viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Thursday, December 6, 2012

20 Tahun Membelah Bukit Demi Cinta

Sebuah kisah kepahlawanan sejati diperlihatkan seorang lelaki India. Kerana ia bekerja tanpa pamrih, bukan demi gelaran 'pahlawan', tak mengeluh sedikit pun ketika tak ada orang yang membantu. Yang penting, orang ramai boleh mengambil manfaat dari hasil kerjanya. Beginilah kisahnya.

Dashrath Manjhi tinggal di sebuah kampung terpencil dan terasing dari daerah lain. Ini kerana letak desanya yang dikelilingi oleh bukit-bukit berbatu terjal. Tidak ada sekolah, pasar, rumah sakit, dan tempat-tempat kemudahan awam yang lain di kampung ini. Sehingga untuk ke pelbagai tempat, para penduduk perlu mendaki dan menuruni bukit begitu jauh.


Sudah sering para penduduk setempat menyampaikan keprihatinan mereka kepada pihak kerajaan, para warga minta agar di desa mereka dibina jalan. Namun permintaan itu sia-sia belaka, kerajaan tak pernah mengabulkannya. Mungkin kerana sulitnya struktur geografi di desa itu.

Pelbagai usaha cuba dilakukan warga desa untuk membuka jalan baru, namun semuanya gagal. Sampai pada akhirnya seorang Dashrath Manjhi mengambil inisiatif sendiri dan mula melakukan pekerjaan selevel "Hercules".

Dashrath Manjhi menghabiskan masa selama 20 tahun untuk membuat jalan yang selama ini dia dan seluruh warga desa minta kepada pemerintah.

Bermodalkan alat seadanya seperti pahat, Dashrath Manjhi berjaya membelah bukit batu menjadi dua bahagian.

Jalan yang terbentuk dari terbelahnya bukit ini cukup lebar untuk boleh dilalui motosikal dan gerobak pengangkut barang.

Apa yang membuat Dashrath Manjhi mampu melakukan pekerjaan yang sangat berat ini selama 20 tahun?

Menurutnya, rasa cinta kepada istrinyalah yang telah memberinya kekuatan untuk memulakan pekerjaan berat ini, walaupun dia tidak lagi hidup untuk menyaksikan hasil dari jerih payahnya.


"Isteriku, Faguni Devi, terjatuh dan cedera parah apabila melintasi bukit ini. Pada waktu itu dia bermaksud membawakan air minum untukku. Saya bekerja di sebuah ladang yang terletak di balik bukit ini. Itulah hari di mana saya memutuskan untuk memahat bukit ini dan menjadikanya sebuah jalan . " Kata Dashrath Manjhi.

Isteri Dashrath Manjhi meninggal kerana jatuh sakit dan tidak sempat di bawa ke rumah sakit mengingat sulitnya perjalanan yang harus di tempuh antara desa mereka dengan Rumah Sakit.

"Cinta saya kepada isteri saya adalah percikan awal yang telah menyalakan api keinginan saya untuk memahat jalan ini. Tetapi keinginan melihat ribuan penduduk kampung melintasi bukit bila-bila pun mereka mahu, membuat saya sanggup bekerja selama bertahun-tahun tanpa ada rasa takut dan bimbang."

Dia juga mengatakan bahawa waktu pertama kali memulakan pekerjaan ini, ia hanya sendirian. "Pada awalnya kebanyakan penduduk kampung mengejek apa yang saya lakukan, tapi lama-kelamaan mereka mula menyokong saya. Ada yang memberi makanan, ada juga yang membelikan peralatan untuk saya bekerja."

"Apa yang saya lakukan adalah untuk semua orang. Ketika Tuhan bersamamu, tidak ada yang boleh menghentikanmu. Aku tidak takut akan dijatuhkan hukuman oleh kerajaan atas pekerjaanku ini, sama seperti aku juga tidak mengharapkan ganjaran apa-apa dari Kerajaan, tutur Dashrath Manjhi.

Ironisnya, Dashrath Manjhi tidak menerima pengakuan apa-apa dari pihak Kerajaan, bahkan ketika ia meninggal dunia di tahun 2007, ia hanya menerima pengurusan pengkebumiannya oleh negara, tidak lebih.

Cinta memang boleh membelah gunung. Cinta pula yang boleh menjadikan bumi tempat tinggal yang lebih baik bagi semua insan.

DBS