viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, November 22, 2012

10 Wanita Paling Berpengaruh Di Dunia

1. Ratu Victoria dari United Kingdom ,1819-1901


Dalam catatan sejarah Ratu Victoria menduduki tempat pertama wanita paling berpengaruh dalam sejarah. Dia digambarkan sebagai wanita bertangan besi, yang mempunyai pengaruh luar biasa, bukan hanya terbatas pada kerajaannya tapi juga dia memimpin kolonialisme Inggeris di seluruh dunia sehingga Inggeris menjadi United Kingdom dengan daerah jajahan yang terbanyak di dunia pada abad ke 19.

2. Catherine II of Russia , 1729-1796 Catherine II,



juga dikenali sebagai 'Catherine the Great'. Ia memerintah Rusia yang secara geografi merupakan negara terbesar di dunia. Catherine II dikenang sebagai tokoh yang memberi pembaharuan dalam empayar Rusia. Ia memerintah selama 34 tahun, mulai tahun 1762 hingga wafat tahun 1796. Ia berkahwin dengan Peter III, pemegang takhta Rusia. Sayang, perkahwinannya ini tidak membahagiakannya. Tradisi Rusia yang kolot, dan suami yang arogan dan semena-mena membuanya resah. Meski wanita, Catherine tidak tinggal diam. Dia pun berkonspirasi dan melakukan rampasan kuasa untuk menumbangkan kekuasaan suaminya. Rampasan kuasa wanita yang bercita-cita ini berjaya, dan dia pun naik takhta sekaligus mengisytiharkan Empayar Rusia.

3. Empress Dowager Cixi , 1835-1908



Cixi mungkin adalah wanita yang paling berpengaruh di China sejak Ratu Wu Zetian abad ke 7 Dinasti Zhou. Pada kenyataannya, pengaruh Cixi melampaui pendahulunya Zetian. Dia digambarkan sebagai wanita penuh cita-cita dan pemimpin yang konservatif. Ia juga sangat menentang pengaruh asing. Ia adalah isteri dari Maharaja Xianfeng. Namun setelah suaminya meninggal, ia 'mengambil alih kuasa' sekalipun rasminya kuasa ada di tangan anaknya Maharaja Tongzhi, demikian pula pada anak saudaranya, Guangxu. Kekuasaannya bermula tahun 1861 hingga ia meninggal dunia 1908.

4. Elizabeth I of England , 1533-1603



Sungguh pun ratu yang lalu seperti Empress Matilda, Lady Jane Grey, dan Mary I, telah memerintah Inggeris, namun harus diakui kalau Ratu Elizabeth I adalah ratu yang mempunyai pengaruh yang paling besar dan paling berjaya sepanjang kekuasaannya. Ia tidak pernah berkahwin, sehingga ia digelar "Virgin Queen". Ia dikenang sebagai ratu yang membawa pembaharuan pada Inggeris. Dia juga diingat kerana mengalahkan Armada Sepanyol dan mendirikan Protestantism di Inggeris, mengganti Rom Katolik. Elizabeth adalah anak perempuan King Henry VIII dari isteri keduanya, Anne Boleyn. Dia berkuasa dari 1558 hingga kematiannya pada 1603. Dia adalah raja Dinasti Tudor yang terakhir yang dikenang sebagai "Era Elizabeth".

5. Isabella I of Castile , 1451-1504



Isabella I adalah salah satu wanita yang penuh kontroversi dan paling berpengaruh dalam sejarah keratuan Sepanyol. Hal yang paling diingat adalah ia menaja Christopher Columbus melakukan penjelajahan ke bumi barat, Sepanyol menganeksasi kerajaan-kejarajaan kecil lain di sekitarnya dan mempersatukannya menjadi bangsa Sepanyol. Isabela memang bukan pemimpin utama pada masa itu kerana kedudukannya hanya sebagai isteri dari Ferdinand of Aragón. Meskipun 'penguasa nombor 2' namun pengaruhnya sungguh luar biasa. Ia berkuasa adari 1474 hingga wafat 1504. Seperti suaminya, Isabella I digambarkan sebagai seorang katolik yang taat. Walaupun faktanya selama berabad-abad, di Sepanyol pun hidup yahudi, juga muslim. Tapi Isabella I dan Ferdinand, suaminya, merasa berkewajipan membuat Katolik Rom sebagai agama yang dominan di Sepanyol. Tahun 1478, Isabella dan Ferdinand menginisiasikan Spanish Inquisition. Orang-orang yang mempunyai keyakinan berbeza disiksa dan dibunuh. Kalaupun tidak dibunuh, mereka diusir dari Sepanyol. Kerana ketakutan dan mengelakkan penganiayaan, beribu-ribu orang yahudi juga muslim, terpaksa bersedia dibaptis menjadi Katolik. Ditaksir, sebanyak 2,000 orang Yahudi tersiksa, dibunuh, atau dipaksa untuk meninggalkan negara selama Inquisition. Sekitar 40.000 orang Yahudi dianggarkan memilih dibaptiskan untuk mengelakkan pengusiran atau penganiayaan. Demikian juga penduduk Muslim di Sepanyol, tak luput dari sasaran penyiksaan. Saking 'hebatnya' Isabella dalam 'membela' agama Katolik Rom, sehingga ia dikenali dalam Gereja Katolik sebagai "Servant of God Isabella", itu merupakan peringkat pertama menjadi Orang Suci.

