viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, September 21, 2012

Alasan Kenapa Panjang Pembaris Seringnya 30 cm

Kalau kamu pernah melihat pembaris yang dipakai di sekolah rendah dan menengah, kemungkinan besar pembaris itu panjangnya 30 cm. Tigapuluh sentimeter itu lebih kurang sama dengan 12 inci atau 1 kaki (foot, ini unit panjang ala Kerajaan Inggeris). Pernahkah terpikir dalam benak kalian, alasan kenapa panjang pembaris lebih seringnya 30 cm?


Dalam bidang komputer dan elektronik, panjang 30 cm mempunyai erti khusus. Arti khusus yang penting dan menjadi pegangan dalam merancang dan membangun rangkaian mikroelektronik dan rangkaian bersepadu (integrated circuit, IC).

30 cm lebih kurang adalah jarak yang ditempuh oleh gelombang elektromagnetik dalam waktu satu per bilion saat. Perioda satu per bilion saat berhubungan dengan frekuensi 1 bilion kitar (cycle) per saat (giga hertz, GHz), jadi lebih kurang pada orde / skala yang sama dengan kelajuan komputer saat ini.

Faktor 30 cm menjadi penting dalam merancang sebuah rangkaian elektronik yang beroperasi pada frekuensi GHz. Dalam rangkaian elektronik skala GHz, kitar arus elektrik dalam rangkaian akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mempunyai panjang pada sekitar skala sentimeter.

Jika rangkaian elektronik tersebut berukuran juga pada skala sentimeter, maka jurutera yang merancang rangkaian tersebut harus mempertimbangkan faktor waktu yang diperlukan untuk propagasi gelombang elektromagnetik dalam rangkaian.

Isu serupa, iaitu menghitung faktor waktu yang diperlukan untuk propagasi gelombang elektromagnetik, muncul dalam banyak teknologi sehari-hari: radar, telekomunikasi bimbit dan satelit, rangkaian gentian optik (optical fiber), global positioning system, perpetaan, geodesi, dan banyak lagi .

Dalam fizik partikel eksperimen, problem ini muncul ketika ahli fizik harus mempertimbangkan tempoh isyarat dalam serat optik dari pengesan yang terletak 100 meter di bawah tanah ke komputer yang membaca dan menyimpan data di permukaan tanah.

Sebagai contoh, akselerator LHC beroperasi dengan frekuensi 40 MHz atau tempoh 25 per juta saat. Setiap 25 per juta saat, berlaku beberapa tumbukan / interaksi di dalam pengesan. Dengan menggunakan Peraturan 30 cm, kita tahu bahawa selama 25 per juta saat, cahaya akan menempuh jarak 7.5 meter.

Padahal jarak dari bawah tanah ke permukaan tanah adalah 100 meter lebih! Sebelum isyarat dari detector mencapai permukaan tanah dan dirakam dalam komputer, detector sudah menerima data kembali.

Penggunaan ukuran 30 cm untuk memberikan ilustrasi / gambaran tentang kelajuan cahaya dan jarak yang ditempuh, dipopularkan oleh Laksamana Pertama (Commodore / Rear Admiral) Grace Hopper, seorang sesepuh dalam bidang komputer dan informatika.

DBS