viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Wednesday, September 5, 2012

7 Kisah Cinta Yang Tercatat Dalam Sejarah Di Dunia

Cerita-cerita ini dipaparkan secara turun-temurun dan dikenali orang kerana menyentuh hati, bahkan tidak jarang ada yang kembali menceritakannya lewat filem. Semoga cerita-cerita berikut ini menjadi inspirasi bagi kita untuk tetap mencintai.

1. Annie Oakley dan Frank Butler

Apabila kalian tahu filem muzikal Ireland tahun 1940an yang berjudul "Annie Get Your Gun", merupakan inspirasi dari kisah nyata Annie Oakley dan Frank Butler. Annie Oakley adalah seorang penembak. Pada tahun 1881, Baughman dan Butler mengadakan persembahan menembak di Cincinnati. Frank E Butler mencabar para penembak tempatan untuk beradu tembak. Namun Frank terkejut apabila cabarannya diterima oleh seorang yang bernama Annie Oakley. Dalam pertarungan mereka, Butler kalah dan Annie memenangi perlumbaan menembak tersebut. Selain itu, Butler juga menjadi jatuh hati pada Annie dan akhirnya mereka berkahwin apda tarikh 20 Jun 1882. Frank kemudian bersara dari menembak dan lebih fokus membina rumah tangga bersama Annie. Annie akhirnya meninggal tahun 1926 dan Frank meninggal 18 hari kemudian.


2. Salim dan Anarkali

Putera Salim merupakan anak dari seorang maharaja Akbar (maharaja dari The Great Mughal) dan isterinya Mariam-uz-Zamani. Pangeran Salim dikenal sangat amburadul dan tidak sopan yang jatuh cinta pada seorang pelayan istana bernama Anarkali. Mereka berdua saling jatuh cinta, namun hal tersebut tidak direstui oleh bapanya yang menganggap Anarkali sebagai wanita penggoda. Ayahnya kemudian mencari segala jalan untuk memisahkan anaknya dari Anarkali. Sang ayah kemudian menghantar pangeran Salim untuk sebuah tugas, dan ketika itu juga Anarkali dikuburkan hidup-hidup di tembok batu. Cerita ini membuat setiap pasangan menitiskan air mata ketika mendengarnya.


3. Antony dan Cleopatra

Ini kisah cinta antara bangsa , antara Mark Anthoni yang tampan dari Rom dan Pharaoh terkini dari Mesir, iaitu Cleopatra. Kisah ini berlaku sekitar tahun 31 SM. Kisah ini kemudian diceritakan lagi oleh penulis terkenal Shakespeare yang membuat cerita ini terkenal di seluruh dunia. Mark Anthony diceritakan meninggalkan isterinya, Octavia, kerana tergoda oleh kecantikan Cleopatra yang akhirnya dinikahinya. Saudara laki-laki Octavia, iaitu Octavian, kemudian menghancurkan mereka berdua dengan meminjam pasukan Romawi. Diceritakan saat perang dengan Rom, Mark Anthony mendapat khabar (yang ternyata khabar palsu) kalau Cleopatra terbunuh. Mark Anthony kemudian bunuh diri kerana percaya akan berita itu. Cleopatra yang mendengar bahawa kekasihnya itu mati, akhirnya juga bunuh diri dengan racun. Cerita ini hampir mirip dengan kisah Romeo dan Juliet dari Verona, Italy.


4. Juan dan Evita Peron

Juan dan Evita Peron adalah pasangan Argentina sekitar tahun 1940an . Evita sendiri merupakan isteri kedua Juan yang adalah presiden Argentina. Evita menjadi ibu negara dari tahun 1946 hingga ia meninggal tahun 1952. Latar belakang Evita sendiri adalah seorang artis. Dan Juan Dominggo jatuh cinta pada Evita muda dan menikahinya. Peranan politik kedua-duanya sangat berpengaruh sehingga dapat mengubah wajah Argentina, bahkan mereka digelar pasangan politik terbaik di era itu. Evita sendiri akhirnya meninggal akibat kanser. Mungkin kita sempat mendengar lagu yang terkenal berjudul "Dont cry for me Argentina" yang dibawakan oleh Madonna. Saat itu Madonna memainkan Evita di video klipnya.


5. Tristan dan Isolde

Isolde adalah anak perempuan dari Raja Ireland . Ia kemudian bertunangan dengan raja Mark dari Cornwall, namun sebenarnya ia jatuh cinta dengan Tristan yang merupakan kemenakan dari raja Mark. Perselingkuhan mereka bahkan berlanjutan saat Isolde berkahwin dengan raja Mark. Akhirnya perselingkuhan ini diketahui oleh raja Mark, namun kerana saking cintanya sang raja pada isterinya, ia memaafkan isterinya. Akan tetapi sang raja mengusir anak saudaranya itu dari Cornwall. Tristan akhirnya pergi ke Britanny dan tertarik dengan Iseult kerana namanya serupa dengan Isolde. Mereka berkahwin, namun Tristan tidak dapat melupakan Isolde. Ini membuatnya jatuh sakit dan menulis surat pada Isolde dan berharap Isolde dapat mengubati luka hatinya ini. Apabila Isolde setuju ingin datang dan menemui Tristan, maka ia harus menaiki kapal berwarna putih. Apabila tidak, kapal harus berwarna hitam. Iseult yang tidak ingin berpisah dengan Tristan, berbohong pada Tristan dengan mengatakan bahawa ia melihat kapal hitam. Tristan akhirnya meninggal dalam kesedihan sebelum Isolde datang menemuinya. Isolde pun akhirnya meninggal kerana patah hati.


6. Prince Edward dan Wallis Simpson

Demi cintanya pada Wallis Simpson , Putera Edward rela mengorbankan kekayaan dan kekuasaannya. Pangeran Inggeris ini jatuh cinta pada Wallis Simpson yang berbangsa Amerika dan sudah bersuami. Wallis Simpson akhirnya menceraikan suaminya dan memulakan hidup barunya dengan Putera Edward. Wallis tentu saja tidak dapat menjadi ratu Inggeris kerana berbangsa Amerika. Pangeran Edward sendiri naik tahta pada tahun 1936, namun segera turun takhta agar dapat menikahi kekasihnya itu. Pangeran Edward akhirnya meninggal pada tarikh 28 may 1972. Wallis kemudian menyendiri dan akhirnya meninggal 14 tahun kemudian pada tarikh 24 April 1986.


7. Pyramus dan Thisbe

Ini adalah kisah cinta yang popular dari Babilonia . Kisah cinta ini bermula pada tahun 331 SM. Pyramus adalah lelaki tampan yang merupakan teman kecil dari Thisbe. Mereka hidup di persekitaran yang sama dan cinta tumbuh di antara mereka. Namun ini ditentang oleh orang tua mereka. Mereka kemudian memutuskan untuk melarikan diri dan bertemu di dekat sebuah pohon. Thisbe yang datang terlebih dahulu melihat seekor singa yang mulutnya berlumuran darah. Thisbe ketakutan dan lari. Ketika berlari ia menjatuhkan tudungnya sehingga diambil oleh singa itu. Ketika itu Pyramus tiba dan melihat kerudung Thisbe di mulut singa itu (yang berlumuran darah). Dalam kesedihan yang mendalam, Pyramus kemudian bunuh diri dengan pedang di tangannya. Thisbe yang tidak boleh hidup tanpa Pyramus, kemudian bunuh diri dengan pedang yang sama.

DBS