viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Tuesday, March 5, 2013

QWERTY History

Hal ini berkaitan dengan sejarah mesin taip yang ditemui lebih dulu oleh Christopher Latham Sholes (1868). Saat mencipta mesin taip prototype sebelumnya, malah sangat memungkinkan kita untuk menaip dengan lebih cepat. Terlalu cepatnya kemungkinan dalam menaip tersebut, sampai-sampai sering timbul masalah pada saat itu. Seringkali apabila butang ditekan, batang-batang huruf (slug) yang menghentak pita itu mengalami kegagalan mekanik, yang lebih sering disebabkan kerana batang-batang itu saling mengait (jamming).

Kerana bingung memikirkan penyelesaiannya pada saat itu, Christopher Latham Sholes justeru mengacak-acak urutan itu demikian rupa sehingga ditemui kombinasi yang dianggap paling sukar untuk digunakan dalam menaip. Tujuannya jelas, untuk mengelakkan kesalahan-kesalahan mekanik yang sering terjadi sebelumnya. Akhirnya susunan pada mesin taip inilah yang diturunkan pada keyboard sebagai input komputer dan pada tahun 1973 dirasmikan sebagai keyboard standard ISO (International Standard Organization). Sebenarnya ada beberapa standard susunan keyboard yang digunakan sekarang ini. Sebut saja ASK (American Simplified Keyboard), umum disebut DVORAK yang ditemui oleh Dr. August Dvorak sekitar tahun 1940. 

Secara penelitian saat itu, susunan DVORAK membolehkan kita untuk menaip dengan lebih berkesan. Tetapi mungkin kerana terlambat, akhirnya DVORAK harus tunduk kerana dominasi QWERTY yang sudah terjadi pada organisasi-organisasi dunia ketika itu dan mereka tidak mahu menanggung risiko rush apabila menukar ke susunan keyboard DVORAK. Satu-satunya pengakuan adalah datang dari ANSI (American National Standard Institute) yang menyetujui susunan keyboard Dvorak sebagai versi "alternatif" di sekitar Tahun 1970.

Susunan keyboard lainnya yang masih perkembangan dari susunan QWERTY adalah QWERTZ yang dipakai di negara seperti Hungaria, Jerman, Swiss , dll. AZERTY oleh negara Perancis dan Belgium, QZERTY, dll.

  DBS