viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Tuesday, June 26, 2012

6 Cara Mengetahui Sebuah Rumah Berhantu atau Tidak

Bagaimana sebenarnya mengetahui apakah sebuah rumah itu berhantu? Tanyalah pada pasangan pemburu hantu, Ron dan Nancy Stallings. Pasangan ini punya minat pada bidang parapsikologi (kajian ilmiah tentang peristiwa-peristiwa di luar hal yang normal), sedangkan Nancy mempunyai kemampuan menghubungkan diri. Ia menulis buku Show Me One Soul: A True Haunting setelah memerhati dan menghadapi pelbagai fenomena dengan pendekatan yang sangat ilmiah. Pasangan ini lalu mendirikan The Maryland Committee for Psychical Research yang menyelidik kejadian-kejadian paranormal di ratusan rumah sejak tahun 1965.


Nancy mengatakan, jika anda menghadapi beberapa saja dari fenomena yang di bawah ini, maka hal itu boleh menjadi tanda bahawa rumah anda berhantu. "Bahkan, jika anda hanya mengalami satu perkara sahaja, kemungkinan ada fenomena lebih dari satu," katanya.

1. Ada perasaan aneh 
Kadang-kadang rumah membuat perasaan jadi gelisah atau atmosferanya terasa tebal dan berat. Atau, anda merasakan ada perubahan suhu di beberapa bilik, menjadi lebih sejuk daripada di bilik lain. Hal ini disebabkan hantu menyerap tenaga di sekitarnya untuk mewujudkan dirinya.

"Sering kali orang juga merasa tidak sendirian di rumah itu. Mereka merasa sedang diamati, tapi mereka tidak melihat apa-apa di sekitarnya," kata Nancy. Jika anda mengalami hal ini, maka kemungkinan anda merasakan kehadiran hantu.

Kadang-kadang ada bayangan berkelebat. Walaupun ini tidak automatik membuktikan kehadiran hantu, anda perlu memerhatikannya untuk mengetahui apakah ada fenomena lain di sekitar anda.

2. Suara-suara yang aneh 
"Sering kali ada suara ketukan di dinding dalam tiga siri, seperti tiga kali, enam kali, atau sembilan kali. Orang juga boleh mendengar suara orang berjalan, seperti langkah-langkah," tambah Nancy. Sebahagian orang lain mendengar suara peti atau laci di dapur membuka atau menutup. Orang yang lain boleh mendengar muzik, gelas pecah, atau bel berdering.

3. Bau-bauan yang tidak biasa 
"Aromanya bisa seperti parfum atau bunga-bungaan, baunya sangat manis. Sebahagian hantu nampaknya diikuti dengan bau yang busuk. Biasanya, mereka ini hantu yang negatif dan mereka mengganggu," katanya.

4. Benda-benda yang bergerak 
Kadang-kadang ada barang, seperti peralatan makan dari perak, yang jatuh gemerincing entah di mana. Atau, batu-batu yang beterbangan di rumah. Lampu terus-menerus menyala dan padam. Rumah dan perabotnya bergoyang-goyang, seolah anda menghadapi gempa bumi seorang diri.

5. Perilaku anjing menjadi aneh 
anda tahu kan, anjing sering kali disebut mampu merasakan kehadiran hantu. Anjing menggonggong, atau tiba-tiba meringkuk ketika muncul hantu yang tidak ramah. Namun, jika hantu yang ramah menampakkan diri, maka anjing akan mula mengibas-ibaskan ekornya, lalu duduk dengan tenang seolah-olah ada yang membelai-belainya.

6. Penampakan 
Nah, ini gambaran yang paling jelas. Hal itu boleh berupa bola berkabut dan berkilauan atau sosok yang tampak melayang di udara. Sebahagian orang melihat cahaya berkelap-kelip dalam warna biru, oren, atau kurang jelas(bayang2). Ada juga yang melihat beberapa bahagian tubuh dalam wujud lengan atau kaki. "Hal ini akan terlihat padat, seperti daging," kata Nancy.

Bukti yang paling meyakinkan bahawa sebuah rumah berhantu jika anda boleh merakam gambar dari hantu itu, bahkan merakam suara-suaranya.

"Gunakan rakaman yang baru, dan tetapkan perekamnya," saran Nancy . "Main lagi rakaman, pasti anda terkejut. Sering kali anda boleh mendengar suara-suara."

DBS