viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, June 1, 2012

5 Haiwan Yang Kejam Dalam Mengasuh Anaknya

1. Kumbang Penggali (Burying Beetle)
Ibu kumbang akan memberi makan setiap anak-anaknya, satu per satu. Namun ketika jumlah makanan habis, maka anak terakhir bukan hanya tidak mendapat bahagian makan, tetapi juga akan dimakan hidup-hidup oleh ibunya.


Kumbang Penggali biasanya tinggal di dalam bangkai tikus. Dan ibu Kumbang selalu bertelur dengan jumlah lebih banyak dari jumlah makanan yang ada (bangkai tikus) maka untuk meningkatkan peluang bertumbuh yang lebih besar bagi semua keluarga, jumlah kanak-kanak harus dicukupkan dengan jumlah makanan, bukan sebaliknya.

2. Panda
Ibu Panda hanya akan memelihara satu kanak-kanak, jika dia mempunyai lebih dari satu, maka yang lain akan ditinggalkan begitu saja di alam liar. Sementara 'anak kesayangannya' tumbuh sihat dengan pengambilan makanan yang cukup, sedangkan anak yang lain akan kurus kering tak berdaya.


Ibu Panda memang tidak mungkin menyediakan makanan untuk anak yang kedua atau selepas itu, jadi selama 8-9 bulan pertama (setelah itu anak panda boleh mencari makanan sendiri), anak-anak panda yang tidak dapat makanan cukup (termasuk susu ibu) harus bertahan hidup sendiri, jika tidak boleh pastilah mereka akan mati.

3. Hamster

Ibu Hamster sering memkan anaknya sendiri. Ibu Hamster biasa melahirkan beberapa anak, jika ada anak yang tidak sempurna (cacat) atau dianggap tidak terlepas 'quality control' akan dimakan hidup-hidup, boleh juga disebabkan jika jumlah makanan yang sedia dianggap kurang untuk memenuhi keperluan dirinya dan anak-anaknya.

4. Elang Hitam
Ibu Helang biasanya membiarkan ketika anak-anaknya bermain-main di sarangnya, walaupun sering kali permainan itu boleh mengakibatkan kematian bagi salah satu anaknya.


Jumlah makanan yang tersedia kadang-kadang tidaklah banyak, dan sukar didapati. Maka dari itu ibu Elang membiarkan permainan berbahaya ini, sebagai ujian agar, anak-anak yang kuatlah yang berlangsung.

5. Arnab
Ibu Arnab akan langsung meninggalkan anak-anaknya di lubang setelah mereka dilahirkan, dan selama 25 hari pertama, sang ibu hanya akan 'menengok' dan memberi makan anaknya tak lebih dari 2 minit satu hari.


Anak arnab merupakan makanan empuk/gebu dan menggiurkan bagi para pemangsa, maka dari itu sang ibu selalu berusaha agar lubang tempat tinggalnya rahsia, caranya dengan sesedikit mungkin waktu yang dihabiskan di dekat lubangnya. Setelah 25 hari barulah anak-anak arnab boleh mencari makan sendiri.