viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Saturday, September 15, 2012

9 Monster Sungai yang Hidup di Perairan Dunia

1. African Lungfish

Makhluk sungai yang cukup aneh menurut saya. Bagi orang yang belum pernah melihatnya, pasti akan menyangka makhluk ini sebagai monster kerana bentuknya yang menyeramkan. Namun, meskipun bentuknya mengerikan, haiwan ini sama sekali tidak berbahaya. Ikan ini menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kurang oksigen, sehingga membuat ikan ini jarang dilihat oleh manusia.

2. Goliath Tigerfish

Mendengar namanya saja, kita sudah tahu jika makhluk ini bukan makhluk sembarangan. Dengan panjang mencapai 1,5 meter lebih dan gigi yang tajam, tentu banyak orang yang takut dengan tampang seram ikan ini.
Goliath Tigerfish merupakan varian terbesar dalam keluarga Tigerfish, dan merupakan pemangsa yang hebat. Ikan ini terkenal akan kekuatan dan kepantasan.

3. Vampire Piranha

Piranha Vampir merupakan kerabat dekat dari ikan piranha yang terkenal dari sungai Amazon. Ikan ini dinamakan vampir piranha kerana gigi taringnya yang boleh mencapai 6 inci. Ikan piranha yang jarang diketahui ini hidup di sungai Orinoco, Venezuela.

4. Mekong Giant Catfish

Pasti sebahagian besar pembaca sudah mengetahui ikan yang satu ini. Ikan yang hampir serupa dengan yu paus ini merupakan ikan air tawar terbesar yang pernah ditemui dan berasal dari China. Ukuran terbesarnya lebih mendekati paus berbanding ikan air tawar pada umumnya.

5. Bagarius Yarelli

Dikenali juga sebagai "Yeti dari sungai" atau Ikan lele pemakan daging. Ikan ini mempunyai gigi - gigi tajam dengan panjang mencapai 1 inci. Bahkan, ikan yang habitatnya tersebar di beberapa negara di Asia ini dikatakan suka memakan daging manusia, walaupun masih sebatas khabar angin.


6. Alligator Gar

Makhluk sungai yang satu ini kelihatan seperti perpaduan antara alligator dengan ikan. Haiwan yang hidup di Amerika Utara ini jarang memburu mangsa, namun menunggu mangsa yang lewat di depan mulutnya, kemudian ia menerkam dengan kelajuan yang luar biasa.

7. Pirarucu

Sekilas Pirarucu mirip sekali dengan ikan arwana yang terkenal di Malaysia, ikan ini pun mempunyai persamaan dengan ikan arwana, iaitu sama - sama suka melompat ke udara untuk memburu mahupun menghirup udara. Ikan ini sejatinya tidak berbahaya, namun jika berasa terancam, ia akan menggunakan kepalanya untuk senjata pertahanan diri.

8. Chinese Paddle Fish

Ikan yang berasal dari China ini memang unik. Banyak orang yang mengatakan jika ikan ini adalah ikan dengan wajah terburuk di dunia. Meskipun mendapat gelaran sebagai Raja Sungai Yangtze, namun ikan ini dipercayai telah pupus.

9. Piraiba Catfish

Ikan yang panjangnya boleh mencapai 3 meter dengan berat 272 kg ini membuat takut sebahagian besar pemancing. Ikan ini terkenal akan kekuatannya, bahkan ikan ini dikatakan mampu membuat seorang manusia tenggelam kerana kekuatannya.
Banyak khabar angin yang beredar jika penyebab pemancing - pemancing yang hilang ketika memancing di sungai adalah kerana diseret oleh ikan ini ke dalam sungai hingga tenggelam. Ternyata sungai pun tidak kalah dengan lautan, banyak makhluk - makhluk unik hidup disini. Walaupun bentuk - fizikal mereka terbilang unik dan aneh, tetapi tidak boleh dinafikan lagi jika bumi masih menyimpan banyak potensi yang belum dijumpai olah manusia.

DBS