viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Sunday, June 24, 2012

4 Jenis Alien Yang Dianggarkan Pernah Datang Di Bumi

Maklumat tentang jenis-jenis alien yang pernah bertemu dengan manusia cukup banyak. Namun ada empat jenis utama alien yang sering disebut, dan ke-empat jenis alian tersebut, diantaranya adalah:



1. Grays
2. Reptilian
3. Nordics
4. Hybrid

Ciri-ciri umum dari alien tersebut di atas adalah sebagai berikut:

1. Gray



Tubuhnya kecil dengan kulit berwarna keabu-abuan. Nampaknya merupakan suatu bangsa alien kelas pekerja atau ahli teknik. Ciri khasnya adalah bermata hitam besar. Spesies ini yang dikhabarkan sering dijumpa manusia dan sering melakukan penculikan (alien abduction). Selain itu, jenis inilah yang dikhabarkan jatuh di Roswell dan kini dikhabarkan melakukan konspirasi dengan pihak tentera AS secara rahsia. Alien jenis greys ini dikhabarkan merupakan jenis alien dari golongan serangga dengan wajah mirip belalang. Alien jenis greys ini adalah jenis alien yang paling popular, bahkan sudah dipakai sebagai cap jenama dagang iaitu Alien Workshop.

2. Reptoid


Tubuhnya sebesar manusia atau kadang lebih besar, dengan mulut yang lebih lebar dari mulut manusia. Tubuhnya mirip sejenis ular atau kadal, berwarna hijau, dan agak bersisik. Dikabarkan, ada beberapa di antara mereka yang mempunyai sayap. Gambaran yang paling sesuai dengan alien jenis ini adalah "winged demon". Tidak semua jenis Reptilian ini bersayap. Yang bersayap merupakan jenis Draco atau "naga", sementara yang tidak bersayap sering digolongkan dalam jenis serpent atau "ular". Dari kesaksikan beberapa saksi, alien jenis greys dikhabarkan bekerja untuk alien jenis Reptoid ini.

3. Nordic



Bentuk alien jenis ini yang paling mirip dengan manusia, hanya saja bentuknya agak lebih besar sedikit, dengan rambut pirang (putih), badannya atletis, bermata biru dan dalam berkomunikasi sering terdengar dengan akses nordic (skandinavia). Mereka ini yang dianggarkan merupakan golongan yang disebut-sebut dalam Book of Enoch I sebagai "the son of gods" atau "the Fallen Angel". Satu persamaan dengan kesaksian seorang yang pernah berjumpa alien jenis ini, iaitu Billy Meier, dia mengatakan bahawa bertemu dengan alien jenis Nordics yang bernama Semjase yang berasal dari Pleiades. Persamaannya, dalam Book of Enoch I, "malaikat-malaikat yang jatuh" itu bernama Semjaza. Menurut kesaksian orang yang pernah berjumpa dengan alien Nordics ini, mereka mengatakan bahawa dari alien Nordics ini sebahagian bekerja bersama alien greys dan master mereka adalah alien jenis reptoid. Beberapa saksi korban penculikan oleh alien menyatakan bahawa mereka juga melihat manusia selain alien jenis greys. Diduga, sebenarnya itu bukan manusia, namun alien jenis Nordics.

Alien jenis Nordics ini ditengarai melakukan kerja sama dengan Hitler (Nazi) di waktu Perang Dunia II, di mana pada perang tersebut sering dijumpai Foo Fighter, sebuah pesawat aneh (UFO) banyak disaksikan oleh pilot AS, Inggeris mahupun Jepun. Itu sebabnya juga, Hitler mengagungkan bangsa Arya yang hebat dengan rambut putih / pirang dan bermata biru.

