viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Friday, January 4, 2013

Buku Penghuni Bumi Sebelum Manusia


Buku yang bertajuk di atas sudah pun berada di pasaran sejak 1996 di kedai-kedai buku di Indonesia dan 1997 barulah di terbitkan di Malaysia dalam edisi bahasa Malaysia. Seperti biasa Muhammad Isa Dawud akan tampil dengan karangan-karangannya yang unik dan penuh misteri khususnya dalam buku ini. Barangsiapa yang berlegar-legar di kedai buku dan terpandang tajuknya, pasti akan terus membelinya. Namun, tidak semua orang suka akan gaya penulisannya yang penuh ilmiah itu. Ya, karangannya walaupun berkisar makhluk asing bukannya ditulis untuk tujuan hiburan tetapi ianya ditonjolkan dengan tujuan mengajar masyarakat berfikir dan berbahas. Membaca bukunya tidak seperti membaca akhbar-akhbar tabloid yang mengunjurkan cerita-cerita misteri. Yakni pembaca jangan pula samakan bukunya dengan majalah tabloid Mastika dan Variasari.

Kali ini penulis akan mengulas berkenaan bukunya yang bertajuk SIAPA PENGHUNI BUMI SEBELUM MANUSIA? Walaupun isi kandungan ini tidak mengisahkan hal-ehwal Dajjal yang menjadi intipati utama blog ini, namun isi kandungannya terdapat maklumat-maklumat tersembunyi yang pada pandangan penulis merupakan kunci kepada identiti Dajjal. Di bawah ini adalah pandangan peribadi penulis sebagai peminat tulisan Muhammad Isa Dawud. Sekiranya para pembaca sekelian kurang bersetuju, tidak mengapa. Ianya cuma sekadar perkongsian ilmu penulis yang sedikit ini dalam mentafsir pemikiran orang yang lebih bijak dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal antropologi dan sosiologi.

Buku ini membincang dan menghuraikan persoalan-persoalan berikut:-

1 - Membincangkan peradaban yang dibina oleh makhluk-makhluk tersebut.
2 - Membuktikan terdapatnya keupayaan sains dan teknologi yang lebih maju yang telah pun wujud sebelum kedantangan manusia.
3 - Membuktikan bahawa makhluk-makhluk berakal ini hidup bermasyarakat dan berorganisasi seperti juga manusia sekarang ini.
4 - Membuktikan makhluk-makhluk ini mempunyai bentuk fizikal yang hampir sama dengan manusia cumanya berbeza dari segi beberapa anggota badan.
5 - Membuktikan bahawa kehidupan makhluk-makhluk ini telah musnah akibat dari pancaran atom yang teramat kuat yang disyaki kesan dari peperangan.
6 - Membincangkan kewujudan saki baki makhluk-makhluk ini yang masih hidup sekarang tetapi tinggal di persimpangan masa yang sukar ditemukan manusia kecuali beberapa orang yang bernasib baik.
7 - Membincangkan bagaimana datangnya Nabi Adam dan Siti Hawa ke muka bumi.
8 - Membahaskan apakah Nabi Adam dan Siti Hawa datang ke bumi dari planet lain atau benar dari syurga berdasarkan al-Quran dan Hadith.
9 - Menghuraikan semua persoalan-persoalan berdasarkan bukti-bukti peninggalan artifak, manuskrip-manuskrip kuno, al-Quran, hadith, Taurat, Injil dan beberapa kisah-kisah turun-temurun yang diambil dari beberapa orang individu di Skandinavia.

10 - Mencari apakah adanya makhluk berakal lain yang hidup di bumi sebelum kedatangan Nabi Adam a.s.

Beliau memulakan bicaranya dengan menghuraikan kisah penguasa Parsi yang bernama Zemire dari karangan Anatoli Francis yang bertajuk “Opinions of Jerome Coignard“. Kisahnya berkisar seorang penguasa yang mahu mengetahui sejarah manusia dan beliau telah mengarahkan para pendetanya menuliskan hal itu.

Topik ini juga mengetengahkan penemuan-penemuan penting oleh Ashley Montagu mengenai tulisan-tulisan kuno berbentuk ukiran paku (cuneiform) di Sungai Tigris dan tulisan hieroglif Mesir. MID (Muhammad Isa Dawud) menghuraikan penemuan tulisan-tulisan itu dengan menimbulkan suatu persoalan, apakah bentuk kehidupan 10,000 tahun silam?

Kemudian MID telah mengalihkan terus perbincangan dari penemuan manuskrip itu kepada persoalan asal iatu “Penghuni Bumi Sebelum Manusia” pada mukasurat 6. Perbahasan lebih detail diteruskan dalam mukasurat ini dengan menghujahkan bilangan-bilangan tahun sebelum datangnya Nabi Adam. Namun begitu, perbincangan ini tidak begitu panjang, ianya diganggu oleh perbincangan tentang umur Adam, Nuh dan nabi-nabi lain pada mukasurat 14.

Perbincangan dari mukasurat 15 hingga 36 mengisarkan perbahasan tentang tempoh sebenar kehidupan manusia bermula dari Nabi Adam, Idris, Ibrahim, Nuh hinggalah Isa. Perbahasan juga menghuraikan adakah Nuh pernah bertemu dengan Adam atau pernah melihat Adam? Tentang umur sebenar Nabi Nuh juga dihujahkan. MID juga menggunakan hampir 30 % fakta Taurat dalam topik ini. Ini dapat dilihat apabila MID cuba menghujahkan fakta-fakta tentang salasilah Nabi Adam. Fakta diambil dari Bab 5 (Fasal Kejadian) dari teks Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

Di sini dapat disimpulkan bahawa adanya kehidupan lain sebelum manusia berdasarkan fakta dari Taurat dan penemuan tulisan-tulisan kuno oleh para arkeologi. Terdapat penyelewengan fakta tahun dan nama dalam salasilah Adam hingga Nuh daripada Taurat Ibrani, Yunani dan Samiri.

DBS