viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, August 9, 2012

12 Pengunduran Diri Paling Mengejutkan di Dunia Sukan

Pep Guardiola


Pep Guardiola mengejutkan dunia bola sepak ketika memutuskan mengundurkan diri sebagai pelatih Barcelona pada akhir musim 2011/2012. Di usia 41 tahun, Guardiola mengubah Barcelona menjadi salah satu kelab terbaik dunia. Tiga gelaran Liga dan dua mahkota Liga Champions dalam tiga tahun terakhir membuktikan prestasinya.
Michael Jordan adalah seorang bintang besar ketika gantung kasut pada 1993 (yang pertama daripada tiga kali bersara). Setelah memimpin Chicago Bulls tiga kali berturut-turut menjadi juara NBA dan mendapatkan banyak anugerah individual, dia memutuskan keluar dari bakul dan pindah ke baseball.
Ochoa mengejutkan dunia golf ketika bersara pada 2010 dalam usia yang baru menginjak 28 tahun. Atlet Mexico itu sudah mendominasi pelancongan wanita selama tiga tahun terakhir dan menepuk banyak gelar, yang membuatnya menjadi salah satu bintang sukan terbesar di Mexico (yang gila bola sepak, tadinya golf dilihat sekadar pengisi waktu senggang kaum elit).
Rocky Marciano adalah satu-satunya juara tinju kelas berat yang mengekalkan rekod tidak terkalahkan sampai bersara. Dia mundur pada 1956, beberap bulan selepas mengalahkan peninju veteran Archie Moore. Mungkin yang paling mengejutkan adalah tidak hanya dia bersara dalam usia muda 32 tahun, tapi Marciano juga berjaya menahan godaan tidak kembali ke ring - seperti terjadi pada banyak peninju.

Tapi musim ini tidak berjalan lancar. Yang pertama, persaingan dengan Jose Mourinho dan Real Madrid yang menggulingkan Barca dari calon juara La Liga dan kekalahan mengejutkan dari Chelsea di semi final Liga Champions.

Guardiola mengaku letih setelah empat tahun membimbing anak asuhnya meraih banyak prestasi.

Tapi bos Catalan itu bukanlah orang pertama yang mundur ketika sedang berada di puncak kariernya. Masih ada beberapa pelaku dunia sukan yang membuat dunia terkejut dengan keputusan mundur atau bersara awal.

Berikut ini 12 pengunduran diri dan bersara yang paling mengejutkan di dunia sukan, seperti yang pernah disiarkan oleh Yahoo! Eurosport:

Michael Jordan (Basket)


Jordan mengambil keputusan itu untuk menghormati ayahnya, yang meninggal dunia setahun sebelumnya, tapi dia kembali semula bermain pada musim 1995-1996 dan membawa pasukannya menikmati kemenangan. Dia kemudian memutuskan untuk bersara lagi (kali ini orang tidak terkejut), sebelum kembali untuk dua musim lagi dengan Washington Wizard hingga akhirnya menggantung sepatunya untuk yang ketiga kali, dan bersara terakhir pada 2003.

Lorena Ochoa (Golf)


Ochoa mendedahkan alasan persaraan dalam sidang akhbar: "Saya sedar saya ingin memulakan hidup baru." Namun dia tetap menyimpan kad LPGA miliknya supaya dia boleh bermain dalam Lorena Ochoa Invitational dan mengungkapkan: "Saya ingin membiarkan kesempatan terbuka jika saya ingin kembali dalam satu atau dua tahun untuk bermain di US Open atau Kraft Nabisco."

Rocky Marciano (Tinju)


Dia memang sempat menimbang kembali naik ring pada 1959 ketika Ingemar Johansson memenangi gelaran kelas berat dari Floyd Patterson, tapi kemudian membatalkan rencana itu setelah beberapa bulan kembali ke gym. Dia menyudahi kariernya dengan 49 kemenangan dari 49 perlawanan (43 menang dengan KO). Dia meninggal dunia dalam sebuah kemalangan pesawat pada 1969, sehari sebelum ulang tahunnya yang ke-46.