4. Hybrid



Golongan ini adalah hasil kejuruteraan genetik (hybrid) antara alien dengan human. Bentuknya belum sempurna mirip manusia, kadang berupa seperti anak kecil, berambut dan kepalanya lebih besar bila dibandingkan dengan kepala normal manusia. Sebahagian hybrid juga ada yang menyerupai manusia, ada yang berambut dan ada juga yang tanpa rambut. Kulitnya cenderung pucat dan bermata seperti alien greys. Sebahagian menduga bahawa Men in Black adalah alien hybrid yang menutupi mata besar mereka dengan kaca mata hitam. Selain itu makhluk Chupacabra (goat sucker) adalah hasil hybrid juga. Kejuruteraan genetik (hybrid) ini diduga adalah usaha alien untuk bisa menciptakan makhluk yang boleh tinggal dengan tidak / lebih lama di dimensi manusia.

Apakah mereka itu baik atau buruk?
Sering dikhabarkan bahawa alien jenis Nordics adalah jenis alien yang baik. Mereka dikhabarkan sering mengajarkan pada manusia tentang perdamaian, falsafah dan kerohanian. Kalau seandainya mereka menemui orang-orang zaman dahulu, sangat mungkin sekali kalau mereka dianggap sebagai nabi atau dewa. Alien jenis Nordics ini ada janis wanita dan ada juga jenis laki-laki. Umumnya mereka tampan dan cantik. Dan diduga bahawa penampakan-penampakan yang sering dianggap sebagai penampakan Maria (Virgin Mary), misalnya Fatima Sighting, adalah penampakan dari alien jenis Nordics ini. Dan seringkali kalau alien Nordics laki-laki muncul, boleh saja disalah tafsirkan sebagai Yesus. Buku harian Paus John 23 menyebutkan bahawa beliau secara berkala sering dikunjungi oleh Yesus dan Maria. Saya tidak mengatakan Paus John 23 berbohong, namun boleh saja itu adalah alien Nordics yang mengaku Yesus dan Maria yang datang dari dimensi lain.

Secara umum, adanya kes penculikan manusia oleh alien menunjukkan bahawa alien bukanlah entity yang baik. Namun memang sering menjadi soalan, apa tujuan alien itu terhadap manusia? Apakah mereka ingin menguasai manusia / bumi? Bila memang mereka berasal dari luar angkasa degan teknologi yang canggih, bukankah mudah bagi mereka untuk menyerang manusia? Tetapi, mengapa itu tidak mereka lakukan?

Beberapa pertimbangan
Mengapa mereka tidak menjalin hubungan langsung dengan manusia secara terbuka? Bukankah banyak manusia yang ingin bertemu dengan mereka? Alasan bahawa manusia boleh saja menyerang alien menurut saya terlalu bersifat paranoia, sebab pada kenyataannya, manusia akan bersifat "welcome" terhadap kehadiran alien. Baru kalau mereka menyerang, kita akan mempertahankan diri.

Apa maksud mereka melakukan pelbagai penculikan terhadap manusia? Apa tujuan mereka menyembunyikan kewujudan mereka? Ataukah kewujudan mereka memang tersembunyi kerana berada di dimensi lain?

Beberapa di antara mereka (alien) mengatakan bahawa mereka penjaga perdamaian di tata suria kita dan kalau manusia tetap memakai nuklear, baru mereka akan turun tangan untuk ikut campur mencegahnya. Mengapa mereka tidak menghalang pengeboman Hirosima dan Nagasaki, demikian juga berbagai percubaan nuklear yang dilakukan oleh beberapa negara, termasuk AS, Kesatuan Soviet (saat ini Rusia), Perancis, dll? bolehkah dipercayai bahawa mereka benar-benar "pasukan penjaga perdamaian antara galaksi"?

Pelbagai tindakan alien yang disaksikan dan yang dialami oleh manusia, menunjukkan bahawa perlakuan yang diterima tidaklah baik dan kadang tidak bersahabat. Mungkin apa yang saya tulis ini tidak sesuai dengan harapan banyak pemerhati UFO yang menggambarkan bahawa UFO / alien berasal dari planet atau gugusan bintang lain dan mereka ke bumi untuk tujuan penelitian atau persahabatan.