viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Saturday, November 24, 2012

5 Adat Pernikahan Paling Aneh Di Dunia

Perkahwinan boleh menjadi sebuah momen indah dan penuh kebahagiaan yang menandakan penyatuan dua insan. Uniknya, perkahwinan seringkali dilangsungkan dengan pelbagai adat.

Bahkan tak jarang di tengah kebahagiaan tersebut, pasangan harus melalui prosesi adat yang aneh dan tidak rasional. Ada beberapa tradisi perkahwinan yang dianggap paling aneh di dunia. Semak lima di antaranya yang berikut ini:

5. Menculik pengantin wanita di Roma


Kebanyakan malam pengantin dihabiskan dengan cara romantis tetapi tidak dengan adat pernikahan di Roma. Pengantin lelaki diharuskan 'menculik' pengantin wanitanya. Budaya ini kental pada kehidupan kaum gipsi Rom. Bila seorang lelaki berjaya menculik seorang gadis dan menyembunyikannya selama dua-tiga hari, ia akan rasmi menjadi isteri.


4. Menikahi haiwan di India


India tak asing dengan pelbagai cerita tahyul, termasuk dalam perkahwinan. Suku Santhal di India percaya, jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di bahagian atas gusi terlebih dulu, itu satu petanda ia akan dimakan harimau dalam waktu dekat. Kerana itu, ia harus berkahwin dengan seekor anjing untuk menghapuskan pengaruh buruk tersebut.

Kisah ini dialami seorang kanak-kanak usia sembilan tahun, Karnamoni Handsa, yang berkahwin dengan seekor anjing. Pernikahan ini dibuat meriah dan dihadiri 100 orang tetamu. Selepas upacara perkahwinan 'mengusir setan' selesai si gadis boleh berkahwin dengan pemuda manusia.

3. 'Menghitamkan' pengantin wanita di Scotland


Ada kebiasaan unik dalam adat perkahwinan di Scotland. Saat perkahwinan, pasangan pengantin memakan isi perut domba dan pengantin lelakinya memakai pakaian sejenis rok. Selanjutnya, pengantin lelaki, keluarga dan rakan-rakan akan menyirami pengantin wanita dengan telur mentah, air kotor, sos dan susu basi. Kebiasaan 'menghitamkan pengantin wanita' merupakan ritual pernikahan yang sangat tua yang dilakukan setelah ikrar pernikahan.

2. Pengantin wanita harus gemuk


Beda dengan standard kecantikan umumnya, di Mauritania wanita cantik adalah wanita bersaiz besar. Bila seorang wanita akan berkahwin, mereka akan ditempatkan pada sebuah kampung yang disebut 'takungan lemak' untuk 'menghilangkan' keriput dan lebih menarik.

Ritual 'leblouh' dalam bahasa tempatan mewajibkan gadis yang akan berkahwin menikmati segala macam makanan agar gemuk dengan cepat. Menu makanan harian terdiri daripada dua kilogram daging dan lima galon susu unta setiap hari. Jika mereka memuntahkannya, pegawai pengawas akan menyiksa mereka.

1. Pengantin dilarang buang hajat


Tradisi di semenanjung Kalimantan ini tak kalah aneh. Setelah ritual pernikahan yang membahagiakan, suku Tidung mewajibkan pasangan pengantin harus menunda membuang kotoran besar mahupun kecil selama 72 jam atau kira-kira tiga hari tiga malam. Sehingga, pasangan pengantin akan dibatasi makan dan minum dan diawasi agar tidak ke tandas. Jika menjalani ritual ini, pasangan akan menjalani perkahwinan bahagia, dianugerahi anak yang banyak dan sihat.


DBS