttar Pradesh, India. Ia melawan birokrasi Kerajaan India agar dapat dinyatakan masih hidup selama 18 tahun. Ketika Lal berusaha memohon pinjaman kepada bank pada 1976, permohonannya ditolak kerana statusnya ternyata dinyatakan meninggal. Paman Lal menyogok pegawai untuk menyatakan bahawa ia sudah meninggal sehingga bapa saudaranya dapat menguasai tanah Lal. Lal menemui bahawa sekurang-kurangnya ada 100 orang yang dinyatakan meninggal seperti dia dan akhirnya ia mendirikan Mritak Sangh. Ia dan anggotanya adalah orang yang menghadapi bahaya dibunuh kerana ada orang yang menginginkan tanah milik mereka. Mritak Sangh sekarang beranggota lebih dari 20.000 orang di seluruh India. Pada 2004, mereka berjaya mengungkapkan kembali 4 orang ahli mereka rasmi masih hidup. Dan ia sedang mengincar kerusi Parlimen.

5. Matayoshi Mitsuo: Yesus asal Jepun



Matayoshi Mitsuo adalah seorang Politik Jepun yang yakin bahawa dia adalah Tuhan dan Kristus. Menurut programnya ia akan membawa Penghakiman Terakhir Kristus dengan cara yang persis dapat diterima oleh sistem politik Jepun. Langkah pertamanya sebagai Juru Selamat adalah menduduki kedudukan Perdana Menteri Jepun. Kemudian dia akan mereformasi masyarakat Jepun, lalu PBB akan menawarkan kerusi Setiausaha Agung kepadanya. Lalu Matayoshi akan memerintah dunia dengan kuasa di tangannya, tidak hanya sebagai pemerintah yang beragama, tapi juga sebagai pemerintah politik. Ia berkali kali ikut serta dalam pemilihan Perdana Menteri tapi belum pernah menang. Ia terkenal kerana kempen ekstentrisnya yang mengajak para musuhnya untuk melakukan hala kiri(tak Baik)

4. Mehran: Hidup di Lapangan Terbang sejak 1988



Mehran Karimi Nasseri, adalah pelarian dari Iran yang hidup di Terminal Keberangkatan Satu di Lapangan Terbang Charles de Gaulle semenjak 8 Ogos 1988. Setelah ia ditangkap, dipenjarakan, dan di buang dari negaranya, ia memohon perlindungan dari pelbagai negara di Eropah tanpa hasil. Naserri adalah inspirasi untuk filem "The Terminal", Naserri tinggal di lorong restoran di tingkat terbawah di terminal tersebut. Penampilannya yang mirip seperti pelancong dengan kereta dan beg membuatnya tidak terlalu dihiraukan orang, tapi ia tidak boleh meninggalkan terminal begitu saja, kerana hampir semua orang di lapangan terbang mengenalinya.

3. Shoichi Yokoi: bersembunyi selama 28 tahun selepas Perang Dunia II



Soichi adalah askar, yang menjadi tentera Empayar Jepun mulai 1941 dan dihantar ke Guam. Pada 1944, pada saat tentera Amerika menakluk pulau tersebut, Soichi bersembunyi. Pada 24 Januari 1972, Soichi ditemui oleh dua orang penghuni pulau. Setelah 28 tahun bersembunyi di gua2 di hutan, ia takut keluar dari persembunyiannya, bahkan setelah mencari risalah-risalah bahawa Perang Dunia II sudah berakhir. "Rasanya malu sekali saya kembali hidup-hidup", katanya pada saat kembali ke Jepun, dengan membawa senjata berkaratnya.

2. Sanju Bhagat: Saudara kembarnya hidup di perutnya



Perut Sanju pernah sedemikan menggelembung sampai disangka hamil dan dia mengalami kesusahan bernafas. Sanju tinggal di bandar Nagpur, India. Ketika menjalani pembedahan, Mehta, doktor yang mengoperasinya terkejut pada saat mengambil apa yang dianggap sebagai "tumor". "Tungkai satu keluar, lalu kaki seterusnya, dan kaki seterusnya, mulut, rambut". Sanju bagaikan melahirkan, sebenarnya Mehta mengangkat tubuh kembaran Sanju dari perutnya. Sanju sebenarnya mengalami satu keadaan yang sangat langka: fetus in fetu, iaitu saudara kembar yang terperangkan di dalam tubuh saudara satunya. Kembaran yang terperangkap akan mampu hidup sebagai parasit, bahkan dengan mengembangkan rangkaian seperti ari2, ia akan menangkap makanan dari tubuh kembarnya, sampai si kembaran yang terperangkap tumbuh membesar sehingga mulai membahayakan tubuh induknya, dan di titik ini biasanya doktor akan mula bertindak.

1. Thai Ngoc: Tidak Tidur selama tiga Dekade



Thai Ngoc, 64, mengatakan bahawa ia tidak boleh tidur setelah menderita demam pada 1973, dan sudah menjalani 11.700 malam tanpa tidur. "Saya tidak tahu, insomnia ini apakah mengganggu kesihatan saya atau tidak, tapi yang jelas saya tetap sihat dan boleh bertani secara normal seperti yang lain", kata Ngoc. Ia diketahui sering membawa beg baja seberat 50Kg sejauh 4 Km setiap paginya. Doktor juga menyatakan bahawa ia sihat dan hanya menyatakan Ngoc menderita gangguan ringan pada fungsi hatinya. Selama tiga bulan pertama ia tidak tidur, ia menggali dua lubang besar yang digunakannya sebagai kolam ikan..

DBS