viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Wednesday, September 5, 2012

Gadis Paling Berbulu di Dunia


Gadis Kera, mungkin itu gelaran yang tepat buat gadis remaja ini. Dia adalah gadis remaja 11 tahun di Thailand bernama Supatra Sasuphan , mengatakan bahawa dia telah rasmi diakui sebagai gadis paling berbulu di dunia.

Supatra Sasuphan, seorang pelajar di sekolah Ratchabophit Bangkok, menjadi sangat popular disekolahnya setelah anugrahi Guinness World Record untuk rambut lebatnya

'Aku sangat senang boleh masuk Guinness World Records ! Banyak orang harus melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkannya, "katanya." Yang aku lakukan adalah menjawab beberapa soalan dan kemudian mereka memberikannya kepadaku. "

Supatra Sasuphan adalah salah satu dari 50 pesakit Ambras Syndrome yang diketahui - sindrom yang disebabkan oleh kromosom yang rosak - didokumentasikan sejak Abad Pertengahan. Sebelum seluk-beluk penyakit itu diketahui, pesakit dicap ' werewolves 'atau' Manusia Serigala '.

Supatra Sasuphan mempunyai rambut tebal yang tumbuh di sekitar wajah, telinga, lengan, kaki dan punggungnya. Bahkan rawatan laser telah gagal menghentikan pertumbuhan rambut tersebut ditubuh supatra Sasuphan.

Sementara sebahagian besar pesakit kelainan ini dijauhi, supatra Sasuphan justeru secara berperingkat telah dirangkul oleh komuniti, menjadi seorang kanak-kanak popular dan peramah.


'Salah satu gadis paling popular di sekolah': supatra Sasuphan bersama rakan sekelasnya di sekolah Ratchabophit, di mana dia mengatakan mendapat rekod dunia gadis yang berbulu telah membantu dia mendapatkan lebih banyak rakan.

Mereka tidak mengejek-ejek aku lagi: Doktor berusaha menghilangkan rambut supatra dengan rawatan laser tetapi rambut tersebut dengan cepat tumbuh kembali

"Ada beberapa orang yang mengejekku dan memanggilku wajah kera tetapi mereka tidak melakukannya lagi. Aku sangat terbiasa dengan keadaan ini," kata supatra Sasuphan sambil menjelaskan bahawa kadang-kadang ia sukar melihat ketika rambut yang tumbuh di wajahnya sudah panjang. "Aku berharap akan merawatnya suatu hari nanti," katanya.

Dalam banyak hal, supatra Sasuphan sama seperti anak-anak seusianya - dia suka berenang, menari sambil mendengar muzik kegemarannya dan bermain dengan rakan-rakannya.

Tapi lebih dari segalanya, supatra Sasuphan sangat suka hinggap di depan Televisyen di rumah kecil satu bilik keluarganya di Pranakom, wilayah pinggiran Bangkok, untuk menonton filem kartun. "Aku suka menonton apa-apa di TV, apa-apa, aku suka menontonnya. Aku suka menonton Bugs Bunny."

Suptara bersama kakak perempuannya, Sukanya, 15 tahun (kiri), sang ayah
Sammrueng dan ibunya Somphon.

Orang-orang di sebuah selekoh melirik ke supatra apabila ia berjalan di Bangkok, Thailand.

Gadis kecil ini juga bertekad untuk tidak membiarkan keadaannya menghalang dia menjalani hidup normal. "Aku ingin belajar matematik supaya aku dapat menguasainya dengan baik dan mengajarkannya kepada anak-anak muda, jadi mereka juga boleh melakukannya," katanya.

"Aku ingin menjadi seorang doktor agar dapat membantu pesakit ketika mereka terluka. Aku ingin membantu orang-orang yang terluka dan membantu mereka sembuh," lanjut supatra.

Tapi masa depan supatra Sasuphan tidak selalu kelihatan begitu menjanjikan. Ketika supatra lahir, ia perlu menjalani dua pembedahan hanya untuk boleh bernafas. Ayahnya, Sammrueng, 38 tahun, berkata, "Kami mendapati keadaan supatra ketika ia dilahirkan - kami tidak tahu sebelumnya. Dia tidak terlalu sihat kerana hidungnya hanya satu milimeter lebarnya. Untuk tiga bulan pertama ia berada di dalam inkubator untuk membantunya bernafas. Dia di rumah sakit selama sepuluh bulan. Kami sangat bimbang dengan keadaannya. "

Supatra Sasuphan menjalani pembedahan lain ketika ia berusia dua tahun dan sekarang ia boleh bernafas dengan normal. Tapi ketika Sammrueng dan isterinya, Somphon, 38 tahun, membawa Suparta Sasuphan ke rumah untuk tinggal bersama mereka dan puteri mereka, Sukanya, sekarang 15 tahun, mereka menghadapi lebih banyak masalah.

"Ketika tetangga pertama kali melihat Nat mereka menanyakan apa dosa yang telah aku lakukan. Aku sangat bimbang dengan masa depannya apabila ia dewasa kerana kanak-kanak lain mengejeknya," kata Sammrueng.

Tapi sifat manis dan murah hati supatra Sasuphan membuat dia mudah bergaul dan mempunyai ramai rakan dalam komuniti.

Sammrueng yang bekerja sebagai pembuat perhiasan, mengatakan, "Dia boleh bergaul dengan orang lain dengan sangat baik dan sangat murah hati. Dia mempunyai banyak teman. Dia sama seperti gadis-gadis kecil lain seusianya. Tapi giginya tumbuh perlahan dan dia tidak boleh melihat dengan baik . "

Doktor cuba untuk menghilangkan rambut yang tumbuh di wajah dan tubuhnya dengan rawatan laser ketika dia berusia dua tahun tapi rambut tersebut tumbuh kembali, lebat seperti sebelumnya.

Rambut supatra Sasuphan terus tumbuh dengan lebat seiring dengan semakin bertambah usianya, dan ibunya harus mencukur rambut anaknya itu secara teratur. Dia menggunakan syampu bayi untuk mencuci kerana ia rambutnnya alergi dengan syampu dewasa.

"Aku masih berharap suatu hari nanti dia akan sembuh. Kami akan melakukan apa-apa yang kami boleh jika itu akan membantunya," kata Sammrueng, ayah dari supatra Sasuphan

DBS