viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, August 9, 2012

Sejarah Topi Koboi


John Batterson Stetson adalah seorang Amerika yang lahir di Orange, New Jersey tahun 1830. Sampai saat ini nama Stetson melekat sebagai sebahagian dari istilah "the real Stetson hat" atau yang umum kita kenal dengan topi koboi. Stetson menciptakan bentuk dan model topi tersebut secara tidak sengaja ketika sedang bekerja selaku penambang emas di Colorado. Stetson membuat topinya dari bahan dasar bulu, kerana selain kuat juga mudah untuk dibentuk sesuai dengan model yang dikehendaki.

Awal mulanya bentuk topi Stetson dianggap aneh atau tidak lazim, bahkan kerap digunakan sebagai bahan lawakan dari rakannya. Namun lambat laun topi Stetson membuktikan bahawa keberadaannya sangat berguna. Sisinya yang lebar berfungsi sebagai perlindungan terhadap air hujan, kemudian di kala cuaca panas, terdapat beg udara pada hujung atas topi Stetson yang memberikan insulasi terhadap kepala, sehingga suhu di dalam topi tetap sejuk. Bahkan bahagian kepala topi Stetson (crown head) boleh difungsikan untuk mengambil air minum.

Berdasarkan kisah yang diceritakan secara turun temurun, koboi pertama yang menggunakan topi Stetson menebusnya dengan harga 5 dolar dalam bentuk emas. Kala itu sang koboi bertemu dengan John Stetson dalam suatu perjalanan, sang koboi tertarik akan topi Stetson dan memutuskan untuk membelinya.

Tahun 1865, John B. Stetson memutuskan untuk menamatkan petualangan "wild-wild west-nya" dan menetap di Philadelphia, Pennsylvania. Stetson kemudian mendirikan rumah pengeluaran topi outdoor dengan model yang dia temukan pertama kali (topi koboi, cowboy hat). Model pertamanya secara rasmi dinamakan "Boss of The Plains". Tahun 1886, syarikat topi Stetson telah menjadi yang terbesar di dunia dan pada tahun 1906, syarikat ini telah menghasilkan 2 juta topi koboi. Sampai saat ini model dasar dan cara pembuatan topi koboi Stetson tidak berubah banyak sejak pertama kali dihasilkan pada tahun 1865. Topi Stetson kemudian melekat dengan legenda2 dunia "Wild West" seperti Buffalo Bill, Calamity Jane, Billy the Kid, Will Rogers bahkan Lucky Luke.

Tidak hanya "western hat", syarikat Stetson juga meproduksi "dress hat", bahkan bagi kaum perempuan, Stetson membuat label khusus iaitu Stetson Lady. Selain itu pengeluaran juga merambah ke selendang, pernak pernik pakaian, tas, koper dan pelbagai macam aksesori. Tahun 1970 Stetson merubah strategik perniagaan dengan menutup kilang di Philadelphia dan meneruskan pengeluaran label Stetson dengan sistem lesen melalui pelbagai syarikat pembuatan .

DBS