viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Saturday, September 1, 2012

Misteri Hantu di Rumah Putih(White House) AS

Rumah Putih (White House) memiliki sejumlah fenomena paranormal di dalamnya. Ada 10 bilik dalam Rumah Putih yang dipercayai angker.
Ini senarainya.

1. Bilik tidur Lincoln

Pengakuan datang dari sejumlah Presiden, yakni Presiden Teddy Roosevelt, Herbert Hoover, dan Dwight Eisenhower. Juga First Ladies Jacquie Kennedy dan Johnson Ladybird. Hantu Lincoln sering muncul di dekap perapian. Dilaporkan, tanda-tanda kehadirannya disertai lampu bilik yang berkelip sendiri, lalu muncullah sang hantu Lincoln. Bahkan, khabarnya saat Ratu Wilhelmina dari Belanda menginap di bilik ini, ia mendengar orang mengetuk pintu. Setelah dibuka, sang ratu melihat hantu Lincoln berdiri di lorong.

2. Ruang Rose (Rose Room)

Hantu kedua yang sering muncul adalah hantu mendiang Presiden Andrew Jackson. Banyak pekerja Rumah Putih sering melihat dan mendengar kehadiran sang hantu. Mereka sering mendengar suara tertawa, yang dipercayai sebagai tawa khas Presiden Jackson. Kisah yang paling terkenal diceritakan oleh Mary Todd Lincoln soal kehadiran Jackson yang merasakan kehadiran sang hantu di atas tubuhnya.

3. Ruang Timur (East Room)

Ruang Timur adalah tempat kegemaran hantu Abigail Adams. Selama masa jawatannya di Rumah Putih, ruang ini menjadi tempat ia sering menggantung cuciannya. Setelah meninggal, hantu Adams sering muncul di ruang ini. Selain penampakannya, banyak pekerja melaporkan mencium bau sabun cuci di tempat ini. Di tahun 2002, sekumpulan pelancong yang berkeliling di Rumah Putih mengaku melihat hantu Adams.

4. Pintu Utara (North Portico)

Pintu masuk di sayap utara ini dilaporkan sering terjadi penampakan hantu. Seperti hantu tentera Inggeris, hantu Anne Surratt (ibunya, Marry, digantung kerana peristiwa pembunuhan Presiden Lincoln di tahun 1865). Banyak pekerja menceritakan, hantu Anne muncul dan mengemis agar melepaskan ibunya. Juga dilaporkan hantu ini sering datang setiap tarikh 7 Julai, hari pembunuhan ibunya.

5. Ruang Kuning (Yellow Oval Room)

Selama pemerintahan Lincoln, bilik ini adalah perpustakaan peribadinya dan salah satu bilik kegemaran di Rumah Putih. Banyak pekerja Rumah Putih melaporkan melihat hantu Lincoln sedang menatap keluar dari tingkap di bilik ini. First Lady Grace Coolidge juga mengaku telah melihat sang hantu di ruangan ini.

6. Ruang tidur tingkat 2 (Second Floor Bedrooms)

Bilik tidur di tingkat 2 Rumah Putih dibina untuk keluarga presiden serta tetamu yang lain. Masalahnya, banyak laporan seram soal bilik di tingkat ini. Ada yang menceritakan tentang hantu tentera Inggeris yang berusaha membakar tempat tidur, selain itu Lynda, putri Presiden Lyndon B. Johnson khabarnya sering melihat hantu Lincoln di bilik tersebut. Aktiviti paranormal yang lain, terdengar juga jeritan hantu isteri mendiang Presiden Grover Cleveland. Namun, setelah pengubahsuaian tahun 1952 penampakan-penampakan tersebut berkurang intensitasnya.

7. Tingkat 2 (Second Floor Halls)

Tingkat 2 Rumah Putih adalah kediaman keluarga presiden pertama Amerika Syarikat. Kini, banyak laporan soal hantu presiden beserta keluarganya di ruangan ini. Salah satu hantu yang paling sering dilaporkan pastinya mendiang Presiden Abraham Lincoln. Presiden Truman pernah mengaku telah mendengar Lincoln mondar-mandir lorong dan mengetuk pintu biliknya. Termasuk juga Presiden William Howard Taft, melaporkan pernah melihat hantu First Lady Abigail Adams, yang mengambang melalui pintu di tingkat dua.

8. Basement

Tidak seperti kawasan-kawasan lain di Rumah Putih yang sering terlihat penampakan hantu para mendiang presiden terdahulu, di ruang bawah tanah dipercayai tempat tinggal hantu kucing kecil, yang digelar "Kucing Setan". Legenda yang beredar, hantu kucing setan ini hanya muncul apabila akan berlaku bencana nasional yang besar. Jadi sebagai peringatan. Khabarnya, kucing setan ini kelihatan sesaat sebelum peristiwa anjloknya pasaran saham di tahun 1920-an, serta tepat sebelum terbunuhnya Presiden Kennedy.

9. Taman bunga (Rose Garden)

The Rose Garden sering digunakan apabila presiden Amerika Syarikat memberi pengumuman pada rakyatnya. Taman ini awalnya ditanam oleh First Lady Dolley Madison di awal 1800-an.

Seabad kemudian, ketika First Lady Ellen Wilson meminta agar kebun ini digali, pekerja kebun melaporkan bahawa hantu Madison muncul dan menghalang mereka agar tidak memusnahkan kebunnya. Semenjak itu, banyak laporan soal aroma mawar tercium di seputar Rumah Putih.

10. Loteng (The Attic)

Dulu, Presiden William Henry Harrison menjadi presiden dengan jabatan terpendek kerana keburu mati akibat penyakit paru-paru - satu bulan selepas pelantikannya. Kini, banyak yang melaporkan penampakan hantu Harrison di loteng Rumah Putih.

Ruang loteng juga konon dihuni hantu yang lain, iaitu hantu David Burns. Siapakah dia? David Burns adalah pemilik asal tanah di kawasan ini. Di tahun 1790 ia dipaksa untuk menyerahkan tanahnya agar Rumah Putih dapat dibina. Kini banyak orang bercerita melihat sang hantu Burns muncul sambil berkata keras, "Saya David Burns ...."

DBS