6. Empress Wu Zetian , 625 AD-705 AD



AD Ratu Wu Zetian merupakan salah satu ratu yang paling berpengaruh dalam sejarah China. Ia hidup pada masa Dinasti Tan. Ia berasal dari keluarga kaya dan berpendidikan sangat bagus. Ketika usia 13 tahun dia dihantar ke Maharaja Taizong untuk menjadi salah satu gundik. Namun ketika Maharaja Taizong wafat 649 AD, digantikan Maharaja Gaozong, Zetian dihantar menjadi pendeta Buddha. Ratu Wang, isteri Gaozong, ikut 'bermain' dalam intrik dalam kerajaan 'melawan' gundik kegemaran kaisasr, Xiao. Untuk mengalihkan perhatian Maharaja dari gundiknya, Xiao, ia membawa kembali Zetian yang telah menjadi pendeta Buddha, dan menempatkannya menjadi salah satu gundik Maharaja. Upaya ratu berjaya, Wu Zetian pun menjadi gundik kegemaran maharaja. Dan kini 'perang pengaruh' terjadi antara tiga wanita itu, Ratu Wang, gundik Xiao dan Wu Zetian. Tapi agaknya pengaruh Zetian lebih besar, akhirnya Ratu Wang dan Xiao bersatu untuk menghentikan pengaruh Zetian. Namun usaha tersebut sepertinya telambat, kerana Zetian keburu hamil dan melahirkan anak perempuan untuk maharaja. Malangnya, kanak-kanak itu tak lama kemudian meninggal. Maharaja menuduh isterinya, Ratu Wang, telah membunuh kanak-kanak tersebut. Walhasil, kedudukan Ratu pun diberikan pada Wu Zetian, mengantikan Wang. Tahun 655 AD, gundik Xiao, dan bekas ratu Wang, dihukum mati atas permintaan RatuWu Zetian. Tuduhannya, mereka melakukan amalan sihir. Setelah itu, kuasa Ratu Wu Zetian menjadi tak terbendung lagi. Ia pun naik tahta setelah suaminya meninggal 683 AD. Ia merupakan satu satunya wanita dalam sejarah Cina yang berkuasa sebagai maharaja. Ia bukan saja menobatkan dirinya sebagai Maharaja Cina tapi juga menukar Dinasti Tang menjadi Dinasti Zhou. Ia berjasa menyebarkan agama Buddha di China bahkan menjadikannya agama rasmi mengantikan Taoism. Ia juga menurunkan cukai dan meningkatkan pengeluaran pertanian. Ia termasuk maharaja yang berjaya dan meninggal apada usia 80 tahun.

7. Empress Theodora , 500 AD-548 AD



Theodora adalah salah satu wanita yang paling berpengaruh pada abad pertengahan. Ia isteri Maharaja Justinian, penguasa empayar Byzantium. Sebelum menjadi isteri Maharaja Justinian I, ia adalah seorang pelakon dan menjadi simpanan para bangsawan. Kemudian dia bertaubat dan meninggalkan gaya hidupnya. Meskipun hy ratu, namun dia boleh dibilang lebih tangguh daripada suaminya. Ketika pecah pemberontakan di Nika, Constantinople, kerana rasuah, cukai tinggi, justeru Theodora lah yang menahan maharaja agar tidak melarikan diri. Justeru ia mengatur strategi sehingga pemberontakan berjaya dipadamkan. Berkat Theodora pula pembangunan Contantinople digalakkan dan menjadi bandar tercanggih masa itu. "Hagia Sophia" yang dibina antara 532 M. dan 537 M. Dianggap sebagai salah satu contoh seni bina Byzantine yang paling luar biasa. Theodora juga menjadikan tegaknya hak-hak kaum wanita. Ia juga membuat undang-undang yang melarang pelacuran paksa dan penutupan rumah pelacuran. Theodora tampil sebagai 'pendekar pembela hak para perempuan'. Lewat undang-undang ia memberi wanita pemilikan harta gono-gini lebih banyak apabila bercerai, memberi hak penjagaan kanak-kanak, serta meberi hukuman mati pada perogol serta melarang pembunuhan seorang isteri yang melakukan perzinaan. Sungguh luar biasa!!! Kehidupan 'kaum wanita' seolah dijamin keselamatannya selama Theodora berkuasa. Ia meninggal kerana kanser pada 28 Jun, 548.

