viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, August 31, 2012

10 Ikan tercantik di dunia

1. Mandarin Fish


Ada 2 kelainan daripada spesies ini, iaitu Mandarinfish standard dan Psychedelic Mandarin. Yang standard biasanya mempunyai corak dan warna yang lebih bagus berbanding Psychedelic. Harganya tidak lebih dari $ 20 per ekor, namun yang menjadi masalah adalah makanannya yang sukar dicari.

2. Discus


Ikan ini merupakan spesis ikan air tawar yang mungkin merupakan ikan air tawar yang paling cantik. Harganya amat mahal, anaknya yang panjangnya hanya sekitar3 inchi berkisar antara $ 50 - $ 80.

3. Lion Fish


Ikan ini disebut juga Zebrafish. Tulang belakang itu mempunyai racun yang sangat menyakitkan dan cukup berkesan.

4. Moorish Idol


Ikan ini sangat susah untuk dipelihara dengan akuarium standard, dan juga hargannya yang melejit selangit.

5. Koi


Ada banyak variasi warna dari ikan koi (sekitar 100an). Koi dapat memiliki warna oren, merah, putih, keemasan, atau hitam. Beberapa penggemar koi rela membayar beribu-ribu dolar untuk seekor koi hanya untuk mencari pola warna koi yang jarang ditemui.

6. Flame Angel


Ikan ini memiliki hubungan dekat dengan Coral Beauty. Sifatnya sama seperti Coral Beauty, tapi sifatnya tidak 'seteguh' Coral Beauty.

7. Coral Beauty


Ikan ini tergolong ikan yang mudah dipelihara di dalam akuarium dan dapat bertahan baik dalam habitatnya.

8. Regal Tang


Ikan ini tergolong dalam family surgeonfish, yang mempunyai pisau kecil dari zat kapur yang boleh disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi pemangsa.

9. Parrot Fish


Dinamakan demikian kerana bentuk mulutnya yang mirip paruh burung. Ikan ini menggunakan mulutnya yang seperti paruh itu untuk memecah dan memakan invertebrata kecil yang hidup di daerah koral. Biasanya mereka akan memakan utuh-utuh perbatuan koral atau pasir laut lalu mengunyah invertebrata yang ada di dalamnya, lalu membuang bakinya.

10. African Cichlids


Ikan ini diucapkan sebagai "Sick-Lids". Ikan ini ditemui di 3 tasik di Afrika: Malawi, Tanganyika, dan Victoria. Spesies yang ada di Tasik Victoria jumlahnya kurang pelbagai dan kurang berwarna-warni berbanding dengan yang lain. Biasanya mereka tumbuh hingga 6-7 inchi, dengan pengecualian bagi Spesies Frontosoa, yang boleh tumbuh sampe 12-14 inci. Ikan-ikan ini adalah ikan-ikan air tawar yang boleh dengan mudah dipelihara di akuarium rumahan. Selain di Afrika, ada juga spesies ikan ini yang hidup di perairan Amazon, tapi ukurannya lebih besar dan lebih agresif daripada yang di Afrika.

DBS