viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, October 18, 2012

Tengkorak-tengkorak Aneh Yang Sulit Untuk Difahami

Pada tahun 1800-an, dari sebuah perkuburan kuno di dekat kota Sayre, Bradford County - Pennsylvania, telah ditemui kerangka yang serupa manusia tetapi bertubuh besar. Selain soal tingginya, juga terdapat keanehan lain iaitu pada bahagian kening tengkorak kepalanya terdapat sepasang tanduk. Dianggarkan dikuburkan pada 1200.


Pada 1888, tujuh kerangka dalam posisi duduk ditemui pada sebuah lokasi perkuburan di dekat Clearwater, Minnesota. Masing-masing makhluk ini ternyata memiliki dua baris deretan gigi, baik yang di rahang atas mahupun di rahang bawah. Selain itu, dahinya lebih pendek dan condong berbanding tengkorak manusia yang lazim.


Pada 1995, penyelidik Robert Connolly menerbitkan foto tengkorak kepala berbentuk kerucut (Gamb.2) yang ditemui di Nazca, Peru. Umurnya dianggarkan telah mencapai puluhan ribu tahun. Bentuk kepalanya ini jelas berbeza dengan ciri-ciri tengkorak manusia moden mahupun manusia purba Neanderthal yang memang tak pernah ditemukan jejaknya di Amerika Selatan.

Robert Connolly juga melaporkan penemuan kerangka aneh lain, yang bentuknya sama dengan manusia moden, kecuali tengkorak kepalanya yang besar pada bahagian atas (cranium) dan rongga mata lebar (gamb. 3). Karen Scheidt juga melaporkan penemuan kerangka dengan bentuk tengkorak yang sama dari sebuah gua di Mexico. Sebuah tengkorak aneh juga ditemui di sebuah lombong yang terletak di dekat Chihuahua, Mexico pada 1930.

Bahagian belakang kepalanya melebar sedangkan rongga matanya besar. Dianggarkan berusia kanak-kanak. Pada akhir 1999, diperoleh hasil ujian DNA yang menunjukkan bahawa tengkorak tersebut adalah dari jenis manusia.

Pada 1911, para pekerja lombong yang sedang melakukan penggalian pada sebuah kawasan terletak 22 batu ke barat daya Lovelock, Nevada, secara tidak sengaja menemui mumia seperti manusia bertubuh gergasi, dengan masih terdapat sisa rambut berwarna merah pada kepalanya. Di kalangan penduduk tempatan tempatan, suku indian Paiute juga ada legenda kuno yang menceritakan tentang manusia gergasi berambut merah, yang mereka sebut Si-te-cahs dan menjadi musuh suku-suku indian di daerah ini.


Tengkorak aneh juga dilaporkan banyak ditemui di gua-gua gunung kapur Filipina, antara lain di Bohol, Kampung Palaupau, Sumilio, Bukidnon dan pada beberapa tempat di Agusan. Tengkorak-tengkorak ini masing-masing hanya mempunyai satu rongga mata di bahagian dahi.

Pihak berkuasa Filipina pada Februari 2002 menyatakan bahawa rongga mata tersebut terbentuk secara buatan oleh alam tetapi kenyataannya adalah tak ada lagi sepasang rongga mata sebagaimana lazimnya selain hanya terdapat satu di dahinya.


Cuba bandingkan bentuk kepala salah satu Ratu Mesir Kuno, Nefertiti dengan bentuk struktur tengkorak kon yang banyak ditemui di kawasan Nazca

DBS