8. Maria Theresa of Austria , 1717-178



Maria Theresa menggantikan bapanya, Emperor Holy Roman Charles VI, sebagai maharaja wanita Hapsburg yang menguasai negeri Eropah tengah pada 1740. Dia menjadikan anak lelakinya, Joseph II, sebagai ko-pejabat daerah pada 1765 selepas kematian suaminya. Pada tahun yang sama Fredrick II Brandenburg-Prussia, menyerbu Hapsburg. Fredrick II tidak mengakuo Maria Theresa sebagai ahli waris yang berhak atas takhta. Fredrick II minta sokongan dari bangsa lain seperti, Bavaria, Saxony, Perancis, dan Sepanyol. Namun Maria Theresa membalas dengan mengerahkan persenjataan Hungary. Perang tersebut berakhir 1748, lahirlah perjanjian Aix-la-Chapelle. Maria Theresa melakukan perbaikan ekonomi dan politik serta meningkatkan jumlah tentera menjadi 200 peratus. Menaikkan cukai untuk menambah pendapatan kerajaan juga ketenteraan. Ia membuat terobosan yang dikenali sebagai Revolusi Diplomatik pada 1756, di mana ia membentuk persekutuan dengan Perancis, yang dulu musuhnya, dan menggabungkan persekutuan Prussia dengan United Kingdom. Pembaikan-pembaikan yang dibuatnya, berjaya mengukuhkan ekonomi negara. Bukan hanya ekonomi dan politik ditatanya, tapi dia juga memperhatikan masalah pendidikan. Ia mendirikan Academy of Science dan Kesusasteraan di Brussels dan menyokong penyelidikan perubatan serta menuntut Universiti Vienna diberi wang untuk menubuhkan fakulti perubatan yang lebih berkesan. Di bahagian lain, Maria Theresa juga melakukan pembaikan pada hak-hak sivil, melarang pembakaran dan penyeksaan tukang sihir, menghapuskan hukuman mati serta menetapkan wajib belajar.

9. Hatshepsut , 1508 BC-1458 BC



Hatshepsut adalah salah satu wanita yang paling berpengaruh pada sebelum masehi. Dia adalah yang kelima pharaoh Dinasti ke-18 Mesir Purba dan dia berkuasa lebih panjang daripada wanita lain yang mana pun dalam sejarah Mesir. Hatshepsut dinikahi saudara tirinya yang sakit-sakitan, Thutmose II. Thutmose II meninggal dan Hatshepsut terus berkuasa sendiri hingga kematiannya pada 1458 BC. Ia digambarkan sebagai penguasa Mesir kuno yang berjaya membangunkan negara. Ia juga berjaya di bidang ketenteraan.

10. Eleanor of Aquitaine , 1122-1204



Salah satu wanita yang paling kaya dan berpengaruh di Eropah yang mewarisi Duchy Aquitaine dan Poitierssetelah kematian ayahnya. Ketika itu ia baru 15 tahun. Ia terpaksa berdikari di usianya yang masih belia dan mendapat gelaran Puteri Aquitaine dan Countess Poitiers. Aquitaine adalah wilayah Perancis yang paling besar dan paling kaya selama abad ke-12. Tidak seperti banyak raja dan wanita lain, Eleanor dan keluarganya mempunyai pendidikan yang sangat baik. Itu juga sebabnya Eleanor mengubah Aquitaine menjadi pusat intelektual dan kebudayaan yang paling besar di Eropah Barat pada masa itu. Eleanor berkahwin dengan Louis VII of France, 1137. Ia menjadi tokoh dalam memperkembangkan perjanjian dagang di antara Eropah Barat, Constantinople, dan Tanah Suci. Akibatnya, pernikahanya dengan Louis dibatalkan 1152. Namun 1154, Eleanor berkahwin dengan Henry II of England. Pada tahun 1170, Thomas Becket, Uskup Agung Canterbury, dibunuh kerana menentang King Henry II. Eleanor dan yang lain menentang pembunuhan itu. Akibatnya pecah pemberontakan 1173-1174. Eleanor dan anak lelakinya menyokong pemberontakan melawan Henry. Pemberontakan gagal, Eleanor dipenjarakan selama enam belas tahun.


DBS