Johan Cruyff (Sepak bola)


Johan Cruyff adalah bintang timnas Belanda saat mencapai final Piala Dunia 1974 dan Piala Dunia 1978 di Argentina, meskipun tidak akan pernah bermain dalam perlawanan tersebut. Cruyff bersara dari dunia bola sepak antarabangsa pada Oktober 1977 dengan alasannya saat itu keberatan atas kediktaktoran tentera yang berkuasa di Argentina masa itu.

Namun pada 2008 Cryuff mendedahkan alasan sebenarnya adalah kerana dia dan keluarganya mengalami percubaan penculikan di Barcelona setahun sebelum perlawanan bermula.

"Untuk bermain di Piala Dunia, anda harus 200 peratus sihat," ujarnya pada sebuah radio Sepanyol. "Ada saat ketika terdapat nilai-nilai lain dalam kehidupan." Meski merupakan salah satu pemain terbaik sepanjang masa, Cryuff hanya bermain 48 kali bersama Belanda, dan menjaringkan 33 gol. Tanpanya, Belanda kembali mencapai final, tapi kalah dari tuan rumah Argentina dalam babak pembaharuan waktu.

Bjorn Borg (Tenis)


Pada 1981 Bjorn Borg (43) adalah salah pemain top dunia. Dia memenangi 11 gelaran Grand Slam, memecahkan rekod kemenangan berturut-turut terbanyak sepanjang sejarah tenis. Namun, setelah kalah dari saingannya John McEnroe di US Open 1981, dia mula kehilangan sinarnya dan hanya boleh memenangi dua perlawanan pada 1982 sebelum mengumumkan pengunduran diri pada 1983.

McEnroe memintanya mengubah keputusan tersebut, tapi Borg tertap berkeras. Kabar tersebut mengejutkan semua orang di dunia tenis. Arthur Ashe menuturkan kepada Sport Illustrated: "Saya rasa dia boleh memenangi Grand Slam (semua empat gelaran besar dalam satu tahun). Tapi saat dia pergi, cabaran sejarah tidak bererti apa-apa. Dia seperti Elvis atau Liz Taylor atau sejenisnya." Borg mungkin boleh kembali, tapi tidak akan pernah bisa menjadi pemain besar di ATP Tour lagi.

Florence Griffith Joyner-(Olahraga)


'Flo-Jo' adalah gadis kesayangan di Sukan Olimpik Seoul 1988 saat dia berjaya menepuk pingat emas dalam cabang sprint 100m, 200m dan 4x100m. Ratu sprint Amerika itu mencipta rekod 10,49 di pemanasan 100m Sukan Olimpik Korea Selatan dan 21,34 di final 200m Sukan Olimpik Seoul - rekod dunia yang berlangsung hingga saat ini. Namun dia terus dihantui khabar angin penggunaaan ubat-ubatan selama kariernya, meski tidak pernah gagal dalam ujian dan bersara setelah Sukan Olimpik.

Sepuluh tahun kemudian dia meninggal dalam tidur kerana serangan epilepsi parah. Suaminya meminta tubuh Joyner diperiksa penggunaan steroid untuk membersihkan namanya - tapi kemudian batal kerana tubuhnya tidak mempunyai cukup urin di kandung kencing dan ujian tidak boleh dilakukan secara tepat dengan sampel biologi lain.

Bobby Fishcer (Chess)


Bobby Fischer pecatur dari AS menjadi juara dunia pada 1972 setelah mengalahkan Boris Spassky di pertandingan catur yang paling terkenal sepanjang masa, tapi kemudian menolak untuk bermain dalam beberapa kejohanan selama hampir 20 tahun.

Fischer juga pernah dijadualkan bertemu dengan Anatoly Karpov pada 1975 untuk mempertahankan gelarnya tapi memutuskan untuk berundur.

