viglink

Facebook like


Logo

Image by FlamingText.com

Enable clik

Info masuk



Listen My Radio at Facebook or Here

Background

Tweet Terbang

online

wibiya widget

Change colour

Silahkan Pilih Warna Background

Follow


Tulisan Ketik

Terima Kasih Dah Berkunjung di http://www.boynordin.blogspot.comSilahkan Anda Bagi Komen Ya...

Radio Boy Nordin Streaming



Listen My Radio at Facebook or Here




















Sunday, May 5, 2013

5 Tradisi Inggeris yang Pelik dan Lawak

Inggeris merupakan negara unik dengan perpaduan banyak budaya. Kalau kamu pernah lihat filem King Arthur pasti ingat selain kemasukan pengaruh Rom, di negara para hooligans ini juga sudah mempunyai pelbagai tradisi seperti milik kaum Saxon misalnya.

Selama berabad-abad, masyarakat Inggeris mengalami perkembangan budaya baik sebagai negara industri, pun tetap mempertahankan tradisi tempatan mereka. Apa saja contohnya? Kita lihat beberapa, jom.

1. Morris Dancing



Tarian Morris merupakan salah satu tarian tradisional masyarakat Inggeris yang biasanya diiringi dengan muzik. Tarian Morris menekankan pada kelincahan dan kekuatan kaki. Tarian Morris dilakukan secara berkelompok. Para penarinya ada yang membawa tongkat, pedang dan sapu tangan sebagai pelengkap tarian. Walaupun menari secara berkelompok dan berdekatan, bagi para penari Morris hal tersebut tidak membuat mereka bimbang terluka.

2. Worm Charming



Tradisi satu ini sangat menarik, yakni memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta hanya diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan. Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai wilayah perburuan seluas 3 x 3 m2 saja. Dibenarkan bermain muzik apa saja untuk memikat / memancing cacing agar keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.

Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah teroganisasi. Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich. Ia mengenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, saat itu ia berhasil mendapatkan 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.

3. Straw Bear



Hari Beruang Jerami atau Straw Bear merupakan salah satu tradisi tua yang diadakan di Inggeris setiap 7 Januari. Perayaan tradisional ini berlangsung meriah di sebuah kawasan kecil Fenland. Sebuah perbatasan antara Huntingdonshire dan Cambrudgeshire, termasuk wilayah Ramsey Mereside.

Sekarang tradisi Strawboer (nama lain) dipercayai untuk mengawali masa bertani dan berladang oleh masyarakat sekitar sempadan. Para peserta baik lelaki dewasa maupun remaja, menggunakan kostum jerami bermula dari kaki hingga kepala. Dan mereka berjalan mengetuk pintu rumah yang satu ke rumah yang lain sambil menari. Para penari akan memperoleh hadiah dari para pemilik rumah sebagai imbalannya. Baik berupa makanan, bir ataupun wang.

4. Pearly Kings and Queens



Pearly Kings and Queen, dikenal juga dengan Pearlies, sebuah acara amal yang biasa diadakan oleh masyarakat kelas pekerja dan pekerja. Dan sudah menjadi sebuah budaya masyarakat menengah Kota London.

Para peserta Pearly Kings dan Queens memakai busana berkilauan yang berasal dari kancing mutiara (pearl) yang dibuat pada abad ke-19.

Acara ini pertama kali diadakan oleh seorang penyapu jalan, Henry Croft, yang mengumpulkan wang untuk disumbangkan. Selanjutnya kerana dirasa memiliki nilai dan manfaat yang besar, pada 1911 dijadikan sebuah organisasi pearlies di Bandar Finchley, London utara.

5. Gurning



Egremont Crab Fair merupakan salah satu acara teraneh dan unik di Inggeris. Namanya pun sangat sederhana buah epal liar (crabapple). Perayaan ini telah dilakukan sejak abad ke-13. Saat itu dikhabarkan bahawa Lord of the Manor (penguasan wilayah) membahagi-bahagikan epal kepada para penduduk. Dan sampai sekarang perayaan ini masih diadakan oleh masyarakat Inggeris.

Bahkan selain acara pelemparan epal, parade, di dalam acara Egremont ini diadakan pula pertandingan. Seperti gula, menaiki tiang berminyak, pertandingan merokok dan yang paling ditunggu-tunggu adalah pertandingan gurning.

Pertandingan gurning selalu mengundang banyak perhatian. Kerana selain lucu juga menyenangkan. Bagaimana tidak, Gurning merupakan pertandingan yang mewajibakan pesertanya untuk melipat wajahnya. Inilah yang membuat pertandingan gurning memikat banyak perhatian. Tidak memerlukan keahliah khusus ataupun latihan rutin. Namun memerlukan kepercayaan diri yang tinggi dan banyak gigi yang tanggal. Karena itu pula peraduan ini banyak diikuti oleh warga tua.

DBS