viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, September 28, 2012

6 Virus Paling Mematikan di Dunia

1. Virus Ebola
Ebola (Virus Congo) adalah sejenis virus dari genus Ebolavirus, familia Filoviridae, dan juga nama dari penyakit yang disebabkan oleh virus tersebut. Penyakit Ebola sangat mematikan.

Gejala-gejalanya antara lain muntah, diare, sakit badan, pendarahan dalam dan luar Anus, dan demam. Tingkat kematian hingga 90%. Asal katanya adalah dari sungai Ebola di Congo. Penyakit Ebola boleh disebarkan melalui hubungan langsung dengan cecair badan atau kulit.

Virus Ini mula menular dari salah satu spesies kera di kongo kemudian mula tersebar ke manusia, jangka waktu manusia mulai terjangkit virus ini hingga menemui ajalnya sekitar 1 minggu kerana saking ganasnya virus ini.

Virus ini masih berada di dataran Afrika dan khabarnya juga telah sampai ke Filipina . Suatu ketika Negeri Eropah melakukan pengimportan kera dari kongo, ketika mengetahui virus ini akhirnya seluruh kera ini dimusnahkan agar tidak menyebar ke mana-mana, dan sampai saat ini belum ditemui Vaksin yang boleh menyembuhkan penyakit ini.


2. SARS (Syndrome pernafasan akut berat)
Penyakit Pneumonia yang muncul di China. Setelah China membungkam berita wabak SARS baik dalaman mahupun antarabangsa, SARS merebak sangat cepat, mencapai negeri jiran Hong Kong dan Vietnam pada akhir Februari 2003, kemudian ke negara lain via pelancong antarabangsa.

Kes terkini dari wabak ini terjadi pada Jun 2003. Dalam wabak itu, 8.069 kes muncul yang menewaskan 775 orang. Ada Spekulasi Bahawa Penyakit SARS ini adalah Buatan Manusia, SARS mempunyai gejala flu dan boleh merangkumi: demam, batuk, radang tekak dan gejala non-spesifik yang lain.

Satu-satunya gejala yang sering dialami semua pesakit adalah demam di atas 38 darjah celcius. Sesak nafas boleh berlaku kemudian. Penyakit ini belum ada vaksinnya sehingga penanggulangannya hanya dibantu alat bantuan pernafasan saja. Virus ini konon dianggap sebagai Virus Akhir zaman


3. Enterovirus (Radang Otak)
entero virus merupakan penyakit tangan, kaki, dan mulut, apabila diabaikan maka boleh menjadi Radang Otak. Gejala serangan Enterovirus sangat mirip gejala flu biasa sehingga sukar dikesan seperti demam yang kadang disertai pusing dan lemas serta sakit.

Selanjutnya akan muncul benjolan kecil merah berair pada telapak tangan dan kaki ini sariawan di mulut. Pada keadaan teruk, Enterovirus boleh menyerang rangkaian saraf dan otak hingga mengakibatkan kematian.

Virus ini mudah berjangkit melalui hubungan langsung dengan pesakit. Anak-anak menjadi mangsa utama penyebaran Enterovirus di China. Sejak mangsa pertama ditemui namun pelaporannya ditunda hingga beberapa minggu kemudian.

Sudah 24 ribu orang terjangkit Enterovirus. Lebih dari 30 di antaranya meninggal sebahagian besar anak-anak. Virus Ini dikhabarkan sudah masuk Malaysia dan menjangkit 3 Orang di Sumatera


4. Virus Hepatitis B (VHB)
Hepatitis B adalah suatu penyakit hati yang disebabkan oleh "Virus Hepatitis B" (VHB), suatu anggota famili Hepadnavirus yang boleh menyebabkan peradangan hati akut atau kes boleh berlanjutan menjadi sirosi hati atau kanser hati.

Virus Hepatitis B merupakan bentuk Hepatitis yang lebih serius berbanding dengan jenis hepatitis yang lain. Pesakit Hepatitis B boleh berlaku pada setiap orang dari semua golongan umur.

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan virus Hepatitis B ini terjadi:
1. Tidur terlalu malam
2. Tidak BAB di pagi hari
3. Tidak makan pagi
4. Pola makan berlebihan
5. Makan makanan mentah dan berpengawet
6. Menggunakan berus gigi bersama orang lain

Setiap tahun sekitar 1800 orang didiagnosis menderita kanser hati dan separuh lebih adalah lelaki.

Gejala penyakit kanser hati
• Kulit menjadi berwarna kuning dan keseluruhan mata menjadi putih
• Demam
• Menggigil
• Merasa lelah yang luar biasa
• Nausea
• Nyeri pada perut
• Kehilangan ghairah makan
• Berat badan yang turun mendadak
• Nyeri pada punggung dan bahu
• Urin yang berwarna gelap
• Terjadi pendarahan di bahagian dalam tubuh


5. Virus H5N1 (Selesema Burung)
Flu burung adalah virus influenza jenis A yang tersebar antara unggas. Virus ini kemudian didapati mampu pula tersebar ke spesies lain seperti babi, kucing, anjing, harimau, dan manusia.

Gejala umum yang boleh terjadi adalah demam tinggi, keluhan pernafasan. Replikasi virus dalam tubuh dapat berjalan cepat sehingga pesakit perlu segera mendapatkan perhatian perubatan.

• Malaysia - 99 kes dengan 79 kematian.
• Vietnam - 93 kes dengan 42 kematian.
• Mesir - 34 kes dengan 14 kematian.
• Thailand - 25 kes dengan 17 kematian .
• Republik Rakyat China - 25 kes dengan 16 kematian.
• Turki - 12 kes dengan 4 kematian.
• Azerbaijan - 8 kes dengan 5 kematian.
• Kemboja - 7 kes dengan 7 kematian.
• Iraq - 3 kes dengan 2 kematian.
• Laos - 2 kes dengan 2 kematian.
• Nigeria - 1 kes dengan 1 kematian.
• Djibouti - 1 kes tanpa kematian.

Awal wabak ini pada penternakan di dunia yang telah disahkan sejak Disember 2003. Wabak flu burung juga melanda benua Afrika. Pada 8 Februari 2006, OIE mengumumkan Nigeria sebagai negara pertama yang mempunyai kes positif flu burung di benua itu.

Dua minggu kemudian, virus H5N1 ditemui di sebuah desa kecil di Niger, sekitar 72 km dari sempadannya dengan Nigeria. Virus ini juga tersebar ke Mesir dan Cameroon.


6. Virus HIV (Human Immunodeficiency Virus)
HIV adalah Virus yang menjangkiti sel sistem kekebalan tubuh manusia. Istilah HIV telah digunakan sejak 1986 sebagai nama untuk retrovirus yang dicadangkan pertama kali sebagai penyebab AIDS oleh Luc Montagnier dari Perancis, yang awalnya menamakannya LAV.

HIV menular melalui hubungan kelamin dan hubungan seks oral, atau melalui anus, transfusi darah, penggunaan bersama jarum tercemar melalui suntikan ubat dan dalam penjagaan kesihatan, dan antara ibu dan bayinya selama masa hamil, kelahiran dan masa menyusui.

Dianggarkan antara 36 hingga 44 juta orang yang hidup dengan HIV, 25 juta di antaranya adalah penduduk sub-Sahara Afrika. Anggaran jumlah orang yang dijangkiti HIV di seluruh dunia pada tahun 2004 adalah 6.4 juta orang, di Malaysia sudah mencapai 130,000 orang, masa hidup orang yang terkena HIV sekitar 6-12 tahun ..

DBS