Fischer akhirnya bertemu lagi dengan Spassky di Yugoslavia pada 1992 meskipun PBB melakukan sekatan melarang mengadakan pertandingan sukan rasmi di negara tersebut. Fischer menggelar sidang akhbar saat Amerika melarangnya bermain - yang bererti dia terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di pengasingan.

Dia kemudian mengeluarkan beberapa kenyataan anti-Amerika, anti-Israel dan anti-Semit, dan bahkan menulis surat peribadi menyokong Osama Bin Laden tidak lama selepas 11 September 2001. Dia meninggal dunia kerana gagal ginjal pada 2008 saat tinggal di Iceland.

Pat Tillman (NFL)


Bintang football Amerika Pat Tillman sedang menikmati karier berjaya bermain untuk Arizona Cardinals di NFL ketika dia memutuskan menolak kontrak $ 3.6 juta dolar (sekitar Rp 33 juta) kerana bergabung dengan tentera Amerika.

Tillman mengikuti beberapa operasi di Iraq dan Afghanistan tapi meninggal dengan tragis di pergunungan Afghanistan pada 2004. Pihak tentera AS mendakwa kalau Tillman terbunuh oleh tembakan lawan, tapi kemudian terungkap kalau dia terkena tembakan dari pasukan teman (friendly fire) ketika salah satu pasukan Sekutu menembak satu sama lain kerana kebingungan.

Shaun Tait (Cricket)


Shaun Tait mengumumkan pengunduran dirinya dari cricket pada Mac 2012 untuk memfokuskan diri ke Twenty20. Tait baru berusia 28 tahun, tapi masalah pada punggungnya selama bertahun-tahun, ditambah rasa rindu terhadap rumah selama pelancongan, membuat Tait kehilangan semangat untuk bermain. Suatu kehilangan besar untuk kriket.

George Foreman (Tinju)


Foreman mempunyai reputasi sebagai salah satu peninju kelas berat terbaik di dunia pada pertengahan 1970-an, mengalahkan sang lagenda Joe Frazier pada 1973 dan kalah dari Muhammad Ali di Zaire setahun kemudian. Dia mundur kerana mengalami sakit keras tidak lama selepas melawan Jimmy Young pada 1977 - sebuah momen yang dipandangnya sebagai pengalaman hampir mati dan mendorongnya untuk berundur dan menjadi Kristian taat.

Foreman kemudian menjadi paderi.

Yang juga mengejutkan adalah ketika dia kembali ke ring 10 tahun kemudian dalam usia 38 tahun. Dalam karier keduanya dia brehasil menyabet gelar juara dunia dalam usia 45 tahun sebelum akhirnya mencetak berjuta-juta dolar di pasaran peralatan dapur.

Guy Roux (Sepak bola-mundur saat pertandingan)


Roux berjaya mencipta sejarah ketika menjadi pengurus Auxere selama 44 tahun dari 1961-2005, dan diarahkan kembali ke dunia bola sepak untuk mengurus Lens pada Jun 2007. Tapi musimnya bermula dengan buruk, dan dia meninggalkan klubnya saat separuh masa perlawanan keempatnya.

Juan Manuel Fangio (Balap F1)


Pemandu asal Argentina itu mundur pada 1958 setelah memenangi juara dunia dalam empat musim. Dia total memenangi lima gelaran dunia dengan empat pasukan yang berbeza dan rekornya tidak diselesaikan sampai Michael Schumacher muncul 40 tahun kemudian.

Fangio boleh meraih lebih banyak prestasi jika dia mahu, tapi memutuskan untuk mundur kerana tidak perlu lagi membuktikan apa-apa.

Seperti yang ditulis David Tremayne dalam obituari Fangio di Independent: "Dia bersara di Reims, di pertengahan 1958, dalam usia 47 tahun, memegang kuat keyakinan kalau juara, pelakon dan diktator harus berhenti saat berada di atas."

DBS