viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Monday, September 17, 2012

Asal-usul Tentang 8 Jam Kerja

Selama Revolusi Industri , banyak syarikat berusaha untuk memaksimumkan pengeluaran dari kilang-kilang mereka dengan menjaga agar kilang-kilang tersebut bekerja dengan jam sebanyak mungkin setiap harinya. Biasanya mereka akan menggunakan jam kerja dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Upah yang diberikan juga sangat rendah, sehingga para pekerja sendiri sering mengajak anak-anak mereka untuk bekerja di kilang-kilang sebagai pekerja berbanding menyekolahkan mereka. Dengan sedikit perwakilan, pendidikan, atau pilihan, pekerja kilang juga cenderung untuk bekerja dalam keadaan kerja yang buruk. Jam kerja pada masa saat ini biasanya berlangsung antara 10-18 jam per hari, enam hari seminggu.

Tapi, ini semua mula berubah pada abad ke-19. Orang yang pertama menyarankan jam kerja sepanjang 8 jam sehari adalah seorang berbangsa Inggeris bernama Robert Owen, yang juga salah satu pengasas fahaman sosialisme. Owen merasa bahawa waktu dalam sehari seharusnya dibahagi menjadi tiga, di mana para pekerja perlu mendapatkan perbandingan masa yang sama untuk diri mereka sendiri dan tidur berehat seperti yang mereka lakukan untuk bekerja. Pada tahun 1817, ia mula berkempen dengan kalimat slogan, "Lapan jam kerja, lapan jam rekreasi, lapan jam rehat." Malangnya, hal ini tidak mendapat tanggapan serius selama beberapa waktu, sampai pada abad ke-19 di mana berlaku beberapa siri demo para pekerja yang berlalu dengan peningkatan keadaan kerja dan pengurangan jam kerja bagi pekerja kilang. Sehingga akhirnya, ditetapkan bahawa wanita dan kanak-kanak-kanak-kanak diberi jam kerja selama 10 jam sehari.

Usulan jam kerja 8 jam sehari muncul sekali lagi di England pada tahun 1884 yang dicetuskan oleh Tom Mann yang merupakan anggota dari Persekutuan Sosial Demokrat. Mann kemudian membentuk "Eight Hour League" yang salah satunya bertujuan agar jam kerja 8 jam sehari ditetapkan. Kemenangan terbesar mereka datang ketika mereka berjaya meyakinkan Trades Union Congress, yang mewakili majoriti kesatuan buruh di Britain untuk menetapkan jam kerja 8 jam sehari yang bahkan berlaku sampai hari ini.
Dorongan untuk mengurangkan jam kerja bermula lebih awal lagi di Amerika Syarikat, pada tahun 1791, di mana para pekerja di Philadelphia mendesak untuk diberlakukannya jam kerja 10 jam sehari termasuk di dalamnya 2 jam masa untuk makan. Pada tahun 1830-an, sokongan untuk jam kerja 8 jam sehari dicetuskani diantara majoriti rakyat kelas pekerja di Amerika Syarikat, tetapi masih gagal untuk mencari sokongan di antara pemilik syarikat.
Momentum kemudian didapati ketika beberapa "Eight Hour League" terbentuk di Amerika Syarikat, seperti yang Mann dirikan di England pada waktu yang sama. Pada tahun 1884, The Federation of Organized Trades and Labor Unions menyatakan bahawa tarikh 1 Mei 1886 akan menjadi hari pertama di mana jam kerja 8 jam sehari diwajibkan. Namun hal ini diabaikan oleh para pemilik syarikat sehingga menyebabkan para pekerja mogok kerja dan melakukan aksi protes. Sehingga ketika 1 Mei 1886 tiba, sekitar 350,000 pekerja mogok dari pekerjaan mereka memprotes untuk diberlakukannya jam kerja 8 jam sehari.

Pada tahun 1905 para pemilik industri akhirnya mula menerapkan jam kerja 8 jam sehari atas inisiatif mereka sendiri. Salah satu syarikat yang pertama melaksanakan perkara ini adalah Ford Motor Company, pada tahun 1914, tidak hanya itu mereka juga menggandakan gaji para pekerja mereka. Yang mengejutkan, hal ini malah mengakibatkan produktiviti Ford meningkat secara signifikan dan margin keuntungan Ford menjadi dua kali ganda dalam dua tahun selepas melaksanakan perubahan ini. Hal ini kemudian mendorong syarikat lain untuk mengambil langkah serupa.

DBS