viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, October 18, 2012

7 Berlian Terbesar Yang Ada Di Dunia

Anda tau beza Intan dan Berlian? Intan adalah batuan mulia yang menjadi bahan dasar dari berlian, Jadi Intan masih berbentuk batu belum diolah, sedangkan berlian sudah diolah berbentuk berhiasan.
Ini 7 buah intan atau berlian terbesar yang ada di dunia

7. The Jubilee
Weight: 245.35 karat

Jubilee adalah berlian berbentuk bantal dengan berat 245,35 karat. Batuan ini pertama kali ditemui berbentuk segi lapan tak beraturan dengan berat awal 650,80 karat. Ditemui di Tambang Jagersfontein menjelang akhir 1895. Rencana awal berlian ini dirancang untuk dipersembahkan kepada Ratu Victoria. Akan tetapi pada akhirnya hal ini tidak berlaku dan berlian itu tetap dengan pemiliknya. Tahun berikutnya akhirnya Berlian Jubilee dipersembahkan kepada Ratu Victoria untuk peringatan 75 penobatan dirinya.

6. The Centenary
Weight: 273.85 karat

The Centenary ditemui di lombong Premier pada tahun 1986, dalam bentuk kasar yang beratnya 599 karat. Ketika pemotongan menyelesaikan Centenary menjadi 273,85 karat. Ukuranya 39,90 × 50,50 × 24,55 mm, dan mempunyai aspek 247 - 164 di atas batu dan 83 di korset tersebut. Nilai anggaran dari berlian Centenary tidak diketahui, tetapi berlian itu diasuransikan untuk sekitar $ 100 juta dalam tahun 1991.

5. The Spirit of de Grisogono
Weight: 312.24 karat

The Spirit of de Grisogono dengan berat 312,24 karat, dipotong dari bongkah permata hitam terbesar di dunia. Dirangkai dalam emas putih, dibaluri 702 berlian putih sebesar 36,69 karat. berlian ini awalnya berat kasar 587 karat dan ditambang beberapa dekad yang lalu di barat Afrika Tengah sebelum diimport ke Switzerland.

4. The Cullinan II
Weight: 317.40 karat

Cullinan II adalah berlian berbentuk bantal besar dengan berat 317,40 karat. Berlian ini diletakkan di bahagian depan-tengah Mahkota kerajaan United Kingdom. Cullinan II dipotong dari berlian permata terbesar yang pernah ditemui, beratnya 3.106 karat, atau sekitar 1 1/3 pound. Dia dinamakan selepas Sir Thomas Cullinan, yang membuka tambang untuk pertama kali. Kesembilan batu yang lebih besar dari berlian Sir Thomas Cullinan sampai saat ini tetap tersimpan di British Crown Jewels atau dalam pemilikan peribadi keluarga kerajaan.

3. The Incomparable
Weight: 407.48 karat

The Incomparable (Para gembala), dalam keadaan kasar yang beratnya 890 karat, ditemui di bandar Mbuji Mayi di Republik Demokratik Congo (dulu Zaire) pada tahun 1980. Empat tahun dihabiskan untuk mempelajari dan kemudian memotong batu, bahagian terbesar dari kasar akhirnya menghasilkan permata dengan berat 407,48 karat; itu adalah permata ketiga terbesar yang pernah dipotong. Permata ini mempunyai saiz 53,90 × 35,19 × 28,18 mm.

2. The Cullinan I - aka the Star of Africa
Weight: 530.20 karat

The Cullinan I, berlian berbentuk buah pir dengan berat 530,20 karat ini juga dikenali sebagai Bintang Afrika. Mempunyai saiz 53mm x 44mm x 29mm, dan mempunyai 76 sisi. Ada yang menyampaikan bahawa Cullinan merupakan yang terbesar dari 9 potong batu berlian yang sebelumya berbentuk bongkah sebserat 3.106 karat. Cullinan ditempatkan oleh Raja Edward di Royal Sovereign tongkat sebagai bahagian dari Crown Jewels, Anggaran nilai Cullinan I lebih dari $ 400 juta!

1. The Golden Jubilee
Weight: 545.67 karat

Golden Jubilee, dengan berat 545,67 karat, adalah berlian yang terbesar di dunia. Saat pertama kali ditemui beratnya 755 karat dan ditemui di lombong Premier, Afrika Selatan pada tahun 1985. Golden Jubilee telah persembahkan kepada Raja Thailand pada tahun 1997 untuk ulang tahun ke-50 penobatannya. Anggaran nilai Golden Jubilee adalah $ 4 - $ 12 juta.

DBS