viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, January 4, 2013

Balasan Terhadap Kaum Luth , Namun Generasi Kini Tidak Mahu Ambil Iktibar


Ibarat seperti balasan ke atas kaum Nabi Luth alaihisslaam yang mengadakan hubungan seks sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia. Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali. Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung sehingga ditulis di dalam buku-buku sejarah bahawa alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan. Allah Maha Berkuasa, gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu. Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Penemuan kota purba itu turut menghadiahkan para pengkaji dan masyarakat dunia wajah sebenar Pompeii. Puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba."Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)" - surah al-Naml ayat 54-55
Kaum Nabi Luth di turunkan bala oleh Allah. Kota Sodom diterbalikkan dan kemudiannya hilang dari peta dunia.

Kota Sodom adalah sebuah kota di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel-Jordan. Dengan sebuah gempa yang dahsyat dan tanah menjadi merekah, Kota Sodom yang berada di puncak bukit tenggelam ke dasar tanah. Hujan batu api (letusan lava) kemudian menghentam kota tersebut. Bencana diikuti dengan ombak laut yang besar sehinggakan Kota Sodom di telan oleh laut Mati. Maka lenyaplah kaum Nabi Luth akibat kebodohan akhlak mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan, telah berlakunya 'mega tsunami' ketika itu. Wallahualam.

DBS