viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Monday, November 26, 2012

Asal Usul Aksesori Leher (Tie)

Tie, aksesori leher yang biasa dipakai oleh anak-anak sekolah dan pekerja pejabat, atau pekerjaan lain yang memerlukan berpakaian rapi. Ternyata sejak zaman batu aksesori di leher dan dada sudah ada, khususnya untuk memberi ciri pada kumpulan lelaki dari strata tinggi.

Malah pada Romawi Kuno sudah dipakai kain untuk melindungi leher, khususnya oleh para juru bicara. Pada perkembangannya prajurit tentera Romawi pun memakainya. Bukti dipakainya aksesori kain leher tampak pada patung batu di makam kuno, Xian, China.

Aksesori leher terkenal yang lain muncul di masa Shakespeare (1564 - 1616) , disebut "ruff". Kerah kaku dari kain putih, bentuknya seperti piring besar yang melingkari leher. Untuk mempertahankan bentuk, ruff sering dikanji. Lama-lama ruff bertumpuk-tumpuk hingga mencapai ketebalan beberapa sentimeter dan mengakibatkan iritasi.

Akhirnya lahirlah "Cravat" pada masa pemerintahan Louis XIV tahun 1660-an. Cuba saja cek di google image, taip keyword Louis XIV, kelihatan beliau sedang memakai Cravat putih.

Penuturan Francoise Chaile dalam buku La Grande Histoire de la Cravate (Flamarion, Paris, 1994). "... Sekitar tahun 1635, sekitar enam ribu perajurit dan ksatria datang ke Paris, yang disewa oleh Louis XIII dan Richelieu. Pakaian tradisional mereka amat menarik. Sehelai sapu tangan diikatkan di leher dengan cara khusus. Sapu tangan itu diperbuat daripada pelbagai kain, dari yang serupa seragam, katun halus, hingga sutera. Gaya unik ini akan 'menakluk Perancis'. Selain itu cara ini lebih praktikal berbanding kerah kaku. Sapu tangan itu cuma diikat, dengan hujung-hujungnya dibiarkan lepas. " Sapu tangan yang dimaksudkan itu disebut Cravat, ertinya "penduduk dari Croatia". Boleh diambil pengertian bahawa cikal bakal penemuan tali leher moden berasal dari Croatia.

Cara mengikat Cravat pada zaman dulu berbeza-beza, kerana akan membezakan kelas si pemakai Cravat itu. Sehingga Cravat pada saat itu sangat 'dihargai', jika ada yang berani menyentuh Cravat orang lain ertinya dia mencabar dan terjadi duel.

Muncullah tahyul seputar Cravat. Kalian tahu Napoleon Bonaparte? Beliau selalu menang perang ketika mengenakan Cravat hitam yang dililitkan dua kali mengelilingi leher. Saat di Waterloo, Napoleon memakai Cravat putih dan akhirnya "jatuh".

Cravat mulai menyerupai tali leher moden dengan hujung panjang muncul pada tahun 1860-an. Dan pada tahun 1890-an, muncullah tali leher kupu-kupu. Demikian cerita ringkas yang boleh dikongsi, jika ada info yang lain, tolong ditambah kan...

DBS